Hari ni tgk daging korban ada lagi..apa nak masak ek. Tgk lak lobak merah dan kentang pun ada gak. Orait..apalagi masak sup daging campur kentang dan lobak merah la jawapnya. Tambahan cuaca kat luar tu sejukkk jer..almaklum dari pagi hujan. Lauk ni mmg peberet anak2 cik nolie terutama sabrina...seronok tgk dia menghirup sup tu cuma cik nolie x selalu masak daging.. x elok untuk kesihatan..hehe. Cara masak lebih kurang sama je ngan sup tulang cuma rempah dia jgn letak byk sangat..ala2 manja gitu..kalau terlebih nanti x sedap sgt.
Bahan-bahannya:-
500g daging lembu (potong ikut suka..tapi jgn besar sgt..) rebus dgn air yg mencukupi
1 batang lobak merah (potong 6 panjang2)
4 biji kentang saiz sederhana (potong 8)
2 inci halia (tumbuk dan airnya perah ke dalam air rebusan semasa merebus daging)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 paket sup bunjut sup tulang (siap dgn rempah tumis)
2-3 sudu besar rempah sup serbuk adabi
5 cawan air (untuk memasak sup)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (guna garam kasar)
Sedikit daun sup dan daun bawah
Cara memasaknya:-
Rebus daging bersama 1 sudu kecil gula (untuk melembutkan daging), sup bunjut (rempah tumis x yah) dan air halia sehingga empuk.
Bila daging empuk dan air rebusan hampir kering, masukan 5 cawan air tadi berserta kentang dan lobak merah. Biar hingga menggelegak.
Sementara itu di kuali lain. Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk, hampas halia, bawang hiris dan rempah tumis tadi. Bila naik bau, masukan rempah serbuk tadi. Kacau kejap je. Cepat2 masukkan 1 senduk air rebusan daging. Bila naik minyak, masukan rempah goreng tu kedalam periuk berisi daging tu. Kacau rata.
Akhir sekali masukan garam kasar secukup rasa dan asam keping. Kacau. rata. Kalau kuah cam pekat ..tambahkan sikit air..sehingga rasa nya secukup rasa. Cam cik nolie kata tadi..rasa sup tu ala2 manja..hehe...x pekat x cair.
Semasa hidang, taburkan daun sup dan daun bawang hiris sebagai hiasan dan penambah rasa.
No comments:
Post a Comment