Thursday, December 9, 2010

CUCUR BAWANG STYLE CIK NOLIE

Malam ni menu cik nolie cucur bawang jer. Cik nolie mmg suka wat cucur bawang..x kira waktu pagi ke..petang ke..malam ke..rasa nak makan je wat ler. Tambahan lak bila cuaca sejuk2 sbb hujan..perrhh lagi laju je nyuap cucur bawang nih..hehe. Senang je resepinya..nak cuba sila la..



Bahan-bahannya:-

1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar garam (jgn penuh sgt)
1/4 kiub ikan bilis maggi tanpa msg
4 cawan air biasa
1 cawan air panas
3 biji bawang besar (hiris2) ~ lagi lebih lagi sedap


Cara membuatnya:-

Campurkan tepung dan garam. Bancuh dgn air biasa hingga sebati. Masukan kiub ikan bilis yg dihancurkan. Kacau lagi.

Masukan bawang besar yg telah dihiris dan ramas2 dalm adunan tepung tu. Akhir sekali tuang air panas dan kacau dengan senduk. Bancuhan ni mmg cair sikit untuk mendapat kan cucur yg garing tapi lembut didalam.

Panaskan minyak di kuali. Bila minyak dah panas..sudu la adunan tepung berserta bawang dan tuang ke dalam minyak. Goreng hingga kekuning-kuningan. Jangan lupa selalu balik2kan cucur tersebut untuk mendapatkan cucur yg cantik dan garing.

Selamat mencuba...

p/s: kalau buat kuih cik nolie suka guna tepung cap kunci, sauh atau bakers choice..kuih cantik dan garing

No comments:

Post a Comment