Sunday, October 31, 2010

MUTIARA KATA 1

Jika kita kehilangan wang,
kehilangan itu banyak,

Jika kita kehilangan seorang teman,
kehilangan itu lebih banyak,

Tetapi jika kehilangan keyakinan,
bermakna hilanglah semuanya....

Petikan mutiara kata dari majalah MIDI bertarikh 1 Nov 2010



Ulasan cik nolie:-
Memang benar bila kita hilang wang..kita rasa sedih sangat tapi itu sementara kerana dgn keyakinan yg kuat kita pasti dapat balik wang yg lagi lebih.

Kita memang akan sangat sedih jika hilang teman yg baik dan rapat tetapi dgn keyakinan kita pasti akan dapat lebih ramai teman2 dan rakan2 yang lain untuk mengisi kekosongan itu.

Tetapi bila kita hilang keyakinan diri disebabkan kedua perkara diatas, bukan sahaja kita kehilangan wang dan teman tetapi yang pasti semua yang kita ada termasuk diri sendiri.. dan hidup kita akan menjadi tiada makna..jadi sesunguhnya yang paling penting dijaga dalam hidup ini selain wang dan teman adalah prinsip dan keyakinan diri kita sendiri..insyallah apa dugaan yang mendatang pasti kita berjaya lalui..wallahualam.

ROTI JALA

Biasanya kalau ada lebih lauk kari daging ke ayam ke...cik nolie akan buat roti jala kalau tahap kerajinan tahap gaban..hehe.  Tapi kalau hari raya..ini antara menu wajib yang cik nolie buat tuk tetamu. 
Resepi asal bonda cik nolie letak santan tapi sebab x tahan lama, dia tukar ke susu cair. Lepas cik nolie buat experimen banyak kali, cik nolie tukar lagi..x letak pun susu cair sebab kita kan makan dengan kuah kari..dah lemak dah..x perlu lemakkan roti jala tu.  Lagi pun roti tu tetap tahan lama (sampai petang ler kalau buat pagi) dan lembut biarpun dah sejuk.

Resepinya seperti di bawah. Cuba la resepi roti jala versi cik nolie ni ye.


Bahan-bahannya:-

1 kilo tepung
1 butir telur
1/2 cawan susu cair (nak boleh x nak pun boleh ~ optional)
Air secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk kunyit adabi (kalau suka)
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Cara membuatnya:-

Bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cekodok. Pecahkan telur dalam mangkuk..pukul sedikit dan campurkan dalam bancuhan tepung tadi dan kacau rata.  Masukan susu cair kalau nak la.

Masukkan bancuhan tadi dalam pengisar dan tambah air dan kisar, tuangkan bancuhan tu dalam penapis..kalau lambat turun..tambah air dan kacau hingga turun...buat hingga habis. Nak tau ok ke tak ok..ambil acuan kirai dan cuba ..kalau lambat turun tu maknanya pekat lagi..tambah air lagi...bancuhannya lebih kurang bancuhan kuih ketayap.

Bila dapat bancuhan yg dah ok..masukan serbuk kunyit dan pewarna kuning dan kacau sebati.

Dah siap untuk dikirai.

Panaskan kuali leper atau kuali non-stick. Sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan dan kirai la bancuhan tadi hingga menyerupai jala. Biar hingga masak. Angkat dan lipat atau gulung sebaik sahaja di angkat.

WALLA..SIAP!!

MENGHILANGKAN BAU KULAT/BUSUK DARI PETI SEJUK

Dalam pertengahan tahun ni peti sejuk cik nolie rosak. Seb baik la ada freezer tapi tensen gak la x leh nak simpan barang2 lain.

Lama gak cik nolie pencen masak sbb peti sejuk x leh guna. Nak beli baru sayang lak sebab rasanya rosak sikit jer. Panggil orang repair punya la lama baru datang sampai peti sejuk tu dah berkulat dan berbau..huhuhu.

Teringat petua orang tua-tua letakkan arang dan daun pandan. Cik nolie pun cuba la.

Selepas dibersihkan, cik nolie letakkan arang dan daun pandan dan biarkan semalaman. Esoknya dah kurang bau la.

Memang la petua orang tua2 ni mmg boleh pakai. Lepas tu cik nolie biarkan jer arang dan daun pandan dalam tu dan masukan jer barang-barang. Alhamdulillah peti sejuk tidak berbau yg kurang menyenangkan lagi.

AYAM MASAK MERAH

Ayam masak merah memang macam2 versi resepinya. Ialah lain org lain la cara masaknya kan dan yang ini adalah resepi yg bonda cik nolie ajar. Sapa yg nak cuba tu sila2 la ye.


Bahan-bahannya:-

7 ketul ayam
10 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2inci halia (dikisar)
1 batang serai (dihiris & dikisar)
6 biji buah keras (dikisar)
1 senduk besar cili kisar
8-9 sudu besar tomato puri (kalau x de tomato sos pun buleh la)
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 cawan air
Bawang besar (dipotong bulat)

Cara membuatnya:-

Ayam digaram dan dikunyit dan digoreng.  Minyak ayam di tinggalkan sedikit (cukup utk menumis) dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi (nak senang semua dikisar sekali).

Bila naik bau, masukan cili kisar. Kacau hingga garing...masukkan tomato puri & gula.

Kemudian masukan ayam dan kacau rata. Bila dah garing, masukkan 1 cawan air dan bawang besar yg dipotong bulat tadi serta garam secukup rasa. Kacau hingga naik minyak...boleh la tutup api. Hidangkan bersama bawang goreng yg ditabur diatasnya.

Perhatian:-

Resepi ini boleh digunakan untuk daging tapi daging direbus dulu hingga empuk Kemudian hiris nipis2. dan digoreng sebelum di masak bersama bahan2 lain.

NASI JAGUNG/SAYUR CAMPUR

Resepi ni bonda cik nolie yang ajar tapi baru hari ni cik nolie cuba masak. Seelok-eloknya gunakan basmathi tapi cik nolie bedal jer ngan beras biasa...ok gak..hehe. Sesiapa yang nak cuba lihat la resepi dibawah ni. Memang senang bangat.


Bahan-bahannya:-

3 cawan beras (dibasuh & ditoskan)
3 cawan air (guna cawan yg sama dgn cawan menyukat beras)
3/4 cawan susu cair (guna cawan yg sama dgn cawan menyukat beras)
2 sudu besar marjerin
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
2 helai daun pandan (diikat dan dicarik sikit)
Garam secukup rasa
1 cawan jagung/sayur campur

Cara memasaknya:-

Cairkan marjerin. Tumis rempah tumis (3 sekawan) & bahan2 yang dihiris berserta daun pandan. Naik bau, masukan air, susu cair dan garam secukup rasa.

Bila mendidih, masukkan beras. Biarkan hingga kering. Tutup api. Masukan jagung/sayur campur yg telah dibasuh kedalam nasi tersebut dan gaul rata.

Panaskan kukusan. Alas dgn daun pisang dan masukan nasi tadi. Boleh juga letak dlm loyang dan kukus hingga nasi masak dan lembut. Kalau kurang lembut renjis2 air panas, gaul nasi tu dan kukus lagi.

Dah siap boleh la dihidang bersama lauk pilihan.

ROTI PURI

Lagi satu kegemaran cik nolie sekeluarga ialah roti puri. Cara buat lebih kurang sama je ngan roti canai cuma ni senang..x yah tebar2. Resepi ni cik nolie dapat dari kawan opis..Janagi namanya.  Biasala resepi cik nolie dapat selalu nye resepi agak2..tapi itu la yang selalu membakar semangat cik nolie tuk buat experimen.  Akhirnya menjadi selepas 2 kali experimen..hehe..sapa2 nak cuba x leh patah semangat ye..cuba dan cuba hingga berjaya.


Bahan-bahannya:-

1 kilo tepung gandum
3-4 sudu marjerin daisy
Garam secukupnya dibancuh dgn air panas & disejukan

Cara membuatnya:-


Gaulkan marjerin dengan tepung hingga sebati.  Masukkan air garam sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut (lebih kurang cam doh karipap). Uli kena lama ye. Kalau x lama nanti x bape jadi. Renjis dengan sedikit minyak dan perap semalaman.

Peringatan:- 
Kalau nak masak pagi, uli & perap malam. Kalau nak buat malam, uli pagi.

Cara memasaknya:-


Ambil doh dan canaikan doh nipis2.


Pastikan minyak mesti betul2 panas dan banyak. Lepas tu pandai-pandai la kontrol api ye. Nak tau jadi ke tidak roti ni mesti gelembung.


Balik2kan roti tu hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

Hidanglah bersama kuah kari. Cik nolie selalu makan ngan kari sadin..sodap.


Saturday, October 30, 2010

LAKSA GORENG

Ni resepi olahan cik nolie sendiri selepas membuat beberapa kali experimen.  Cik nolie bagi nama laksa goreng.. cuba la ye.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus laksa basah (segera)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)

3-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 keping tahu putih (dipotong 8 & digoreng dulu)
6-7 ekor udang saiz XXL
1 keping tahu ikan (dihiris nipis)
2 sudu besar cili kering (kisar)
1 sudu besar sos tiram
Kuchai & Taugeh secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak..tumis bwg putih yg ditumbuk ngan udang kering..masuk cili kisar.
Bila sudah garing dan naik bau..masuk udang, fish cake, fish ball & tahu goreng..masukkan 1 sudu besar sos tiram. Kacau sebentar dan pas tu masuk kucai..laksa..kacau rata..akhir sekali masuk taugeh & garam secukup rasa..taraaa..siap..

MEE SUP SIMPLE

Cik nolie mmg suka masak ringkas2 kalau hari kerja sebab x sempat nak masak lauk pauk tuk makan malam. Menu biasanya berdasarkan mee, meehoon atau kueh teow. Cik nolie pelbagaikan la..kadang goreng..kadang buat sup jer.  Ini adalah mee sup resepi paling cepat dan simple..cubala...sedap dimakan panas2 ye.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus mee kuning (dibasuh & ditoskan & celur)

Kuahnya:-

3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (hiris2 je)
2 keping dada ayam / 200g daging lembu (di potong2 kecil)
1 keping fish cake (dihiris nipis)
1 bungkus fish ball
3 ketul tahu dah goreng (belah 4) - kalau guna tahu putih..goreng dulu dan belah 6
1 sudu rempah sup adabi
2 pokok sawi (dipotong ikut suka)
1 butir telur (kalau suka)
2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan rempah sup..kacau sekejap..masukan ayam.  Bila ayam garing masukan fish cake & fish ball. Kacau sekejap jer dan masukan air (agak2 la). Menggelegak masukan telur (kalau suka) dan sawi. Kacau sekejap dan boleh la diangkat.  Tabur bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan tambahan.

Senangkan..cuba la.

Thursday, October 28, 2010

RAHSIA PUNGGUNG..HAHAHA

Rahsia Punggung...Yg mana satu anda??  

('',) Nobody's Perfect ('',) Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.  

Bulat 

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.


Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.  

Besar

Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis "no problemâ". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampudikumpulkan.  


Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jikaperempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih darisatu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.


WALLAHUALAM!!


SAMAK VS SABUN

Cik nolie diforwardkan article oleh kawan cik nolie yg bernama yati neetmat. Harap menjadi panduan kepada diri cik nolie dan semua yg membaca halaman cik nolie ni. Sesungguhnya hukum ALLAH adalah yang terbaik.

ANTARANYA: Bekas Presiden Indonesia, Sukarno pernah mengatakan bahawa pada Zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis Mughallazah tetapi cukup sekadar menggunakan sabun seperti Fab,Breeze dsbnya..NAUZUBILLAH. Pendapat beliau ini ditentang oleh ulama-ulama Indonesia pada waktu itu.

Ulama-ulama tersebut mencabar Presiden Indonesia untuk menjalankan 1 eksperimen untuk membuktikan mana yang lebih relevan, penggunaan sabun atau kaedah samak cara Islam. Maka dengan itu satu eksperimen dijalankan di mana dua benda diberi untuk dijilat oleh anjing. Satu daripadanya dicuci dengan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan menyamak
menggunakan tanah.  Selepas itu kedua-dua benda tadi diperiksa dibawah 'electron microscope'.

Keputusannya didapati bahawa bagi bahan ujian yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih lagi kelihatan kuman yang berpunca dari anjing tetapi untuk bahan yang dibersihkan dengan kaedah samak, bahan itu tidak lagi terdapat kuman yang sama.

Jadi di sini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian itu dan memberi petunjuk kepada umat manusia sebagai keselamatan hidup di dunia dan seterusnya membawa sampai ke akhirat.

Subhanallah!!!!!

Semuga satu contoh mudah ini boleh kita jadikan iktibar dan boleh dijadikan panduan untuk lain-lain amalan hidup kita seharian.

Dalam satu kuliah Subuh di Seksyen 24,Shah Alam yang disampaikan oleh Dr.Rani, seorang penceramah bebas.



GULAI LEMAK CILI API REBUNG & DAGING LEMBU

Haaa..cito pasal masak lomak ni..cik nolie punyo omak mertuo mmg pakar wat masak lomak tapi tiap kali tanyo..jawapan eh..la masak punyo sonang pun x tau..huhu..sabo jer la. Akhirnya dapek juo cik nolie caro masak yg boto (bukan x reti masak ye cuma kurang marvelous jer)..hehe. Dari petua resepi kak ita tajul minah nogori sombilan tu..akhirnyo cik nolie tau la kenapa masak lomak robung cik nolie kurang marvelous selama nih..lopeh ikut caro yg boto..berjayo cik nolie mengexperimenkan rosopi nih. Yg tukang kasi markah tentu la abg tersayang..hehehe


Bahan-bahannya:-

1/2 kilo rebung jeruk (rendam & dibasuh bersih)
1 kilo daging (dipotong ikut suka & direbus hingga empuk)
20 biji cili api (dikisar) ~ boleh tambah kalau nak lagi pedas
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci kunyit hidup/serbuk kunyit 
2 batang serai (ketuk2 jer)
Santan pekat 2 henggit
Garam secukup rasa
Asam keping secukupnya

Cara memasaknya:-

Campurkan bawang, cili api dan kunyit hidup yg dikisar tadi bersama rebung kedalam rebusan daging. Masukan juga serai yg diketuk2. Masak hingga semua bahan sebati..dan boleh la dimasukan santan pekat, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan tutup api. Dah SIAPP!! Senangkan.

Perhatian:-
Kalau nak tukar daging lembu kepada ayam juga boleh cuma x yah la rebus ayam tu ye. Kecutkan jer ayam dgn awas2 tadi hingga sebati..lepas tu baru masuk santan dan seterusnya.

RENDANG PADANG (MOM RECEIPE)

Cik nolie kalau nak masak rendang ayam masa hari raya mesti masak rendang nih sebab senang, ringkas dan sedap rasanya.  Lain daripada yg lain.  Rendang ni resepi yang diajar oleh bonda cik nolie sejak dulu lagi. Susah nak jumpa rendang ni dimana-mana so kena la masak sendiri ye...hehehe.


versi yg dah dikeringkan


Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 16)
3-4 biji bawang besar  (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1 in halia (dikisar)
2 in lengkuas (dikisar)
4 batang serai (hiris & dikisar)
3 biji cili merah & 15-20 biji cili padi (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)~ nak guna kunyit serbuk pun boleh
Minyak untuk menumis
1 mangkuk santan pekat/1 kotak
1 helai daun kunyit (carik2 jer)
2 helai daun limau purut (carik2 jer)
2 keping Asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:- 

Panaskan minyak..tumis semua bahan kisar sampai garing dan naik bau..masukan ayam ..biar sampai garing dan agak kering..masukkan santan pekat..tambah air sikit kalau agak kering..masukkan daun kunyit (carik2 jer)..asam keping..garam..daun limau purut..agak2 ler byk mana ye..kacau hingga naik minyak dan ayam nya masak.

versi becak2 - cicah ngan nasi impit malatop


Walla..dah siap!!

Wednesday, October 27, 2010

AISKRIM GORENG

Resepi ni cik nolie dpt dari kawan cik nolie yati neetmat yg fwdkan email. Resepi ni asal dari laman web ~merpati66 tapi cik nolie lum cuba lagi. Insyallah nanti nak cuba sbb tgk cam senang jer.


Bahan-bahannya:-

1.  2 keping roti (x kisah la brand apa pun)
     ~ dibasahkan dgn air supaya x pecah bila ditekan dgn acuan
2.  1 scop aiskrim (ikut suka nak perisa apa)
3.  Minyak untuk menggoreng
4.  Susu cair (utk tambahan semasa hidang)

Cara membuatnya:-


Roti yg dibasahkan di letakkan aiskrim ditengah2. Ambil lagi sekeping roti dan lapiskan diatas.







Gunakan acuan goreng telur bulat dan tekan hingga putus.







Simpan roti dalam plastik dan sejukbekukan di dalam freezer (simpan la agak2 1 hari..lagi lama lagi bagus).






Panaskan minyak. Pastikan betul2 panas dan goreng la roti tadi hingga kekuning-kuningan.





Angkat dan toskan.

Hidangkan dengan susu cair (lihat gambar diatas sekali)..WALLA..SIAP!!!

Tuesday, October 26, 2010

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Article ni juga cik nolie dapat dari Norhayati Neetmat. Terima kasih cik nolie ucapkan sbb selalu kongsi perkara2 yg baik dgn cik nolie. Semuga ini boleh menjadi panduan dan pedoman kita semua..insyallah.
 
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :-

  1. PEMARAH - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
  2. PENDENDAM - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
  3. HASAD DENGKI - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
  4. BAKHIL - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.
  5. TAMAK - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
  6. TIDAK SABAR - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
  7. EGO - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
  8. RIAK - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
  9. CINTA DUNIA - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulannya:-
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam"
 

SOLAT ATAU SEMBAHYANG??

Emm bagus betul title di atas kan.  Cik nolie dapat ni dari kawan cik nolie..Norhayati Neetmat. Dia rajin betul forwardkan email2 yg marvelous tuk cik nolie.  Cik nolie pun termenung gak ler lepas baca petikan nih. Lihat la petikan di bawah ni utk renungan dan pedoman kita bersama.

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya.  Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

KISAH MIMPI KU

Hari ni cik nolie nak bercerita pasal mimpi & fitnah.  Memang kita x boleh percaya kepada mimpi. Tapi kita kena tengok waktu bila kita mimpi tu sebab kadang kala itu semua petunjuk dari ALLAH subhanawataala.

Mimpi ni berlaku tahun lepas. Cik nolie mimpi berdepan dengan kereta yg terbakar. Cik nolie berlari2 tak tentu arah dlm keadaan BXXXX. Cik nolie cuba padamkan api tu. Padam disini..sana terbakar..padam di sana..disini terbakar..sehingga la cik nolie terjaga. Waktu tu baru lepas tengah malam. Cik nolie termenung kenangkan mimpi tu. Hati rasa x sedap jer. Cik nolie baca ayat kursi 3X dan tidur semula.

2-3 hari tu hati x sedap jer asyik teringat psl mimpi tu.  Kemudian cik nolie tanya la sorang pakcik nih. Dia senyum jer. Dia kata biasanya kalau mimpi api..maknanya kita nak difitnah orang tapi x tau la. Hati-hati saja la dan tenang hadapinya..pesan pakcik tu pada cik nolie.

Seminggu lepas tu, cik nolie tengok orang-orang kat opis semua pulaukan cik nolie termasuk la bosh kecik cik nolie. Sedih rasa hati ALLAH jer yg tahu...tapi cik nolie sabar dan buat x kisah jer. Dalam waktu  yang sama..cik nolie mohon pada ALLAH tunjukkan la kebenarannya.

Alhamdullilah, pada satu hari tu terjadi la satu hal yg ada kaitan dengan kerja cik nolie. Orang2 yg berkenaan menuding jari pada cik nolie..cik nolie sabar lagi.

ALLAH maha berkuasa, ditunjukan kebenarannya siapa yg salah masa tu.  Semua yg menuding jari terdiam malu sendiri. Masa tu baru la bosh kecik cik nolie tahu sapa yg benar sapa yg salah.

Selepas peristiwa tu..dia semakin rapat dgn cik nolie dan sentiasa beri nasihat apa yg perlu dibuat supaya cik nolie x kena tembak lagi.  Dia bagitau sapa dalang yg selama ni menabur fitnah pada cik nolie. Dia kata dia pun dulu termakan ckap orang tu tapi dia x bodoh. Dia siasat dan akhirnya nama cik nolie bersih di mata dia. Itu yg penting kan sbb dia bosh..hehe..yang lain tu lantak p la.

Moral of the story:
Hanya kesabaran dan tawakal kita kepada ALLAH sahaja yg dapat menyelamatkan kita dari apa kesulitan sekali pun. Mudah2an kita semua sentiasa dibawah lindungannya..insyallah.

Monday, October 25, 2010

RESEPI SUP IKAN MERAH

Sup ikan memang sedap kalau betul cara masaknya..sbb kalau tidak betul caranya nanti hanyirnya tak hilang. Ini ialah resepi sup ikan olahan cik nolie ye.  Cik nolie selalu guna ikan merah atau ikan jenak.



Bahan-bahannya:-

1/2 ekor ikan merah (bahagian kepala)
Sedikit rempah tumis
1 paket sup bunjut adabi
1 sudu besar rempah sup adabi
1 biji bawang besar (dihiris halus)
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
minyak untuk menumis

Air secukupnya
Garam secukup rasa
Asam keping secukupnya
Daun sup&daun bawang (dihiris ~ untuk hiasan)

Cara memasaknya:-

Rebus ikan bersama sup bunjut dan air halia yg diperah (hampasnya satukan dgn bawang yang ditumbuk).

Tumis darat rempah tumis dan bawang yg dihiris. Kemudian masukan bawang & halia yg ditumbuk. Bila garing masukan air ikan dan rempah sup. Kacau hingga garing dan masukan kedalam periuk rebusan ikan tadi.

Masukan garam & asam keping. Biarkan hingga mendidih. WALLA..SIAP!!

Hias dengan daun sup & daun bawang yg dihiris semasa menghidang.

MINUMAN 'WHITE FUNGUS' & KURMA CINA

rIni petua yang cik nolie guna untuk menyejukan panas dalam.  Petua ni cik nolie dapat dari kawan cik nolie berbangsa cina, Shirly.  Selain menyejukan badan, kurma cina juga bagus untuk kesihatan dalaman...insyallah.



Bahan-bahannya:-

White fungus (boleh didapati di kedai sengseh)~sikit je dah cukup. Rendam hingga kembang, kemudian di buang bahagian yg keras.

Masukan white fungus dan air secukupnya kedalam periuk dan masak bersama gula batu (agak2 manisnya).

Bila menggelegak, masukan kurma cina kering dan tutup api (kurma cina x boleh masak lama2).

Dah siap untuk diminum.

Budak kecik pun boleh minum ye...cuba lah.

Saturday, October 23, 2010

SAMBAL SOTONG

Yang ni resepi cik nolie. Sambal sotong basah.  Sambal mmg peberet cik nolie. Kalau hari2 sambal pun x pe. Hehehe. Cara masak ni boleh digunakan tuk masak sambal udang..cuma tukar sotong ke udang jer.



Bahan-bahannya:-

1/2 kilo sotong putih (dibersih dan potong ikut suka)
5 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas lebihkan)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji bawang besar (mayang & ditumbuk sikit)
1inci belacan (dihancurkan)
1 sudu kecil gula
Air asam secukup rasa
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

 Panaskan minyak. Tumis bawang. Kemudian masukan cili kisar, belacan & gula. Kacau hingga betul2 garing. Masukkan sotong. Biar hingga air sotong agak kering, masukkan air asam & garam secukup rasa. Biar naik minyak..tutup api. SIAP!!

Sedap dimakan dengan nasi putih / nasi udang. Dengan roti pun sodap.

MEE UDANG 1

Mee udang pun banyak versi resepi yg cik nolie jumpa tapi yang ini resepi dari kawan cik nolie. Namanya Mazni. Dia ckp resepi ni senang jer..emm lepas buat memang betul la..senang jerr. Bahan2 nye pun x susah. Hari ni (23/10/2010) cik nolie keje tapi balik lambat sbb kena ganti masa...pikir2 baik cuba mee udang nih..cepat & ringkaskan..hehe.



Bahan-bahannya:-

2 bungkus mee kuning (dicelur)
Sawi secukupnya (dicelur)
Taugeh secukupnya (dicelur)
4 Keping tahu putih (digoreng & dihiris nipis)
Daun sup&daun bawang (dihiris)
Sedikit bawang goreng
Limau kasturi

Kuah:-

15 ekor udang saiz besar
5 ulas bawang merah (tumbuk)
6 ulas bawang putih (tumbuk)
sedikit halia (tumbuk)
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
1/2 kilo kentang (rebus hingga empuk & kisar dgn air rebusan sekali)
1/2 botol besar cili sos
garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk dan cili kisar hingga garing. Masukkan udang. Goreng sekejap dan angkat udang.  Masukkan kentang & air yg telah dikisar. Masukkan cili sos, garam & gula secukup rasa.Biar hingga menggelegak. Masukkan udang tadi semula dan tutup api.

Hidangkan mee yg telah dicelur bersama kuah dan bahan2 sampingan.

Friday, October 22, 2010

NASI BERINGIN

Resepi ni peninggalan ayahanda cik nolie.  Dia mmg pandai masak...nasi beringin ni mmg specialty dia dan boleh dikatakan kalau time kenduri mesti masak nasi nih. Nasi ni juga kitorang gunakan bila nak makan nasi ayam sbb nasi ni x muak compare dgn nasi ayam yg dimasak dgn stok ayam..hehehe.



2 Pot beras (basuh & toskan)
3 Pot air
2 sudu besar marjerin
1 sudu minyak
6 ulas bawang merah-hiris
5 ulas bawang putih-hiris
1/2 inci halia-hiris
2 batang serai-titik jer
1 helai daun pandan
sedikit rempah tumis

Panaskan marjerin & minyak. Kemudian tumis rempah tumis & bahan2 yg dihiris serta serai & daun pandan.  Bila naik bau..masukkan air.
Bila air dah menggelegak, masukkan beras.
Biar dah kering air, kecilkan api dan biar hingga nasi masak.

SIAPP!!

Nasi ni biasanya cik nolie makan dgn ayam goreng berempah/ayam masak merah. Kadang2 tu makan dgn udang masak rempah. Jgn lupa salad tahu.

SALAD TAHU & TELUR REBUS

Salad ni original resepi dari bonda cik nolie.  Salad ni lauk sampingan untuk nasi beringin.  Kalau nak makan camtu je pun boleh juga..kalau suka.
 

  • 4 Keping tahu putih ~ diletak garam&kunyit, goreng, sejukkan dan hiris memanjang
  • 3 Biji telur ~ direbus dan dibelah 4/6
  • 1 pokok salad 
  • 1 biji timun jepun ~ hiris nipis
  • 1 biji lobak merah ~ hiris nipis
  • 6-7 biji tomato ceri
  • Sedikit kobis ungu ~ hiris halus (utk hiasan..kalau suka)

Aturkan salad, kemudian timun dan lobak.
Aturkan pula tahu & telur.
Akhir sekali aturkan tomato ceri.
Siram dgn kuah sos.
Hias dgn kobis ungu

WALLAAA!! SIAP!!

Resepi kuah sosnya:-

2 senduk cili kering yg telah dikisar
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
gula & garam secukup rasa
Air asam secukup rasa

Masukkan cili, bawang putih dan gula. Kacau hingga cili betul2 masak.
Masukan air asam & garam secukup rasa.
Biarkan menggelegak..boleh la ditutup apinya

Peringatan:-
Sos ni boleh dibuat awal dan disimpan. Boleh juga dibuat sos cicahan.

LAKSAM

Emm laksam ni mmg peberet cik nolie..jenuh juga belek buku resepi tengok macam2 versi resepi.  Akhirnya cik nolie belajar dari Gee (kawan cik nolie)..haii cam biasa la resepi agak2..nak kena experimen la pulak. Lepas tu cik nolie call bonda lak. Dia pun bagi resepi gak. Resepi dari 'sajian dari istana' katanya.  Emm..setelah diteliti kedua resepi..cehwah ..akhirnya cik nolie cuba resepi bonda dulu. Alhamdullilah jadi...tapi kuahnya kena wat improvement. So kat sini cik nolie letak kedua2 resepi. Jadi ikut suka la nak cuba yg mana ye.


Kuih gulung (laksam)

Resepi bonda cik nolie
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
3 cawan air

Resepi gee
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
air (agak2)

Cara membuatnya:-
Campur semua bahan. Tapis.
Panaskan kukusan. Sapu minyak pada tudung periuk.
Panaskan tudung periuk. Lepas tu tuangkan bancuhan tepung dan kukus hingga masak.
Dah masak, angkat, sejukkan sekejap dan gulung.
Buat hingga habis.

Kuah (laksam)

Resepi bonda cik nolie
1 kilo ikan kembung (rebus dgn asam keping byk2, pas tu asingkan isi dan tumbuk halus)
santan pekat secukupnye
garam secukupnya
lada hitam & lada sulah secukupnya
air rebusan ikan (ambil sedikit & campurkan dalam santan pekat)
Serai titik
bawang merah, bawang putih & halia (sikit je) tumbuk halus

Resepi gee
1 kilo ikan kembung (rebus dgn asam keping byk2, pas tu asingkan isi dan tumbuk halus)
santan pekat secukupnye
garam secukupnya
lada putih secukupnya (kalau x de..lada hitam pun buleh)
air rebusan ikan (ambil sedikit & campurkan dalam santan pekat)
bawang merah hiris halus

Cara membuatnya:-
Campur semua bahan.
Masak hingga pekat dan sebati.

Ulam
sedikit kacang panjang
sedikit daun selom
sedikit timun
sedikit bunga kantan
sedikit taugeh

Semua bahan di atas dihiris halus dan dihidang mentah.
Laksam di potong ikut suka. Taburkan ulam. Siram dgn kuah.
Akhir sekali letak sambal belacan untuk lebih pedas.

Sambal
sedikit cili kering~dibasuh, goreng sedikit dan ditumbuk dgan sedikit belacan & garam (jika suka)

Thursday, October 21, 2010

20102010~CIK NOLIE DAH 40 KE??

20-10-2010..emm..memang cantik no nih. X caya rasanye dah 40.. betul ke? eh! betul ler..hehe. Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur cik nolie. Kali ni istimewa sebab cik nolie dah melangkah ke 4 series (panggilan kawan2).  Apa yg berbeza?? emm rasanye x de apa yg berbeza selain umur yg meningkat dan wajah yg semakin matang..haha..



Tapi hari lahir cik nolie yg ke 40 ni memang istimewa. Kenapa? Sebab utk pertama kalinye cik nolie menerima ucapan yg paling banyak...especially dari rakan2 fb.  Lepas tu pulak dpt meraikannye bersama hubby dgn lunch berdua2an di secret receipe...beshnyer.  Yang paling seronok sebab hubby beri hadiah yg agak lumayan..alhamdullilah..mudah2an mendapat keberkatan.

Menurut hubby, tarikh 20102010 ni tarikh cermin dan tarikh cermin ni pulak memang istimewa sebab no. kiri dan kanan sama.  Kata sifu hubby, hari cermin ni elok kalau nak buka akaun ..ye atau tidak.. wallahualam. Pendek kata nak mulakan apa2 elok sangat la pada tarikh cermin nih..wallahualam.

Malamnye pulak hubby belanja cik nolie dan sabrina di Pizza Hut Malim.  Anak cik nolie yg lelaki tu x nak ikut sbb nak g stadium tgk celebration 'Melaka Maju'..tapi order tuk tapau tetap ada..hehe. Seronoknye dinner dgn family tercinta...tambah2 kalau abg zamir ada.

Yang paling istimewa, MB melaka granted hari cuti umum tuk hari ni (21/10/2010). What a surprise!! Seronoknye...

Apa2 pun...bersyukur cik nolie ke hadrat ALLAH subhanawataala atas limpah & kurnianye.  Walaupun banyak dugaan yg melanda tapi alhamdullilah dengan izinnya juga cik nolie & keluarga terutama hubby dapat laluinye dgn tabah. Aminnn.

Tuesday, October 19, 2010

Hantaran Haris kepada Zura

Yang ni pula ada la koleksi hantaran dari Haris kepada Zura pulak. Cik nolie buat 8 jer..1 lagi diorg buat kat sana..biasa la sbb membabitkan gelang emas sekali dgn pot pouri..keh3..tapi buat slek la..sbb cam dah x selari lak designnye.

Kaler hantaran ni diorang nak hitam putih so untuk tema cik nolie pilih classic...baru sesuai.  Kain alas sewa aje..tapi combinasi warna hitam putih. Base dia pulak gabus putih di alas dgn organza hitam bercorak silver dan di hias dgn tali manik kaler silver jugak.  Base gabus tu saja cik nolie susun ikut angle bucu supaya ada kelainan sikit.  Bunga pulak guna bunga artificial jer kaler putih digabung dgn daun bunga kaler putih dan riben hitam & putih. Hasilnyer seperti dibawah.










Monday, October 18, 2010

Hantaran Kahwin Zura kepada Haris

Bulan 2 ari tu, adik ipar cik nolie yg lagi sorang lak kawin. Namanye Zura. Yang ni mmg surprise..x de angin x de ribut..tup2 bulan 11 tahun lepas dia bagitau nak kawin jer..tak nak tunang2..terus kawin jer..kelamkabut gak kitorang. Dalam masa 3 bulan tu la nak siapkan itu ini..seb baik dia nak buat ringkas jer..nikah kat masjid pas tu..sanding kat dewan. Apa2 pun..hantaran dia nak buat grand sikit.. cik nolie x kisah..ada budget ..ada masa..boleh saja. Lagi pun kakak ipar x mintak upah..hehe.  Cuma kali ni betul2 mencabar kewibawaan cik nolie sbb nak kena buat utk pihak lelaki sekali sbb pihak lelaki malas nak bawak dari rawang sana tu...ish3..adik punya pasal layannnn.


Gambar zura & haris lepas akad nikah kat Masjid Alor Gajah

Gambar cik nolie & family hubby masa majlis sanding di dewan alor gajah


Untuk hantaran, zura pilih kaler biru kelabu dan dia nak cik nolie match kan dengan kaler hijau.  Cik nolie pilih tema modern kontemperari. Alas dulang seperti biasa kitorang sewa jer. Dpat pulak kaler kelabu..cantik. Untuk base dia pulak..cik nolie guna gabus dibalut dgn kain organza bercorak biru kelabu dihias dgn tali hiasan dan bunga hiasannya pula adalah kombinasi bunga kain organza kaler cream yg cik nolie buat sendiri dan dicantumkan dgn bunga kristal (kaler kelabu) yg cik nolie beli siap.  Hasilnye cik nolie sendiri pun cam x caya je..hehe