Showing posts with label Resepi kuih dan roti. Show all posts
Showing posts with label Resepi kuih dan roti. Show all posts

Monday, September 24, 2012

MURTABAK PISANG

Assalammualaikum,

Sambungan dari cite buat roti canai..teringin pulak nak buat murtabak pisang. Lama sungguh x buat. Resepi ni aruah abah cik nolie yg punya. Kalau dulu mmg suka sgt dia makan ni. Kalau buat roti canai mesti ada murtabak pisang dan roti canai telur kucai. Makan panas2 sedap sgt. Cuma cik nolie x brapa suka sbb manis. Kalau roti telur kucai...emmmm...malatop..hehe. Resepi ni untuk wat 3 keping murtabak pisang.



Bahan2 untuk intii murtabak pisang:-


3 biji pisang emas/lemak manis (buang kulit dan hiris nipis)
1 biji telur
1/2 sudu besar gula (nak manis tambah lew)




Campurkan semua bahan hingga sebati. Siap tuk dibuat murtabak.


Cara membuat murtabak:-


Amik doh roti canai letak minyak secukupnya dan leper2kan. kemudian kibar2kan hingga nipis dan melebar. Kalau reti tebar lagi bagus la..heehehe..pastu letak inti tadi. tutup ke empat2 bahagian cam kat bawah. Sementara tu panaskan kuali dan letak minyak secukupnya. Dah panas..letaklah murtabak tadi.



Goreng murtabak dgn api sederhana. Balik2 kan hingga garing kedua2 bahagian cam kat bawah.


Dah siap!!!


Sunday, September 23, 2012

ROTI CANAI

Assalammualaikum,

Lamanye cik nolie x update blog. Sibuk sgt dgn tugas harian dan tempahan kuih frozen..alhamdulillah.

Semalam dari pagi sampai petang sibuk dgn seminar. Insyallah sedikit masa lagi cik nolie akan share peluang perniagaan ni dgn semua. Pape pun hari ni memang malas nak kuar sarapan. Semalam tanya hubby dan bb sabrina nak makan apa..jawap mereka roti canai la...hehe.

Roti canai ni yg ajar cik nolie buat sudah tentu la bonda. Selalu gak cik nolie buat dulu masa abg zamir masih ada kat sini. Cuma hari ni berkesempatan tuk post kat blog ni. Tambahan adik ain sibuk suh post resepi.

Biasa cik nolie buat ikut resepi bonda main campak2 je..kali ni betul2 sukat supaya senang nak post dan org ikut. Kali ni cik nolie ubah sikit resepi lepas tgk respi org lain letak telur. Pastu selalu tgk kat kedai diorg perap ngan marjerin je. Jadi kali ni yang beza cik nolie tambah telur dan perap dgn marjerin je. Yg lain sama cam biasa. Biasa x letak telur dan perap dgn minyak je. Sesiapa yg nak cuba tu sila la...insyallah pasti jadi.


Roti canai yg garing tapi lembut didalam makan bersama kuah kari sardin

Bahan-bahannya:

1kg tepung gandum
450ml air
2 sudu besar susu pekat *paras sudu je
1 biji telur
2 sudu kecil garam
2 sudu marjerin - untuk uli bersama doh
marjerin secukupnya (agak2) tuk salut doh semasa perap (salut ngan minyak pun leh gak)

Cara membuatnya:-

Masukan air kedalam bekas. Campurkan garam, susu pekat dan telur. Kacau sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit hiingga habis dan uli hingga tidak melekat.

Masukan 2sudu besar marjerin dan uli lagi hingga sebati dan tidak melekat.

Bahagikan doh kepada beberapa doh kecil yg di bulat2kan. Buat hingga habis dan sapu marjerin. Perap semalaman. Boleh dpt dalam 16-18 biji.



Esoknya leper2kan doh macam ni.



Kemudian boleh la ditebar satu persatu. Cik nolie tak reti tebar so tarik2 tepung tu hingga lebar kat dulang sehingga nipis kemudian lipat dan gulung jadi camni.


Selepas dibiarkan beberapa minit. Bolehla dileperkan camni dan digoreng atas kuali leper/non stick.




Bila dah garing cam tu..angkat dan tepuk2 bagi lembut. Taraa siap untuk dihidangkan...yum3..cuba la.







Sunday, February 5, 2012

CUCUR KEMBUNG MANIS

Assalammualaikum,

Petang2 ni apa nak buat ye tuk minum petang. Meh la cuba cucur kembung manis resepi cik nolie ni. Resepi ni bonda cik nolie yg ajar. Anak2 cik nolie mmg suka sangat. Minum dgn teh O kurang manis mmg superbb. Resepinya seperti dibawah.



Bahan-bahannya:

1/2 kilo tepung gandum
5-6 sudu besar gula
1 sudu kecil penuh garam
1/2 sudu kecil soda bikabonat
Air secukupnya


Cara membuatnya:

Campurkan tepung, gula, garam dan soda. Gaul rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit hingga membentuk adunan yg cantik (x cair & x pekat - sedang2).

Perap selama 1 jam. Kacau lagi sekali dan boleh la digoreng.

Panaskan minyak hingga betul2 panas. Kecilkan api dan masukan adunan ke dalam minyak. Jangan letak penuh sangat nanti kuih akan kembung.

Balik2 kan cucur hinga garing. Angkat dan toskan minyak.

Hidang panas2.


KUIH KETAYAP @DADAR

Assalammualaikum,

Hari ni tetiba je terajin lak masak inti manis untuk stok. Cik nolie suka wat inti sendiri sbb kalau beli orang buat manis sangat..eeee x bape suka.  Emmm mcm2 kuih dah ada dalam pale cik nolie ni tapi baru teringat dah lama x buat kuih ketayap aka kuih dadar/gulung. Bahan2 suma dah ada. Boleh gak hubby bawak g surau makan dgn kengkawan dia. Ni cara cik nolie le..sapa2 nak cuba boleh je.


Kuih gulung yg dah siap - kalau nak hijau lagi tambah la pewarna hijau


Bahan-bahan intinya:

2 biji kelapa (putih je)
2 ketul sedang gula kabung
1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
2 sudu besar tepung gandum

Masak gula kabung, daun pandan bersama air hingga hancur. Panaskan kuali dan tapis air gula tadi kedalam kuali. Masukkan garam dan kelapa. Kacau rata. Masak hingga hampir kering dan taburkan tepung gandum. Kacau hingga rata dan masak hingga betul2 masak. Angkat dan sejukkan.

kalau nak kaler hitam guna gula merah..hehe

Bahan-bahan untuk kulitnya:

4 cawan tepung gandum
6 suku cawan air
10 helai daun pandan (kerat2 dalam 2in)
2 sudu kecil garam

Kisar daun pandan bersama 3 cawan air. Tapis kedalam tepung yg telah digaul dgn garam. Kacau rata. Masukan pula lebihan air tadi dan kacau rata lagi.

Masukkan adunan kedalam blender dan blend. Tapis menggunakan tapis kelapa. Buat hingga adunan habis.

Taraa..ni la rupa adunan tu.



Cara memasaknya:-

Panaskan kuali. Sapu minyak menggunakan daun pandan yg disimpul.

Tuangkan adunan dan gelek dgn senduk hingga nipis cam ni.



Bila dah masak cam ni angkat dan letak atas tutup periuk.




Letak inti dan lipat kedua2 bahagian tepi dan gulung dari bahagian bawah ke atas.


Siap..buat hingga habis adunan. Lihat gambar paling atas.

p/s: Kuih kali ni pucat sbb xcukup hijau sbb masa masak ni pewarna hijau dah abis..huhu



Saturday, February 4, 2012

KUIH KERIA

Assalammualaikum,

Salah satu kuih peberet cik nolie ialah kuih keria aka kuih gelang (panggilan cik nolie masa kecik2 dulu)..hehe. Kat alor gajah diorg panggil kuih koye..emmm..mcm2 kan.

Hari tu cik nolie nak wat kuih cek mek molek..jadi petang tu rebus le keledek ..lenyek dan sejukan. Tapi tetiba hubby kata wat kuih keria je la..senang simpan tuk sok. Haaa..sebenarnya cik nolie suka wat kuih yg boleh di frozenkan. Kuih keria pun boleh di frozenkan gak tapi kena tau cara nya. Selalu gak cik nolie wat kuih keria ni tapi x penah nak post..hehe..biasa la lupa amik gambar. Kali ini ada masa amik gambar jadi cik nolie post la resepi..ni pun resepi agak2 je..almaklum selalunya camtu.. ini pun gambar x memuaskan..huhu.

Kuih keria tanpa sira..peberet cik nolie



Bahan-bahannya:

500g keledek (buang kulit, potong sedang2)
sedikit garam kasar
air secukupnya
3 cawan tepung gandum (agak2 hingga doh lembut x melekat)


Cara membuatnya:

Basuh bersih keledek dan rebus sehingga empuk. Toskan air dan lecek hingga hancur. Sejukkan. Kalau ada serat2 tu buangkan.

Setelah betul2 sejuk.. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan gaul keledek hingga menjadi doh yg lembut dan x melekat. Jaga2 jgn terlebih tepung ..nanti liat.

Dah siap..tarraaaa



Boleh la digoreng hingga kekuningan dan sejukan.

Cara makannya:

Cara biasa sira ngan gula. Panaskan kuali dgn api yg kecil. Masuk kan lebih kurang 5 sudu besar gula ..biarkan cair sedikit..masukan sedikit air. Bila dah cair dan menggelegak..masukan kuih yg dah digoreng tadi..gaul cepat2. Angkat dan sejukkan.

Cara cik nolie makan pelik skit..hehe

X suka sira gula sbb manis sgt. Makan camtu je. Kadang2 cicah air gula melaka. Sabrina lagi brutal cicah cili sos..huhu.



Saturday, September 24, 2011

SANDWICH AYAM DGN LADA PUTIH

Hari tu x tau nak masak apa. Tengok ada ayam. Cik nolie pun wat resepi hentam aje la...hehe. Senang jew resepi nih. Cik nolie buat sebagai inti sandwich...tapi nak makan gitu jew balut dgn sayur salad pun boleh.



Bahan-bahannya:-

3 keping dada ayam (dihiris nipis2, basuh dan tos)
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak zaitun

Cara memasaknya:-

Perap ayam bersama serbuk lada putih, serbuk kunyit dan sedikit garam selama 1/2 jam.

Panaskan minyak atas kuali 'non stick'. Masukan ayam tadi dan goreng hingga kekuningan dan angkat.

Ambil roti. Letak daun salad. Letakkan isi ayam tadi dan tutup dgn sekeping roti lagi. Dah siap. Cik nolie makan gitu jew tanpa sos untuk rasa ayam yg lebih natural. Lagi pun sos cili x elok untuk diet..tinggi karbo dan tinggi gula..ngehh3.

Sunday, July 10, 2011

LEPAT PISANG DALAM LOYANG

Arini wat lepat pisang tapi masak dalam loyang cam kawan cik nolie roziah yusoff ajar..sempoi..kira cara org malas gitu tapi ye la masa sekarang ni susah dapat daun pisang so idea ni mmg bernas. Lagi2 bulan pose dah dekat nih...mmg sedap wat juadah berbuka.


lepat yg dah siap dimasak..biar sejuk dulu baru potong2 dan ngap

Bahan-bahannya:-

10-12biji pisang masak (lepas lecek dalam 2 1/2 cawan)
4-5 sudu gula pasir (tgk pisang..kalau yg mmg manis..kurangkan gula)
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar (penuh) tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (putih saja)
1/4 cawan santan pekat (kalau suka~cik nolie selalu x letak..hehe)
1 sudu besar minyak masak
air (kalau perlu jika terlebih pekat adunan)


Cara membuatnya:-

Campurkan gula dan garam d alam pisang yg sudah dilecek dan gaul rata. Masukan kelapa parut. Kacau lagi. Masukan tepung sedikit demi sedikit (agak2). Kalau pekat sgt..tambah sikit air.

Akhir sekali masukan minyak masak dan gaul rata.

Sementara tu panaskan loyang yg disapu minyak dalam pengukus. Bila cukup panas, masukan adunan tadi dan rata2 kan dalam loyang dan kukus selama 25-30min hingga masak. Nak tau masak ke tidak..cucuk sikit ngan garpu..kalau x melekat tu dah masak la..wallla...dah siap..sempoiii.

Biar sejuk dulu baru potong..kalau suka..taburkan kelapa parut yg dicampur garam sedikit diatas kuih masa hidang.

Sunday, July 3, 2011

KUIH CEK MEK MOLEK

Aritu g pasar malam nampak keledek cantik..cik nolie pun saja je beli...ingat nak wat kuih tapi x tau kuih apa.  Semalam puasa sunat bulan syaaban. Cik nolie teringat kat keledek tu. Pikir punya pikir cik nolie buat ler kuih cek mek molek. Kuih ni bonda cik nolie yg ajar..sonang yo buatnya...doh dia sama je cam buat kuih keria dan cucur badak..beza tang inti dan cara je.



Bahan-bahan untuk doh:-

2 biji keledek (sederhana besar)
2 sudu kecil garam kasar
Air secukupnya

1 1/2 cawan tepung gandum (agak2 ikut banyaknya isi keledek)
sedikit gula pasir (intinya)

Cara membuatnya:-

Kupas kulit keledek dan belah 3/4 bahagian. Basuh bersih2 dan masukkan kedalam periuk dengan air secukupnya. Masukkan garam dan rebus keledek hingga empuk.

Bila empuk (cucuk dgn garpu utk tgk dah empuk ke belum) buangkan air rebusan hingga betul2 kering.  Kemudian ambil lenyek keledek tersebut masa tengah panas2 hingga betul2 hancur dan biarkan sejuk.

Bila sudah sejuk, campurkan tepung sedikit demi sedikit agak2 (jgn byk sgt tepung ..nanti liat) hingga doh boleh dibentuk. Basuh tangan dan lap kering2. Kemudian ambil doh dan bulat2kan (lihat gambar bawah)



Ambil 1 keping plastik, taburkan sedikit tepung gandum dan letakkan doh tadi dan leperkan. Masukan 1 sudu kecil gula pasir dan katup doh (lihat gambar bawah).





Bila dibuka plastik bentukkan doh membujur seperti dalam gambar dibawah. Ulang proses yg sama hingga doh habis.



Setelah siap boleh la digoreng hingga garing.

Peringatan:-

Selepas siap dibuat, kuih hendak la digoreng terus. Jangan biarkan kuih lama2 nanti gula akan cair dan menyerap keluar doh.

Kuih dibiar sejuk baru dimakan sbb kalau baru goreng inti gula tu panas nanti melecur lak lidah.

Sila la cuba..

Sunday, May 29, 2011

LEMPENG KELAPA

Ini resepi mudah untuk makan malam..hehe. Kadang2 buat kosong jer..tapi kalau terajin letak le kelapa parut camni..lagi sedap rasanya..cubalah.

lempeng kelapa cicah dgn sambal tumis ikan bilis


Bahan-bahannya:-

1/2 kilo tepung gandum
8 sudu besar kelapa parut (putih jer)
garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara memasaknya:-

Panaskan kuali. Sapu sedikit marjerin. Letak kan 1 senduk adunan dan leperkan adunan tu nipis2 dengan senduk tu. Letak sedikit marjerin bhgn atas. Terbalik2 kan hingga kedua2 belah garing dan boleh la diangkat.



Hidangkan bersama sambal tumis atau apa2 kuah yg suka.

Thursday, December 9, 2010

CUCUR BAWANG STYLE CIK NOLIE

Malam ni menu cik nolie cucur bawang jer. Cik nolie mmg suka wat cucur bawang..x kira waktu pagi ke..petang ke..malam ke..rasa nak makan je wat ler. Tambahan lak bila cuaca sejuk2 sbb hujan..perrhh lagi laju je nyuap cucur bawang nih..hehe. Senang je resepinya..nak cuba sila la..



Bahan-bahannya:-

1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar garam (jgn penuh sgt)
1/4 kiub ikan bilis maggi tanpa msg
4 cawan air biasa
1 cawan air panas
3 biji bawang besar (hiris2) ~ lagi lebih lagi sedap


Cara membuatnya:-

Campurkan tepung dan garam. Bancuh dgn air biasa hingga sebati. Masukan kiub ikan bilis yg dihancurkan. Kacau lagi.

Masukan bawang besar yg telah dihiris dan ramas2 dalm adunan tepung tu. Akhir sekali tuang air panas dan kacau dengan senduk. Bancuhan ni mmg cair sikit untuk mendapat kan cucur yg garing tapi lembut didalam.

Panaskan minyak di kuali. Bila minyak dah panas..sudu la adunan tepung berserta bawang dan tuang ke dalam minyak. Goreng hingga kekuning-kuningan. Jangan lupa selalu balik2kan cucur tersebut untuk mendapatkan cucur yg cantik dan garing.

Selamat mencuba...

p/s: kalau buat kuih cik nolie suka guna tepung cap kunci, sauh atau bakers choice..kuih cantik dan garing

Wednesday, December 8, 2010

ROTI GORENG BERINTI

Resepi ni cik nolie dapat dari email kawan cik nolie, Masliza. Resepi dia lebih kurang cam aiskrim goreng gak cuma roti ni di goreng dulu pas tu baru isi inti. Cam poket gitu. Rasanya resepi ni dia dpt kat tenet..mmg kreatif org yg wat resepi nih. Bagaimana pun resepi ni hanya disertakan gambar (gambar kat sini adalah gambar asal) dan cik nolie olah mengikut kefahaman cik nolie..hehehe. Apa2 pun kepada sesiapa yg nak cuba tu, resepi dan cara-caranya seperti berikut...
ni gambar roti goreng berinti yg dah siap..tinggal ngap jer

Cara-cara membuat inti roti goreng nih:-

Bahan-bahan yg diperlukan untuk memasak intinya
Bahan-bahannya:-

2 keping dada ayam (potong kecil2 cam dlm gambar)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar (potong kecil2 cam dlm gambar)
1/2 biji capsicum hijau (potong kecil2 cam dlm gambar)
1 sudu besar mayonese atau agak2 ler
1 sudu besar cream cheese atau agak2 ler
1 sudu besar whipped cream atau agak2 ler
Minyak masak secukupnya..
Lada sulah secukup rasa
Garam (kalau nak)

Untuk hiasan:-

Daun salad secukupnya.

Panaskan minyak, tumis bawang putih..pas tu masukan bawang besar dan capsicum.
Kacau hingga naik bau.


Masukan daging ayam dan lada sulah secukup rasa (agak2 ler ye).

Kacau sebati hingga daging ayam kekuningan.

Bila dah garing cam ni...masukan mayonise dan cream

Kacau sebati..resepi asal x letak garam..tapi sapa2 yg nak letak tu terpulang (ikut selera masing2). Dah siap..angkat dan ketepikan.

Sekarang nak sediakan rotinya pula...cara2 nya seperti dibawah. Roti ni nak senang wat siap2.
Dah siap inti baru celup2 dan goreng rotinya..cepat sikit.


Cara-cara menyediakan roti:-

Setiap satu set roti perlukan 2 keping roti.

Gelek la roti tu dgn penggelek hingga betul2 leper seperti di bawah.

Leper cam ni tau.

Amik la cawan yg agak2 muat saiz roti tu. Tekan kuat2 hingga roti putus dan dpt bentuk bulat cam gambar dibawah nih.

Taraa..dah siap rotinya. Masa ni la wat byk2 dan simpan dalam tupperware. Bila inti dah siap boleh la wat langkah seterusnya.


Langkah terakhir menyediakan roti goreng:-

Telur (agak2 la ikut byk roti yg dibuat). Pukul hingga jadi cam atas.
Sediakan juga serbuk roti secukupnya.

Celup roti dalam adunan telur.

Salutkan rata2 dgn serbuk roti.

Pastu goreng hingga kekuning-kuningan.

Angkat dan tos minyak hingga betul2 kering.

Gunting dua roti dan roti akan jadi cam kat atas.

Letak daun salad dan isi la dgn isi yg telah di buat tadi..dah siap untuk dimakan.
Boleh tambah sos cili kalau suka.