Showing posts with label Resepi kek dan muffin. Show all posts
Showing posts with label Resepi kek dan muffin. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

KEK NENAS TONGGANG TERBALIK

Assalammualaikum,

Alhamdulillah mood menulis dan mengupdate blog datang semula setelah sekian lama berehat. Syukur kehadrat allah yang memberi rahmat keatas diri cik nolie.

Sebenarnya banyak resepi yang dah dicuba tapi cik nolie x download dalam blog disebabkan mood yang tetiba merundum setelah kamera rosak (xleh download gambar) dan laptop pun rosak.

Pape pun meh kita mula ngan resepi kek nenas tonggang tebalik. Emm resepi ni dah lama dah cik nolie belajar..masa zaman muda2 dulu tapi resepi hilang entah kemana. Tapi tu la kan zaman tenet ni mmg memudahkan. Cari punya cari terjumpa resepi yang sama.. xsalah cik nolie nama penyumbangnya Nor Aini.

TApi biasala cik nolie ni kan resepi nak buat nak senang je so buat ikut suka hati je la..janji senang dan janji jadi. Kalau korang malas nak buat boleh tempah je dengan cik nolie ye..tapi kalau duduk area melaka lah ye..hehe


Bahan-bahannya:-

250g mentega
220g tepung kek
200g gula castor
30g mentega dicairkan
4 biji telur gred A
5 sudu besar air sirap nenas
3 sudu makan gula perang
10 keping nenas dalam tin (yang bulat)
10 biji ceri merah (hiasan)

Cara membuatnya:

Cik nolie gunakan loyang 4 segi size 9x9in. Cairkan mentega dan ratakan. TAbur gula perang dan atur nenas diatasnya.

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung selang seli dengan air nenas.

Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah di aturkan nenas n ceri taadi. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 45minit.

Walla..dah siap..tunggu sejuk sikit baru potong kek ni tau..mmg sodap makan masa suam2 tu.




Friday, April 19, 2013

EGGLESS TIRAMISU

Assalammualaikum,

Lama sungguh cik nolie xpost resepi dan update kat blog. Baru selesai urusan berpindah kerumah baru. Alhamdulillah walaupun kecik sikit dari rumah sewa lama tapi sendiri punya..hehe.

Hari ni cik nolie nak share resepi 'Eggless Tiramisu'. Resepi ni cik nolie dapat dari Siti Hajar Ahmat rakan di EWA..resepi asal dari Fatimah Bujang. Cik nolie cut and paste je resepi asal dalam bahasa inggeris ni supaya x tertinggal pape. Resepinye mudah tapi kena sabar bab mengaturnye. Selamat mencuba.


tiramisu serve dalam cup kecik2



Eggless Tiramisu
250g whipping cream (cik nolie guna 200g je)
500g cream cheese (suka la nak guna jenama apa..tp paling sedap mascarpone)
2 tbsp vanilla essence
3 tbsp icing sugar (kalau suka manis boleh tambah ye)
3 tbsp nescafe
1 ½ cup hot water
2 pkt sponge fingers

Method
Beat whipped cream and cream cheese in separate bowls. Then combine together with icing sugar and vanilla essence. Let cool in refrigerator.
Mix coffee and hot water together. Soak sponge fingers and line into glass cups. Pipe some cream over and repeat with sponge fingers. DO it for 2 or 3 layers and cover the top with cream. Dust with cocoa powder. Serve cold.
Tambahan : cik nolie toping ngan hirisan dark & white chocolate..yum3
Selamat mencuba - Fatimah Bujang

Sunday, October 21, 2012

KEK CAWAN (BASE KEK BUTTER)

Assalammualaikum,

Hari ni terlebih rajin wat kek butter sempoi tapi gatal lak nak jadikan cup cake. So resepinye sama je..leh tgk kat kek butter sempoi tapi touch sana sini jadi la cup cake cam kat bawah ni.


KEK CAWAN COKLAT RICE



Cara membuatnye:-

Adunan kek butter tu di campurkan dgn sedikit susu pekat dan coklat rice. Sudukan dalam acuan cup cake dan tabur lagi coklat rice kat atas. Bakar pada suhu 180 dan bakar selama 19min.



KEK CAWAN WARNA WARNI



Cara membuatnye:-

Adunan kek butter tu dibahagi kepada 3 bahagian. Di campurkan dgn sedikit susu pekat dan warnakan ikut suka. Sudukan dalam acuan cup cake ketiga2 warna tersebut dan tabur ceri campur2 kaler kat atasnye. Bakar pada suhu 180 dan bakar selama 19min.


Taraaa..dah siap cup cake make over cik nolie.


Saturday, April 21, 2012

KEK CAWAN LOBAK MERAH SEMPOI

Assalammualaikum,

Hari ni balik seminar semangat la sangat..hehe. Mmg dah plan minggu ni nak wat kek lobak merah. On the way balik seminar singgah le beli lobak merah.

Lepas magrib tadi cik nolie pun kuarkan semua barang2 dan godek2 ikut resepi yg my beloved mum bagi aritu. cuma sbb x bape suka nenas so cik nolie x le letak. Respi mak ni x de letak kacang walnut cam respi kek lobak merah yg biasa tu. Tu sbb cik nolie cakap sempoi..sonang sgt buatnya. Lebih kurang je dgn respi kek lobak merah yg lain kot cuma respi ni kiranya termasuk kategori kek sihat..kurang manis dan kurang lemak..hehe. Kalau nak cuba sila la..kek dia mmg gebuzz sgt.

kali ni cik nolie cuba wat kek cawan lobak merah lak

Bahan-bahannya:-

4 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh bikarbonat soda
2 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan lobak merah (di sagat)
1 cawan nenas dalam tin (optional-tos dan potong kecik) -cik nolie x letak

Cara membuatnya:-

Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan minyak pukul lagi. Masukan lobak dan akhir sekali tepung yg telah di ayak bersama bikabonat soda dan baking powder.

Kalau nak letak nenas ..last sekali masukan nenas..gaul dan tuang kedalam loyang atau acuan kek cawan cam kat bawah ni. Tabur lebihan lobak merah tadi kat atas dan boleh la dibakar.



Kek cawan ni ciknolie bakar pada suhu 160 selama 24min...taraaaa..siap. Kalau nak sedap hias la atas dia dgn lemon cream cheese. Sbb kek ni x berapa manis leh gak makan ngan madu..yum3.


Tuesday, September 20, 2011

KEK MENTEGA SEMPOI

Hari raya baru2 ni cik nolie wat kek mentega sempoi nih tuk family cik nolie sbb diorg mmg suka kek yg kosong camni. Resepi ni mmg dah lama cik nolie simpan dari zaman anak dara lagi. Mula2 dapat kat majalah..tapi biasa la resepi majalah ni kena cuba dan setelah di experimenkan terhasil la resepi yg sempoi ni..insyallah jadi kalau ikut cara2nya..hehe. Sapa2 yg nak cuba tu sila la..



Bahan-bahannya:-

250g mentega
180g gula castor
250g tepung naik sendiri
5 biji telur
1 penutup esen vanilla


Cara membuatnya:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukan telur 1 persatu dan pukul hingga kembang (ingat: telur mesti masukkan satu dulu dan pukul hingga kembang baru masukan telur lagi sehingga habis).

Bila dah kembang, masukan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit. Masa ni gaul hingga adunan sebati. Peringatan: Jgn pukul kuat2. Masa ni kacau dgn senduk kayu jew.

Dah siap adunan. Panaskan oven pada suhu 180darjah celcius dan panaskan loyang yg telah disapu lebihan mentega tadi selama 2 minit. Keluarkan loyang dan masukan adunan tadi. Ratakan dan bakar hingga masak selama 35-40min. Nak tau masak ke tidak cucuk ngan garfu..kalau x melekat makna dah masak la..hehe.

Ni gambar kek yg baru masak.


Thursday, November 4, 2010

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Selalunya cik nolie makan blueberry cheese cake ni dari air tangan kawe cik nolie Linda Hadi. Sedap cheese cake dia tapi cik nolie lum dpt lagi resepi dari dia..hehe. Biasa la sibuk. Tapi tah camne cik nolie terjumpa resepi ni kat 'selera emas catering'. Sekali tgk cam sama jer tapi nak tau sama ke tidak kena wat dulu tapi besa la bab kek cik nolie ni liat sikit. Kena tunggu special occasion..hehehe. Sapa2 yg nak cuba tu cuba la ye..

sekadar gambar hiasan ~ ni gambar cheese cake yg linda buat



Bahan-Bahan:

Untuk Base:

1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik


Untuk Filling:

750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W) ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)


Cara:

Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.


Cara Untuk Base:

Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap. Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.


Cara Untuk Filling:Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung.
Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt.
Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan sudip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.

Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.

Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.

Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam.
Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit.
Sejukkan dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:

Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata

Wednesday, October 13, 2010

KEK COKLAT KUKUS 1

Bahan-bahan:-
  • 250g mentega / marjerin
  • 2 cawan gula castor (kalau nak manis tukar guna gula biasa – blend)
  • 5 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 sudu besar serbuk milo
  • esen vanilla
  • 1 tin susu sejat (cair)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat soda
  • 1 sudu teh baking powder
Cara membuatnya:-
Mentega pukul dgn 1 cawan gula hingga kembang.
Telur pukul dgn 1 cawan gula hingga kembang.
Sudah kembang satu kan kedua-dua adunan.
Masukkan serbuk koko, milo & esen vanilla. Kacau sebati.
Masukan susu cair. Pukul lagi.
Akhir sekali masukan tepung yang telah di ayak bersama bikarbonat soda & baking powder.
Kukus dalam pengukus selama 1 jam 30 minit.
Tambah sedap kalau dihidang bersama sos kastard/krim coklat.