Showing posts with label Resepi daging dan ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi daging dan ayam. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

STEW EKOR LEMBU

Assalammualaikum,

Bulan puasa hampir menjelang. Teringat pulak kat resepi member masa keje petronas dulu yg kitorang panggil 'Kak Long'. Stew ekor yg kak long buat mmg superb. Alhamdulillah dia x kedekut dgn resepi so cik nolie dapat le belajar dgn dia cara wat stew ni. Mmg sedap makan dgn roti perancis/nasi impit. Tadi cari punya cari resepi ni akhir nye jumpa. Saja je cik nolie post kat blog ni takut hilang. Cik nolie pernah buat sekali dulu masa duk kat KL. Habis licin satu piuk..hehe. Cuma kat blog ni x de gambar la sebab belum masak dan belum ambil gambar. Sapa2 nak cuba sila la ye. Nanti kalau dah masak dan boleh ambil gambar cik nolie update...ngeh3.

stew ekor makan dgn roti bakar..kalau dpt roti perancis lagi mengancam


STEW EKOR LEMBU:

Bahan-bahan
2 kilo ekor lembu
10 biji bawang Puteh
2 peket rempah soup adabi
½ peket rempah kari (rempah daging adabi)
½ botol tomato sos
3 biji buah tomato ( dibelah 6 )
1 kilo ubi kentang
2 biji carrot
1 peket kecil sayor campur (campuran kacang pies+carrot+jagung)
4 in halia
1 sudu teh jintan manis
2 kayu manis
1 peket kecil bawang goring
2 sudu minyak untuk menumis
Secekak daun sop
Garam secukup rasa
1 peket kecil bawang goreng

Cara memasak:

1. Ekor direbus hingga lembut.
2. Halia diketuk dan masukan dalam rebusan.
3. Carrot dipotong 2 in dan masukan direbusan
4. Bahan tumisan:
- Bawang Puteh ditumbuk
- Rempah soup + rempah kari
- Jintan manis + kayu manis
5. Bahan tumisan dituangkan dalam rebusan
6. Masukan tomato sos dalam rebusan
7. Masukan bawang goring kedalam rebusan
8. Ubi kentang di rebus asing dan dibuang kulit, dibelah dua dan dimasukan ketika dihidang
8. Daun soup dipotong rampai dan ditabur diatas hidangan
9. Taburkan bawang goring ketika dihidang.

Sunday, February 5, 2012

KUAH KACANG AYAM SATE

Assalammualaikum,

Dah lama nak post resepi kuah kacang ni baru arini ada masa..hehe. Untuk pengetahuan semua, resepi ni bonda cik nolie yg ajar tapi biasa la resepi agak2 so cik nolie ni pun masak agak2 juga le dan setelah di olah sikit sini kasi lagi sedap..sedap ke??hehe. Bagi tekak cik nolie sedap lew...org lain x tau lew. Sesiapa yg nak cuba tgk la resepinya seperti dibawah. Kalau x raya pun leh gak masak kalau rajin..hehe. Sedap dimakan dgn nasi impit.



Bahan-bahannya:-

Bahan A

4 keping dada ayam (potong kecil)
1 sudu kecil penuh jintan manis
1 sudu kecil penuh jintan putih
sedikit gula stevia/1 sudu kecil gula biasa

Gaulkan bahan A dan perap selama 2 jam.

Bahan B

10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
2 sudu besar udang kering

Kisar semua bahan B dan ketepikan.

Bahan C

1/2kg kacang tanah (digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar separa halus)
3 sudu besar cili boh maz
2 sudu besar cili kisar (nak pedas leh tambah cili lagi)
5 ulas bawang merah (hiris2)
Minyak secukupnya tuk menumis (agak2 boleh menggaringkan cili)
2 sudu kecil gula stevia/kalau gula biasa agak2 lew
3 sudu kecil garam kasar
2 mangkuk besar air asam jawa


Cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan B dan bawang merah yg dihiris hingga naik bau. Masukkan cili boh dan cili kisar. Kacau hingga garing. Masukan kacang tanah dan serai yg dititik. Kecilkan api dan kacau bahan2 hingga garing.

Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga naik minyak. Boleh la diangkat dan dihidangkan bersama nasi impit.






Friday, January 27, 2012

AYAM MASAK MASAM MANIS BERKACANG PIS

Assalammualaikum...

Hari ni cik nolie nak kongsi resepi lama kegemaran cik nolie. Resepi ni jiran lama cik nolie kat belakang umah mak masa duk kg. kemansah yg ajar. Namanya cik idah. Orang jawa juga..pandai masak.

Resepi ni biasa cik nolie masak masa raya. Sedap makan dgn nasi impit. Sesiapa yg nak cuba tu sila la.



Bahan-bahannya:-

4 keping dada ayam di potong sederhana besar (nak guna bahagian lain pun boleh)
5 ulas bawang putih - hiris2 je
10 ulas bawang merah - hiris2 je
1in halia - hiris halus
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Gaulkan semua bahan bersama ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1 jam.


Bahan-bahan menumis:-

sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah - hiris2
1 labu bawang besar - potong bulat
1 tin kecil kacang peas - basuh dan tos
8 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
sedikit kicap manis

Panaskan minyak. Tumis cili merah hingga naik bau, masukkan ayam yg telah diperap tadi. Goreng hingga ayam separa masak (naik bau dan xde air).

Masukkan semua sos dan kicap, kacau sebati. Masukan bawang besar dan kacau lagi. Bila hampir masak, masukan kacang peas...kacau lagi dan tutup api.

Tarraaa dah boleh la dihidangkan.

p/s:sukatan sos2 tu agak2 je..pape pun letak dan rasa ikut kesesuaian tekak masing2 ye..hehe





Tuesday, September 20, 2011

RENDANG AYAM KERISIK

Hari ni cik nolie masak rendang ayam letak kerisik pulak. Kawan office order. Dia minta rendang yang ada kerisik. Cik nolie kalau wat rendang ayam jarang wat rendang kerisik ni..selalunya wat rendang padang jew..ringkas..hehe. Xpe la kawan punya psl dan dia mmg teringin sangat cik nolie watkan la..lagi pun dia kasi duit..hehe. Resepi ni cik nolie main agak2 jew..seb baik jadi..keh3. Kena la cepat2 post resepi takut lupa..hehe.



Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 16)

Bahan A
15 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji cili padi

Bahan B
2 sudu besar cili kisar
1/2 paket cili boh jenama Maz yg saiz kecil
1 bungkus santan pekat harga RM2
sedikit serbuk kunyit
4 sudu besar kerisik
1/2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut (carik2 jew)
1 helai daun kunyit (carik2 jew)
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk menumis

CAra memasaknya:-

Kisar semua bahan A.

Panas kan minyak dan tumis cili hingga garing. Kemudian masukan bahan A yg telah dikisar, gula dan serbuk kunyit.

Goreng hingga sedikit kering dan masukan pula ayam.

Biarkan ayam keluar air dan masak hingga kuah hampir kering. Boleh la masukan santan, kerisik, daun limau purut, garam, daun kunyit dan asam keping.

Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Taraaa dah siap...senangkan.

Saturday, July 2, 2011

SUP AYAM VERSI REBUS

Semalam anak cik nolie sabrina demam panas. Buat bubur nasi makan sikit je..x slera. Pikir punya pikir teringat ada ayam kat peti sejuk...so cik nolie masak la sup ayam versi rebus je ni. Elok untuk orang x sihat terutama batuk sbb x de tumis2. Tuk org yg berdiet pun bagus jugak tapi jgn la letak kentang..sbb byk karbohidrat..hehe. Resepi ni bonda cik nolie yg ajar. Sabrina punya selera makan ..abih satu mangkuk nasi lembik campur sup ayam nih. Kalau nak kasi power wat la sambal belacan..tapi kalau diet jgn ler..terencat diet..wakaka.




Bahan-bahannya:-

7 keping ayam yg dibuang kulit
1 biji lobak merah (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong ikut suka)
1 biji bawang besar (hiris nipis2)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
10 biji lada putih biji
2 sudu kecil (penuh) rempah sup adabi
garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 mangkuk air (agak2 tenggelamkan ayam dan lebihkan sikit je)

Cara memasaknya:-

Masukan ayam, lobak merah & kentang kedalam periuk. Kemudian masukan air (guna periuk yg tinggi skit supaya air x melimpah bila mendidih). Masukan suma bahan kecuali asam keping dan garam.

Pasangkan api yg perlahan dan biarkan hingga sup mendidih. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Biarkan mendidih sekejap dan boleh la ditutup api.

Masa menghidang, taburkan dengan sedikit daun sup dan daun bawang...walla..dah siap...senangkan..




Monday, January 17, 2011

KURMA AYAM

Semenjak duk umah baru nih..bzz skit la..tu yang cik nolie dah jarang dapat post resepi kat blog. Resepi dan gambar mmg dah ada..nak post nya x de masa..hehe.  Macamana pun ini ialah resepi 'ayam masak kurma'..teringin sgt nak makan sbb dah lama x masak. Semangat  masak kat rumah baru ler nih..hehe. Resepi ni bonda cik nolie yang ajar. Sesiapa yang nak cuba..sila la ye. Resepinya seperti dibawah:-




Bahan-bahannya:-

6 ketul ayam
4 biji kentang (belah 8)
5 ulas bawang merah (hiris2)
4-5 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
2 batang serai (titik jer)
5 tangkai cili kering
1 pelepah daun kari (optional)
1 biji bawang besar holland (belah 6)
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 bungkus kecil serbuk kurma adabi (campur sedikit air)
sedikit minyak untuk menumis
1/2 kotak santan / 1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 sudu kecil garam kasar (masin ikut rasa masing2)
2 keping asam keping


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang, rempah tumis, serai dan cili kering  hingga garing. Masukan rempah kurma. Tambah air jika masih kering. Kacau hingga naik minyak, masukan ayam, bawang besar dan kentang.

Kacau hingga ayam betul2 sebati dgn rempah..boleh la masukan air secukupnya.
Bila kentang dah empuk, masukan santan, garam dan asam keping. Kacau hingga masak dan boleh la diangkat.

Tuesday, December 7, 2010

RENDANG CILI PADI DAGING

Selalunya masa hari raya cik nolie wat rendang minang. Kalau waktu biasa2 cik nolie wat rendang biasa (guna cili kering) jer...tetiba2 lak teringin nak cuba rendang cili padi. Yang lain sama je ngan rendang biasa..cili jer tukar cili padi. Itu pun sebab ada kawan opis mengidam nak makan. Cik nolie wat la..x nak hampakan kawan..hehe. Sambil tu sendiri pun nak makan gak..keh3. Resepinya seperti dibawah...


Bahan-bahannya:-

1kg daging (lebih elok daging btg pinang)
segenggam cili padi (*) (lebih kurang 35 biji~nak pedas lagi leh tambah..hehe)
20 ulas bawang merah (*)
10 ulas bawang putih (*)
2 inci halia (*)
2 inci lengkuas (*)
2 inci kunyit hidup (*)~leh tukar ke 1 sudu besar serbuk kunyit adabi
5 batang serai (*)
2 batang serai (ketuk2 jer)
2 helai daun limau purut (carik2 jer)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
1 sudu besar gula
2 biji kelapa (1 mangkuk santan pekat..2 mangkuk santan cair)...kalau santan kotak ..guna 1 kotak jer sebagai santan pekat ~ masukan masa akhir..sebelum tu tambah air je sampai daging lembut)
2 keping asam keping
4 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Hiris dan kisar bahan-bahan bertanda (*) dan tumis hingga garing. Kemudian masukan daging, gula dan serai yg diketuk tadi. Biar hingga air daging agak kering. Kacau sekali2.

Masukan pula santan cair dan biar hingga daging empuk (kalau x empuk gak..leh tambah air dan biar lagi hingga daging empuk).

Akhir sekali masukan santan pekat, kerisik, daun limau purut, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga agak kering dan sebati. Tabur daun kunyit dan kacau lagi.

Cukup kering dan cantik masaknya (naik minyak) boleh la diangkat.

Saturday, December 4, 2010

SUP DAGING DGN KENTANG & LOBAK MERAH

Hari ni tgk daging korban ada lagi..apa nak masak ek. Tgk lak lobak merah dan kentang pun ada gak. Orait..apalagi masak sup daging campur kentang dan lobak merah la jawapnya. Tambahan cuaca kat luar tu sejukkk jer..almaklum dari pagi hujan.  Lauk ni mmg peberet anak2 cik nolie terutama sabrina...seronok tgk dia menghirup sup tu cuma cik nolie x selalu masak daging.. x elok untuk kesihatan..hehe. Cara masak lebih kurang sama je ngan sup tulang cuma rempah dia jgn letak byk sangat..ala2 manja gitu..kalau terlebih nanti x sedap sgt.


Bahan-bahannya:-

500g daging lembu (potong ikut suka..tapi jgn besar sgt..) rebus dgn air yg mencukupi
1 batang lobak merah (potong 6 panjang2)
4 biji kentang saiz sederhana (potong 8)

2 inci halia (tumbuk dan airnya perah ke dalam air rebusan semasa merebus daging)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 paket sup bunjut sup tulang (siap dgn rempah tumis)
2-3 sudu besar rempah sup serbuk adabi
5 cawan air (untuk memasak sup)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (guna garam kasar)
Sedikit daun sup dan daun bawah


Cara memasaknya:-

Rebus daging bersama 1 sudu kecil gula (untuk melembutkan daging), sup bunjut (rempah tumis x yah) dan air halia sehingga empuk.

Bila daging empuk dan air rebusan hampir kering, masukan 5 cawan air tadi berserta kentang dan lobak merah. Biar hingga menggelegak.

Sementara itu di kuali lain. Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk, hampas halia, bawang hiris dan rempah tumis tadi. Bila naik bau, masukan rempah serbuk tadi. Kacau kejap je. Cepat2 masukkan 1 senduk air rebusan daging. Bila naik minyak, masukan rempah goreng tu kedalam periuk berisi daging tu. Kacau rata.

Akhir sekali masukan garam kasar secukup rasa dan asam keping. Kacau. rata. Kalau kuah cam pekat ..tambahkan sikit air..sehingga rasa nya secukup rasa. Cam cik nolie kata tadi..rasa sup tu ala2 manja..hehe...x pekat x cair.

Semasa hidang, taburkan daun sup dan daun bawang hiris sebagai hiasan dan penambah rasa.

Monday, November 29, 2010

KARI AYAM PEKAT (MIL RECEIPE)

Kari ayam one of my specialty. Resepi kari ayam pekat ni mak mentua yang ajar. Kari mak mertua mmg sedap dan disukai ramai sebab kalau time raya..itu la juadah yg org dok kejaq bila dtg rumah mak. Bezanya kari ni letak kerisik..tu sbb rasa dia lain sikit. Selalu gak cik nolie wat kalau time raya atau hari2 besa..makan ngan nasi boleh, nasi impit boleh..roti jala boleh..apa2 pun boleh la..



Bahan-bahannya:-

1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
6 biji kentang (potong 2 atau 4)
3 biji cili kering (potong ~ 1in panjang)
1 biji bawang besar (hiris)
3 biji bunga lawang (*)
1 btg kayu manis (*)
3 biji buah pelaga (*)
2 pelepah daun kari (amik daun jer)
2 batang serai (titik saja)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
10 sudu penuh rempah kari (capnya mesti babas) + 1 1/2 cawan air
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
(kalau pakai santan kotak~1 kotak santan + 1 1/2 mangkuk air)
1 sudu besar penuh kerisik
garam kasar secukup rasa
5 keping saiz kecil asam keping
2 1/2 senduk minyak


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis rempah (*), daun kari, cili kering, bawang hiris dan serai. Masukan pula bahan2 yg ditumbuk. Goreng hingga garing dan naik bau, masukan rempah kari yg telah dibancuh dengan air. Kacau hingga naik minyak..kecil kan api dan masukan ayam.dan kentang. Kalau kering sgt..masukan sedikit air. bila ayam dah kecut sikit..masukan santan cair. Biar menggelegak hingga kentang empuk.

Masukan santan pekat, kerisik, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga rasanya sebati. Biasanya cik nolie biar agak pekat..boleh la diangkat. Kalau x suka pekat...tambah ler air panas ye.

Saturday, November 27, 2010

BISTIK DAGING DAN KACANG PEAS (RESEPI AYAHANDA)

X tau apa nak masak hari ni? Apa kata cuba resepi bistik cik nolie nih. Sempoi dan sonang yo. Sedap makan ngan roti perancis atau nasi empet. Resepi ni aruah ayahanda cik nolie yang ajar. Dah lama gak x buat..seb baik masih ingat resepinya..hehehe.


Bahan-bahannya:-

1kg daging batang pinang (potong nipis dan ketuk2 skit ngan pisau ~supaya senang empuk)

5-6 senduk sos tomato
air secukupnya (letak 4 cawan dulu..lepas letak semua sos..rasa dulu..kalau kurang air..leh tambah)
3 senduk sos cili
1 senduk kicap pekat
1 senduk kicap manis
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)-optional
2 sudu besar lada sulah (leh tambah kalau suka)
garam secukup rasa
1/2 cawan tepung jagung bancuh dgn air (agak2 asal cairkan tepung)
1 tin sedang kacang peas (siram air dan tos)
5 biji kentang (hiris nipis bulat dan goreng)
3 biji bawang besar (hiris bulat dan goreng)


Cara membuatnya:-

Daging dibasuh dan gaul dgn sedikit tepung beras dan garam. Panaskan minyak dalam periuk dan goreng daging hingga garing sedikit dan masukan air serta gula. Rebus daging hingga empuk.

Kemudian masukan semua sos, kicap, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa.

Bila rasa kuah secukup rasa..masukan kacang peas, kentang dan bawang besar yg telah digoreng tadi. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau hingga pekat..rasa lagi. Kalau kurang leh tambah mana2 yg patut ikut kesesuaian rasa anda. Bila kuah dah pekat..bleh la diangkat dan dihidangkan.

Peringatan:- kalau nak letak garam..seelok2nya bahagian akhir bila kuah dah pekat supaya x terlebih masin.

Wednesday, November 24, 2010

AYAM MASAK DGN CILI KERING & KACANG GAJUS (CHINESE STYLE)

Resepi ni dah lama cik nolie dapat dari kawan opis cik nolie, Ms Tai tapi baru-baru ni jer cik nolie cuba. Masakan ni masakan cina dan cik nolie pernah makan kat shenzhen dulu..sedap cuma kat shenzhen pedas skit..mungkin ada letak serbuk cili. Tapi biasa la resepi ni cik nolie modified sikit ikut kesesuaian selera cik nolie. Sapa2 yg nak cuba tu sila lah ye.



Bahan A

4 ketul dada ayam (potong kecil dalam 1cm) tapi yg ni cik nolie potong kasar skit dalam 1in..hehe
2 sudu kecil garam
1 butir telur (amik putih jer dalam 1/2-agak2)
1 sudu besar tepung jagung
1 in halia muda (hiris jer)

Gaul bahan A hingga sebati dan goreng dalam minyak yg banyak hingga garing dan ketepikan.


Bahan B

80g kacang gajus ~ digoreng dgn api kecil hingga garing (nak tukar kacang tanah pun boleh)

5 biji cili kering ~ digunting dalam 3cm panjang
3 ulas bawang putih (hiris jer)
1 in halia muda (hiris jer)
2 sudu besar kicap pekat (original 1 sudu besar jer)
1 sudu kecil sos tiram (optional)
1 sudu besar cuka makan (kalau x leh makan cuka..tukar ke 2 keping asam keping)
1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn 1/2 cawan air
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak

Panaskan minyak. Goreng bawang, halia dan cili kering. Kemudian masukan kicap dan gula. Masukan ayam yg telah digoreng tadi dan curahkan bancuhan tepung jagung yg telah dicampur dgn cuka, gula, sos tiram. Gaul rata. Bila agak kering, masukan kacang gajus...kacau kejap jer dan boleh la diangkat.

Tuesday, November 23, 2010

AYAM GORENG BEREMPAH (RESEPI AYAHANDA)

Resepi ayam goreng berempah ni olahan aruah ayahanda cik nolie. Biasanya ayam goreng ni dimakan dengan nasi beringin bersama salad tahu. Sesiapa yang suka boleh la cuba.


Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 12) ~buang lemak2 yg tidak dikehendaki
8 ulas bawang putih (*)
15 ulas bawang merah (*)
2 inci halia (*)
5-6 batang serai (hiris)(*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
5 - 6 sudu besar rempah kari (boleh letak lebih lagi kalau suka)
Garam secukup rasa
Sedikit kicap manis

Cara membuatnya:-

Basuh ayam bersih2 dan tos airnya. Blend bahan2 (*) dan tuang ke ayam tadi. Campurkan sekali serbuk jintan dan rempah kari serta garam dan kicap hingga sebati dan rata.

Perap selama 1 jam - 2 jam.

Panaskan minyak yg banyak (supaya ayam digoreng cantik dan sedap) dan goreng la dgn api yg sederhana hingga ayam garing.

Dah siap!!

Tuesday, November 9, 2010

SUP TULANG

Macam yang cik nolie cakap sebelum ni..cik nolie punya peberet mmg sup. Sup tulang ni resepi ayahanda cik nolie. Menu wajib setiap hari pertama raya puasa & raya haji kami sekeluarga dari dulu sampai la skrg. Mesti guna tulang rusuk fresh baru kaw2 rasa dia. Lawannya sambal kicap cili padi..tapi cik nolie suka cam tu jerr..makan ngan nasi impit..emmm..sungguh menyelerakan.


Bahan-bahannya:-

2 Kilo tulang rusuk
Sedikit air perahan halia

Bahan tumis:-

1 biji bawang besar (hiris halus)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk ~ air perah kedalam rebusan tulang)
1 paket kecil rempah sup adabi (boleh lebihkan kalau suka pekat)
Sedikit rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng


Cara membuatnya:-

Rebus tulang dgn perahan air halia hingga empuk.

Kemudian tumis darat rempah tumis, kemudian masukan bahan2 yg ditumbuk dan dihiris tadi. Goreng hingga naik bau..masukan rempah sup yg telah dibancuh dgn sedikit air. Biar hingga garing..masukan kedalam air rebusan tadi. Masukan garam secukup rasa..dah siap.

Hidang bersama daun sup dan daun bawang. Sedap dimakan dgn nasi putih / nasi impit..cuba la.

Sunday, October 31, 2010

AYAM MASAK MERAH

Ayam masak merah memang macam2 versi resepinya. Ialah lain org lain la cara masaknya kan dan yang ini adalah resepi yg bonda cik nolie ajar. Sapa yg nak cuba tu sila2 la ye.


Bahan-bahannya:-

7 ketul ayam
10 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2inci halia (dikisar)
1 batang serai (dihiris & dikisar)
6 biji buah keras (dikisar)
1 senduk besar cili kisar
8-9 sudu besar tomato puri (kalau x de tomato sos pun buleh la)
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 cawan air
Bawang besar (dipotong bulat)

Cara membuatnya:-

Ayam digaram dan dikunyit dan digoreng.  Minyak ayam di tinggalkan sedikit (cukup utk menumis) dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi (nak senang semua dikisar sekali).

Bila naik bau, masukan cili kisar. Kacau hingga garing...masukkan tomato puri & gula.

Kemudian masukan ayam dan kacau rata. Bila dah garing, masukkan 1 cawan air dan bawang besar yg dipotong bulat tadi serta garam secukup rasa. Kacau hingga naik minyak...boleh la tutup api. Hidangkan bersama bawang goreng yg ditabur diatasnya.

Perhatian:-

Resepi ini boleh digunakan untuk daging tapi daging direbus dulu hingga empuk Kemudian hiris nipis2. dan digoreng sebelum di masak bersama bahan2 lain.

Thursday, October 28, 2010

GULAI LEMAK CILI API REBUNG & DAGING LEMBU

Haaa..cito pasal masak lomak ni..cik nolie punyo omak mertuo mmg pakar wat masak lomak tapi tiap kali tanyo..jawapan eh..la masak punyo sonang pun x tau..huhu..sabo jer la. Akhirnya dapek juo cik nolie caro masak yg boto (bukan x reti masak ye cuma kurang marvelous jer)..hehe. Dari petua resepi kak ita tajul minah nogori sombilan tu..akhirnyo cik nolie tau la kenapa masak lomak robung cik nolie kurang marvelous selama nih..lopeh ikut caro yg boto..berjayo cik nolie mengexperimenkan rosopi nih. Yg tukang kasi markah tentu la abg tersayang..hehehe


Bahan-bahannya:-

1/2 kilo rebung jeruk (rendam & dibasuh bersih)
1 kilo daging (dipotong ikut suka & direbus hingga empuk)
20 biji cili api (dikisar) ~ boleh tambah kalau nak lagi pedas
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci kunyit hidup/serbuk kunyit 
2 batang serai (ketuk2 jer)
Santan pekat 2 henggit
Garam secukup rasa
Asam keping secukupnya

Cara memasaknya:-

Campurkan bawang, cili api dan kunyit hidup yg dikisar tadi bersama rebung kedalam rebusan daging. Masukan juga serai yg diketuk2. Masak hingga semua bahan sebati..dan boleh la dimasukan santan pekat, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan tutup api. Dah SIAPP!! Senangkan.

Perhatian:-
Kalau nak tukar daging lembu kepada ayam juga boleh cuma x yah la rebus ayam tu ye. Kecutkan jer ayam dgn awas2 tadi hingga sebati..lepas tu baru masuk santan dan seterusnya.

RENDANG PADANG (MOM RECEIPE)

Cik nolie kalau nak masak rendang ayam masa hari raya mesti masak rendang nih sebab senang, ringkas dan sedap rasanya.  Lain daripada yg lain.  Rendang ni resepi yang diajar oleh bonda cik nolie sejak dulu lagi. Susah nak jumpa rendang ni dimana-mana so kena la masak sendiri ye...hehehe.


versi yg dah dikeringkan


Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 16)
3-4 biji bawang besar  (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1 in halia (dikisar)
2 in lengkuas (dikisar)
4 batang serai (hiris & dikisar)
3 biji cili merah & 15-20 biji cili padi (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)~ nak guna kunyit serbuk pun boleh
Minyak untuk menumis
1 mangkuk santan pekat/1 kotak
1 helai daun kunyit (carik2 jer)
2 helai daun limau purut (carik2 jer)
2 keping Asam keping
Garam secukup rasa


Cara memasaknya:- 

Panaskan minyak..tumis semua bahan kisar sampai garing dan naik bau..masukan ayam ..biar sampai garing dan agak kering..masukkan santan pekat..tambah air sikit kalau agak kering..masukkan daun kunyit (carik2 jer)..asam keping..garam..daun limau purut..agak2 ler byk mana ye..kacau hingga naik minyak dan ayam nya masak.

versi becak2 - cicah ngan nasi impit malatop


Walla..dah siap!!