Showing posts with label Resepi mee dan laksa. Show all posts
Showing posts with label Resepi mee dan laksa. Show all posts

Friday, November 9, 2012

KUEH TEOW GORENG BASAH

Assalammualaikum,

Sebelum ni cik nolie ada post resepi kueh teow goreng tapi yg ni versi basah dan sempoi..maknanye bahan2nye pun sempoi...hehe. Anak bujang cik nolie tu teringin sangat. Sesiapa nak cuba sila la.




Bahan-bahannya:-

2 bungkus kueh teow
1 bungkus bebola ikan yg putih (belah 2)
15 ekor udang hidup (buang kulit)
3 ketul tahu goreng (potong dadu sedang2)
seikat kucai (bersihkan dan potong dalam 1in panjang)
semangkuk kecil taugeh
2 sudu besar cili kisar
sedikit tomato sos
sedikit sos ikan
sedikit kiub ikan bilis
4 cawan air panas (agak2)
1 biji telur
kicap pekat ikut suka (agak2)
4 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau dan masukan cili kisar..kacau hingga garing.

Masukan udang, tahu dan bebola ikan. Kacau lagi.

Masukan sos, kicap dan kiub ikan bilis. Masukan kueh teow. kacau rata.

Masukan 1 cawan air. Kacau lagi. Ketepikan kueh teow dan pecah telur..kacau2 hingga separuh masak gaulkan bersama kueh teow. Kacau lagi...tambah baki air..masukkan kucai dan taugeh serta garam secukup rasa. Kacau dan boleh la diangkat..api jangan besar takut kering. Kalau kering tambah je air panas.

Walla..siap

Monday, September 24, 2012

MEE REBUS

Assalammualaikum,

Kali ni cik nolie nak post resepi mee rebus pulak..hehe. Masak masa raya haritu sebenarnya tapi baru sekarang ada masa nak post resepi.

Masa tu kengkawan Joubert nak datang rumah. Pikir punya pkir apa nak masak ..selak2 la buku resepi. Emm nampak la resepi mee rebus..tgk resepi cam mee udang pun ada ..cam mee bandung pun ada. Belasah je la kan..hehe. Akhirnya selamat gak cik nolie mengexperimen resepi dari buku tu yg x penah cuba lagi. Cuma kena ubah gak sikit sana sini kasi mantop. Gambar mee yg siap hidang x sempat amiik sbb dah licin..hehe.



Bahan-bahan mee dan sampingan:-

1kg mee kuning (basuh dan celur)
secekak sawi (bersihkan, celur dan potong2)
Sedikit taugeh (celur air panas je)
6 keping tahu putih (letak garam dan goreng kemudian potong2 kecil)
beberapa biji limau kasturi (belah 2 je)
5 biji telur (rebus dan belah 4/6)
Daun sup dan daun bawang (di hiris2)


Bahan-bahan untuk kuah:-

600g tulang /ekor (rebus untuk stok) ~ tapi cik nolie tak buat nih
300g daging (hiris2 dan rebus hingga empuk)
300 ekor udang (amik kulit basuh2 dan rebus untuk stok. udang asingkan)
300g keledek campur 300g kentang (rebus dan lecek hingga lumat)
1 senduk cili kisar (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian kepedasannya)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
5 camca besar sos tomato
1 senduk besar air gula merah (yg dah dimasak awal2) - kalau suka manis letak le lebih
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara memasak kuah:-

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg telah ditumbuk hingga naik bau, masukan cili kisar. Goreng hingga garing.

Bila dah garing masukkan udang sekejap dan angkat. Masukan pula daging berserta semua air stok (masa buat stok tu agak2 la airnya).

Masukan pula keledek dan kentang yg telah dilecek, sos tomato, air gula merah dan garam secukup rasa. Dalam resepi ni xde asam tapi cik nolie saja je letak sekeping asam keping..hehe...ok je.

Kacau la hingga kuah likat. Masa yg sama masukkan semula udang tadi.

Dah ok kepekatan dan rasa kuah boleh la tutup api dan hidangkan bersama mee dan bahan2 sampingan tadi.




Monday, February 6, 2012

MEE KARI SEMPOI

Assalammualaikum...

Tengahari tadi x masak so malam ni cik nolie wat mee kari je. Mula2 nak masak petang..tapi sbb keluar..terlambat la sikit tapi xpe..hubby biasa makan lepas balik surau...hehe.

Ni mee kari version sempoi sbb nak cepat. Lagi satu versi kalau cuti2 atau hari raya baru buat..hehe.

Resepi seperti dibawah. Sesiapa yang nak cuba tu sila la.


mmg sempoi sbb mee dan kuah je..kalau rajin tambah la telur rebus


Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning - celur

Bahan-bahan tuk kuah:

4 keping dada ayam - potong kecil
1 paket fish ball putih - belah 2
1/2 batang lobak merah - potong kecil panjang2
Tahu keping goreng 3 keping - potong 6
Tahu kembung 1 paket - basuh dan potong 2
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar saiz kecil - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 inci lengkuas - tumbuk
1 batang serai - titik je
2 paket rempah kari babas
santan pekat dari 1 biji kelapa
3 mangkuk air (agak2 kepekatan kuah)
2 sudu kecil garam kasar
2 keping kecil asam keping
Minyak tuk menumis


Cara memasaknya:

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk serta serai hingga garing. Masukan ayam. Masak hingga ayam masak sedikit. Masukan rempah kari. Kecilkan api. Kacau rata.

Masukan pula fish ball..kacau lagi. Masukan air dan kacau lagi. Masukan lobak merah dan tahu goreng. Biar hingga mendidih. Masukan santan pekat, garam dan asam keping.

Tgk kepekatan kuah..kalau kurang tambah la..kalau rasa dah ok..biar je mendidih. Jangan lupa kacau supaya x pecah minyak. Lepas tu boleh la tutup api dan hidang bersama mee yg telah dicelur.

Kalau rajin tambah la telur rebus.


Thursday, September 22, 2011

MEE GORENG

Hari ni alhamdulillah selesai cik nolie berpuasa 6. Teringin pulak nak makan mee goreng. Bukan x nak beli tapi mee goreng kalau sejuk x sedap jadi baik masak sendiri kan..boleh makan panas2. Ni style mee goreng cik nolie...x letak kicap. Sesapa nak cuba sila la.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus mee kuning jenama laksamana (basuh dan tos~pastikan masa nak masukan mee baru basuh)
15 ekor udang saiz sedang (buang kulit separuh jew)
3 ketul tahu goreng (potong dadu)
1 ketul tahu ikan (potong nipis)
1 bungkus bebola ikan (potong 2)
3 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit Taugeh

Sedikit ikan bilis (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis tumbuk hingga naik bau. Masukan cili kisar. Kacau hingga cili garing. Masukan udang, tahu ikan, bebola ikan, tahu goreng. Kacau rata.

Masukan tomato sos, sos tiram, sos tiram, sos ikan dan sawi. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukan mee yg telah dibasuh & ditos. Taugeh, sedikit air dan garam secukup rasa.

Kacau rata dan boleh la diangkat.






Monday, September 5, 2011

MEE SIAM (BERKUAH TAUCU)

Semalam tiba2 teringin lak cik nolie nak wat mee siam. Resepi ni mak mertua yg ajar. Tapi biasa la cik nolie ubah2 sikit2 ikut selera sendiri..hehe. Bahan-bahan pun mudah dicari dan senang dibuat. Sesiapa nak cuba tu sila la ye.




Bahan-bahannya:-

1 bungkus meehoon EKA (rendam hingga lembut, basuh dan toskan)
4 ketul tahu putih – potong kecil, gaul garam dan goring hingga garing
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar saiz kecil (tumbuk)
10 ekor udang saiz besar (buang kulit)
5-6 sudu besar cili kisar (
1 kiub ikan bilis
1 sudu kecil sos ikan
½ mangkuk kecil kucai (potong dalam panjang 1in)
1 mangkuk kecil taugeh
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukan cili kisar dan goreng hingga garing.

Kemudian masukan udang, kiub ikan bilis dan sos ikan. Kacau rata.

Masukan pula kucai dan tahu goreng tadi. Kacau lagi.

Akhir sekali masukan mee hoon dan garam secukup rasa. Bila meehoon agak lembut, masukan taugeh. Kacau rata dan boleh la diangkat bila mee hoon cukup masaknya.

Hiasan~tabur atas meehoon

Cili merah ~ hiris halus
daun sup ~ hiris halus
Telur dadar ~ hiris nipis2
Limau kasturi ~potong 2

Taburkan cili, daun sup, telur dan limau kasturi ni atas mee hoon semasa menghidang. Tuang kuah taucu bila nak makan. Cara buat kuah seperti dibawah.

Bahan-bahan untuk kuahnya:-

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar taucu tamin
1 sudu kecil extract stevia/4 sudu besar gula
1 mangkuk air
2 sudu kecil asam jawa adabi
Sedikit minyak tuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak, tumis bawang, cili dan taucu hingga naik bau. Masukan air, gula dan asam jawa. Biarkan mendidih dan boleh la diangkat.

Tuang atas meehoon semasa makan.




Thursday, July 7, 2011

MEE/MEEHOON KARI STYLE CIK NOLIE V1

Salah satu resepi kegemaran keluarga cik nolie ialah mee/meehoon kari. Cik nolie punya mee/meehoon kari ada 2 version kuah. Yang ni 1st version..sempoi punya...cepat dimasak..sesuai sgt utk makan malam/juadah buka pose.  Sapa2 nak cuba tu ..sila la..


Bahan-bahan utama untuk hidang:-

2 bungkus mee (suka jenis win x de ubat) ~ dicelur
4 pohon sayur sawi ~ basuh bersih, potong ikut suka dan dicelur
Taugeh (dalam 30sen) ~ basuh dan celur
4 ketul Tahu putih ~ potong kecil dan goreng
Sedikit daun bawang (kalau suka)
sedikit bawang goreng (kalau suka)
Telur rebus (kalau suka)

Hidangkan mee, sawi dan taugeh dalam mangkuk. Tuang kuah dan taburkan tahu goreng, daun bawang dan bawang goreng serta telur rebus..dah siap untuk dimakan.

Bahan-bahan untuk kuah:-

3 keping dada ayam /300g daging batang pinang (potong kecil ikut suka)
1 keping tahu ikan (mushroom)
1 bungkus bebola ikan (mushroom)
1 bungkus tahu kering yg kembung tu (belah 2)
sedikit rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
sedikit daun kari (kadang2 x de, cik nolie x letak pun..hehe)
3-4 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 inci lengkuas (ketuk2 jer)~kalau x nak boleh cuma rasa x bape ummp
2 batang serai (ketuk2 jer)
1 biji bawang besar (hiris2 jer)
1 biji cili merah (hiris2 jer)
5-6 sudu besar rempah kari daging adabi (bancuh dgn air-agak2)
2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa (nak lemak leh tambah ye)
minyak untuk menumis (agak2 ler)
garam secukup rasa
sedikit kerisik (kalau suka~cik nolie kadang letak kadang tidak..ikut mood)


Cara-cara memasak kuahnya:-

Panaskan minyak. Tumis rempah tumis 3 sekawan & daun kari. Naik bau masukkan bawang, halia, lengkuas, serai, bawang besar hiris dan cili merah. Kacau hingga kekuningan, masukkan rempah kari. Kacau hingga naik minyak masukan ayam, tahu ikan dan bebola ikan. Kacau lagi. Boleh la dimasukkan santan. Kacau hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tahu kembung dan kerisik, kacau rata dan boleh la tutup api.

Sunday, June 19, 2011

MEE UDON MASAK LADA HITAM

Hari ni cik nolie masak resepi baru. Sebenarnya nama resepi ni black pepper mee. Cik nolie makan kat satu restoran cina kat Tampin. Masa makan tu cik nolie belek dan rasa betul2..bukan apa nak wat sendiri..hehe. Tanya kat tukang hidang tu mee tu mee udon. Biasanya cik nolie wat sup je mee udon..rupa2nya boleh goreng...ish3. Alhamdulillah hari ni cik nolie berjaya mengexperimen resepi tu ikut cita rasa cik nolie. Nak kata sama tu x pasti la tapi yg penting sodap dan family suka. Cuba la ye. Mee ni sedap makan masa panas2 tau.


Bahan-bahannya:-

600g mee udon
3 keping dada ayam (potong ikut suka)
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris nipis)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk halus
1 biji capsicum (potong ikut suka)/kalau x de..lada merah pun boleh
5 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk dan lada hitam hingga naik bau. Masukan ayam. Kacau sekejap dan masukan sos tiram dan kicap. Kacau rata.

Masukan cendawan dan lada potong dan kacau lagi. Akhir sekali masukan mee udon yg telah dibasuh terlebih dahulu. Kacau rata...masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi.

Boleh la diangkat.

Saturday, December 4, 2010

MEE HOON GORENG SEMPOI (RESEPI BONDA)

Resepi meehoon goreng cara cik nolie yg diajar oleh bonda.  Kalau ikut resepi bonda lagi sempoi..tapi cik nolie tambah gak ngan udang...hehe. Tapi cam besa la yang sempoi ni yg menjadi kegemaran kuarga..selalunye waktu hujung minggu untuk sarapan pagi. Kalau tak pun waktu makan malam hari bekerja..senang dan cepat.




Bahan-bahannya:-

1/2 bungkus meehoon (rendam dulu hingga lembut)
6 ekor udang basah (buang kulit) ~ resepi asal bonda x de udang pun..dah nama pun sempoi kan
sedikit ikan bilis (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kering kisar (nak pedas leh tambah)
4 sudu besar sos tomato
2 ketul tahu putih (potong2 kecil dan goreng dahulu)
2 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit taugeh
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 cawan air (optional sekiranya meehoon x lembut2)


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk. Bila garing, masukan cili kisar. Kacau lagi. Bila cili kisar dah garing, masukkan udang. Kacau sekejap. Pas tu masukkan sawi dan sos tomato dan tahu goreng. Kemudian masukan meehoon.

Tabur garam secukup rasa dan masukan air. Kacau2 la sehingga meehoon dah lembut dan hampir kering. Masukan taugeh..kacau kejap dan boleh la diangkat. Walla..dah siap.

Sunday, November 21, 2010

BEEHOON GORENG SINGAPURA (RESEPI BONDA)

Resepi ni bonda cik nolie yg ajar. Dia kata nama resepi ni beehoon goreng singapura. Cik nolie selalu wat tuk sarapan atau makan malam sebab resepi ni sempoi , senang, cepat dimasak dan sedap rasanya. Budak2 pun suka sebab x bape pedas. Tapi selalunya kalau rajin tahap gaban, cik nolie wat sambal tumis makan ngan beehoon nih. Sila la cuba ye.



Bahan-bahannya:-

1 paket beehoon EKA (rendam hingga lembut)
15 ekor udang
1 ketul fish cake (dihiris)
3 ketul tahu putih (potong kecil, letak garam dan goreng garing)
1/2 genggam ikan bilis (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 biji cili merah hidup (hiris nipis)
1 biji lobak merah (dipotong halus panjang2)
1 sudu besar penuh lada sulah serbuk (boleh tambah jika suka)
1 cawan air (untuk melembutkan beehoon..boleh tambah kalau beehoon x lembut lagi)
1/2 mangkuk taugeh
3 sudu kecil garam (ikut rasa..leh lebih kan atau kurangkan)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga garing. Masukan udang dan fish cake. Kacau hingga sebati dan masukan cili merah dan lobak merah. Masukkan 1 sudu kecil garam dulu dan gaul rata.

Akhir sekali masukan beehoon dan air. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukan taugeh..kacau rata dan boleh la diangkat.

Untuk hiasan, goreng telur dadar, potong kecil2 dan tabur.

Thursday, November 18, 2010

KUEH TEOW GORENG

Pagi ni x de orang meniaga sbb masih cuti raya..jadi kena la masak. Pikir punya pikir..akhirnya cik nolie goreng kueh teow jer..senang.  Kueh teow goreng style cik nolie ni simple jer dan biasanya kalau goreng kueh teow..cik nolie mesti letak kucai dan taugeh..x suka letak sawi..cam x kena jer rasanya. Ikut masing2 la kan. Resepi seperti dibawah..



Bahan-bahannya:-

2 bungkus kueh teow (cik nolie biasa basuh dulu sebelum masak)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
15 ekor udang besar
1 bungkus bebola ikan jenama mushroom (belah 2)
1 ketul fish cake (hiris nipis)
3 ketul tahu putih (potong 12, letak garam dan goreng dulu)
3-4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar tomato sos
1 sudu besar stok ayam maggi (kalau suka)
sedikit sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5-6 sudu besar kicap manis (kalau nak letak lebih pun buleh~agak2 la ye)
1/2 cekak sayur kucai (potong dalam 1in panjang)
1/2 mangkuk taugeh
1/2 cawan air panas (kalau suka basah)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa (kalau perlu)


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili dan goreng hingga garing.

Masukan udang, fish ball dan fish cake. Kacau sekejap.

Masukan tomato sos, stok ayam dan tahu. Masukan pula kucai ..kacau kejap..masukan kueh teow.

Kacau rata. Akhir sekali masukkan kicap pekat, kicap manis, sos ikan, air, garam (kalau masih kurang masin) dan taugeh..

Kacau rata dan boleh la diangkat.

Saturday, October 30, 2010

LAKSA GORENG

Ni resepi olahan cik nolie sendiri selepas membuat beberapa kali experimen.  Cik nolie bagi nama laksa goreng.. cuba la ye.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus laksa basah (segera)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)

3-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 keping tahu putih (dipotong 8 & digoreng dulu)
6-7 ekor udang saiz XXL
1 keping tahu ikan (dihiris nipis)
2 sudu besar cili kering (kisar)
1 sudu besar sos tiram
Kuchai & Taugeh secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak..tumis bwg putih yg ditumbuk ngan udang kering..masuk cili kisar.
Bila sudah garing dan naik bau..masuk udang, fish cake, fish ball & tahu goreng..masukkan 1 sudu besar sos tiram. Kacau sebentar dan pas tu masuk kucai..laksa..kacau rata..akhir sekali masuk taugeh & garam secukup rasa..taraaa..siap..

MEE SUP SIMPLE

Cik nolie mmg suka masak ringkas2 kalau hari kerja sebab x sempat nak masak lauk pauk tuk makan malam. Menu biasanya berdasarkan mee, meehoon atau kueh teow. Cik nolie pelbagaikan la..kadang goreng..kadang buat sup jer.  Ini adalah mee sup resepi paling cepat dan simple..cubala...sedap dimakan panas2 ye.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus mee kuning (dibasuh & ditoskan & celur)

Kuahnya:-

3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (hiris2 je)
2 keping dada ayam / 200g daging lembu (di potong2 kecil)
1 keping fish cake (dihiris nipis)
1 bungkus fish ball
3 ketul tahu dah goreng (belah 4) - kalau guna tahu putih..goreng dulu dan belah 6
1 sudu rempah sup adabi
2 pokok sawi (dipotong ikut suka)
1 butir telur (kalau suka)
2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup rasa


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan rempah sup..kacau sekejap..masukan ayam.  Bila ayam garing masukan fish cake & fish ball. Kacau sekejap jer dan masukan air (agak2 la). Menggelegak masukan telur (kalau suka) dan sawi. Kacau sekejap dan boleh la diangkat.  Tabur bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan tambahan.

Senangkan..cuba la.

Saturday, October 23, 2010

MEE UDANG 1

Mee udang pun banyak versi resepi yg cik nolie jumpa tapi yang ini resepi dari kawan cik nolie. Namanya Mazni. Dia ckp resepi ni senang jer..emm lepas buat memang betul la..senang jerr. Bahan2 nye pun x susah. Hari ni (23/10/2010) cik nolie keje tapi balik lambat sbb kena ganti masa...pikir2 baik cuba mee udang nih..cepat & ringkaskan..hehe.



Bahan-bahannya:-

2 bungkus mee kuning (dicelur)
Sawi secukupnya (dicelur)
Taugeh secukupnya (dicelur)
4 Keping tahu putih (digoreng & dihiris nipis)
Daun sup&daun bawang (dihiris)
Sedikit bawang goreng
Limau kasturi

Kuah:-

15 ekor udang saiz besar
5 ulas bawang merah (tumbuk)
6 ulas bawang putih (tumbuk)
sedikit halia (tumbuk)
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
1/2 kilo kentang (rebus hingga empuk & kisar dgn air rebusan sekali)
1/2 botol besar cili sos
garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-caranya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk dan cili kisar hingga garing. Masukkan udang. Goreng sekejap dan angkat udang.  Masukkan kentang & air yg telah dikisar. Masukkan cili sos, garam & gula secukup rasa.Biar hingga menggelegak. Masukkan udang tadi semula dan tutup api.

Hidangkan mee yg telah dicelur bersama kuah dan bahan2 sampingan.

Friday, October 22, 2010

LAKSAM

Emm laksam ni mmg peberet cik nolie..jenuh juga belek buku resepi tengok macam2 versi resepi.  Akhirnya cik nolie belajar dari Gee (kawan cik nolie)..haii cam biasa la resepi agak2..nak kena experimen la pulak. Lepas tu cik nolie call bonda lak. Dia pun bagi resepi gak. Resepi dari 'sajian dari istana' katanya.  Emm..setelah diteliti kedua resepi..cehwah ..akhirnya cik nolie cuba resepi bonda dulu. Alhamdullilah jadi...tapi kuahnya kena wat improvement. So kat sini cik nolie letak kedua2 resepi. Jadi ikut suka la nak cuba yg mana ye.


Kuih gulung (laksam)

Resepi bonda cik nolie
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
3 cawan air

Resepi gee
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
air (agak2)

Cara membuatnya:-
Campur semua bahan. Tapis.
Panaskan kukusan. Sapu minyak pada tudung periuk.
Panaskan tudung periuk. Lepas tu tuangkan bancuhan tepung dan kukus hingga masak.
Dah masak, angkat, sejukkan sekejap dan gulung.
Buat hingga habis.

Kuah (laksam)

Resepi bonda cik nolie
1 kilo ikan kembung (rebus dgn asam keping byk2, pas tu asingkan isi dan tumbuk halus)
santan pekat secukupnye
garam secukupnya
lada hitam & lada sulah secukupnya
air rebusan ikan (ambil sedikit & campurkan dalam santan pekat)
Serai titik
bawang merah, bawang putih & halia (sikit je) tumbuk halus

Resepi gee
1 kilo ikan kembung (rebus dgn asam keping byk2, pas tu asingkan isi dan tumbuk halus)
santan pekat secukupnye
garam secukupnya
lada putih secukupnya (kalau x de..lada hitam pun buleh)
air rebusan ikan (ambil sedikit & campurkan dalam santan pekat)
bawang merah hiris halus

Cara membuatnya:-
Campur semua bahan.
Masak hingga pekat dan sebati.

Ulam
sedikit kacang panjang
sedikit daun selom
sedikit timun
sedikit bunga kantan
sedikit taugeh

Semua bahan di atas dihiris halus dan dihidang mentah.
Laksam di potong ikut suka. Taburkan ulam. Siram dgn kuah.
Akhir sekali letak sambal belacan untuk lebih pedas.

Sambal
sedikit cili kering~dibasuh, goreng sedikit dan ditumbuk dgan sedikit belacan & garam (jika suka)