Showing posts with label Resepi manisan dan minuman. Show all posts
Showing posts with label Resepi manisan dan minuman. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

CANDY KELAPA

Assalammualaikum,

Hari ini nak share resepi candy kelapa yang chenolie amik dari MommaMia@myresepi.com. Chenolie buat untuk door gift majlis cukur jambul anak buah chenolie. Senang je buat dia tapi biasa la..x ikut sangat resepi ni 100%..hehe.



Resepinya seperti berikut.

Bahan-bahan untuk dikacau:-

3 cawan kelapa kering
2/3 cawan badam/pistachio cincang (chenolie x letak)
1 tin susu pekat (chenolie lebihkan sikit bagi dia betul2 sebati dengan kelapa)
1 sudu kecil serbuk pelaga (chenolie x letak..x suka rasa dia)

Cara membuatnya:-

Panaskan kuali.  Masukan kelapa kering dan goreng kering (sangai) hingga kelapa jadi keperang-perangan.

Masukkan susu pekat dan kacau sebati. Tutup api.

Ambil 1 cawan kelapa kering dan letakkan dalam bekas.

Biar adunan suam2 sikit. Minyakkan tangan dan buatkan bentuk bola kecil adunan tadi. Roll/salutkan dengan kelapa kering tadi. Buat sehingga habis adunan.

Letak dalam cup dan hiasla ikut suka. Sejukan dalam peti sejuk selama 1 jam (chenolie sejukan dalam suhu bilik je).

Nak lagi sedap celup ngan coklat..enmmm lagi malatop.



Saturday, September 24, 2011

AGAR-AGAR LUMUT/SANTAN PERASA SIRAP

Agar-agar lumut /santan ni mmg sedap dimakan lagi2 kalau sejuk. Silap2 x leh berhenti..hehe. Selalunya buat guna agar-agar kering tapi kali ni cik nolie cuba guna agar2 serbuk..lagi mudah membuatnya. Kebiasaannya orang buat perisa pandan/gula merah tapi kali ni cik nolie buat yg mudah punya..perisa sirap. Lagi satu cik nolie wat experimen guna kordial stevia dan extract stevia..NO sugar gitu.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus serbuk agar2 pearl mermaid
2.5 liter air
1 cawan kordial sirap stevia
sedikit perwarna ros untuk warna yg lebih cantik
5 sudu kecil extract stevia (kalau nak guna gula letak lew dalam 500g gula biasa)
santan pekat dari 1biji kelapa (harga dalam RM2)
2 biji telur
sehelai daun pandan


Cara membuatnya:-

Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan. Bila mendidih keluarkan daun pandan dan masukkan kordial, gula dan sedikit perwarna ros. Kacau hingga sebati.

Kemudian pukul telur hingga kembang sedikit dan masukkan kedalam santan. Kacau rata.

Selepas itu tuangkan kedalam periuk tadi dan kacau selalu hingga campuran telur dan santan cantik masaknya.

Sediakan loyang dan tuang adunan (mesti kacau untuk mendapatkan keserataan pada bahagian atasnya nanti).

Selepas itu sejukkan pada suhu bilik. Bila dah keras sejukkan dalam peti sejuk. Boleh la dihidangkan bila dah cukup sejuk.



Tuesday, July 12, 2011

BUBUR PULUT HITAM DURIAN

Sekarang ni tengah meriah dgn musim durian kat melaka nih. Sana sini jual durian kampung..murah2 lak tu. Hubby cik nolie beli gak ler wat makan...tapi biasa la bukan boleh makan mentah byk2..hehe. Tiba2 teringin pulak cik nolie nak wat bubur pulut hitam campur durian. Ada org buat bubur kacang hijau letak durian tapi cik nolie x bape suka bubur kacang. Lebih suka bubur pulut hitam. Selalunya kalau buat x letak durian pun. Kali ni saja je letak sbb kebetulan dah ada kan..hehe. Sesapa nak cuba tu tgk ler resepi dibawah. Bubur ni lagi sedap kalau simpan kat peti sejuk kasi sejuk..emmm...nyamannya rasa..hehe.



Bahan-bahannya:-

Pulut hitam dalam RM3
(rendam la dalam 5-6jam, lepas tu basuh bersih2 ..buang segala sampah..dan letak dalam periuk bersama air yg banyak. Rebus hingga pulut hitam empuk. Semasa merebus kena kacau selalu supaya x hangit kat bawahnya)

2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
(kalau nak guna santan kotak campurkan 1 1/2 mangkuk air dgn 1 kotak kecil santan segera Harmoni)
1 sudu kecil garam
5-6 ulas durian
3 senduk kecil gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
1 senduk kecil air gula merah
2 helai daun pandan (carik dua dan ikat simpul)

Cara membuatnya:-

Bila pulut hitam sudah empuk, masukkan semua bahan di atas dan kacau hingga mendidih. Rasa manisnya, kalau ok boleh la ditutup apinya.

Nak hidang panas2 pun sedap...simpan dalam peti sejuk kasi sejuk dulu baru makan pun sedap. Cubala ..senang je.



Monday, July 4, 2011

SERAWA DURIAN GULA MERAH

Hari tu teringin sangat nak makan durian. Lepas tu hubby cik nolie pun g la beli ...punya la mahal 15hengget 1kilo. Beli dua biji dah RM50 lebih. Nasib baik isi dia superb..berbaloi la. Satu biji kitorang makan gitu je yg lagi sebiji cik nolie wat serawa/pengat durian. Kali ni hubby cik nolie suh buat serawa gula merah lak..asyik gula putih je katanya. Iyolah..lagi pun air gula merah mmg ada. Cik nolie rasa suma org reti wat serawa ni..tapi ini style cik nolie la ye...hehe.

serawa durian gula merah yg telah siap

Bahan-bahannya:-

1 biji durian (isi lebih kurang10 ulas gitu)
2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
3 senduk air gula merah pekat (nak manis boleh tambah)
2 helai daun pandan (carik & simpulkan)
sedikit garam

Cara memasaknya:-

Campur je semua sekali dan masak atas api yg sederhana. Kacau hingga mendidih dan isi durian sebati dengan kuah santan...walla dah siap.

Sedap makan dengan roti biasa, roti jala atau serabai...hehe


Wednesday, November 3, 2010

BUBUR TEPUNG GUNTING

Dalam banyak-banyak bubur..ni la bubur peberet cik nolie. Resepi olahan bonda..tah camne dia leh terpikir nak wat bubur ni x tau ler..hehe. Memang senang dan cepat nak buat...cuba la. Selalu cik nolie buat kalau bulan pose..almaklum la time berbuka mesti ada juadah manisan kan..hehehe. Kalau nak sedap lagi..sejukan dalam peti sejuk..emmmm sooo guuudd.




Bahan-bahan tepung gunting:-

2 cawan tepung gandum digaul garam sikit dan diletak air sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh.

Kemudian tepek2 kat dulang dan tabur tepung gandum. Potong memanjang kemudian gunting kecil2. Tabur tepung gandum supaya x melekat.

Masak air, bila menggelegak..masukkan tepung gunting tadi...bila timbul tu makna dah masak la.

Toskan.


Bahan-bahan kuahnya:-

Santan secukupnya dari 1 biji kelapa/1 kotak santan KARA
Air gula merah secukup rasa (Cairkan dulu gula merah+air dan tapis)
Gula putih 2-3 sudu jer
2 helai daun pandan

Campurkan jer suma bahan tu. Mesti siapkan campuran kuah ni dulu baru buat tepungnya. 

Bila tepung gunting dah masak, toskan dan masukkan dalam kuah ni dan masak hingga menggelegak. Mesti sentiasa kacau..kalau x kuah bubur x cantik.

Kalau suka tambah la sagu mata ikan.

Monday, November 1, 2010

PUDING TRIFFLE (KAK INA RECEIPE)

Cik nolie dapat resepi ni dari Kak Zurina ..kawan sama petronas dulu dan penah satu sekolah dulu.
Dia kata resepi triffle ni mmg sedap dan dia dpt dari kawan dia..dia dah byk kali buat jadi insyallah kalau cuba tu mesti jadikan..hehehe.


 Bahan-bahannya:-

1 kotak Cystal jelly – brand nona (preferably strawberry atau raspberry)
1 tin buah peach (potong la nipis2 sbb nak letak dlm bekas bagi cantik)
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung custard
¾ cawan light brown sugar
3 butir telur (kuning shj)
1 sudu besar essence vanilla
1 tin reduced cream (tak kisah la jenama apa NESTLE pun ok gak)


Cara-caranya:-

Asingkan buah peach dari airnya (simpan air utk custard), potong dan susun di dlm bekas.

Larutkan jelly dlm 2 cawan air mendidih dan tuang dlm bekas yg telah diatur dgn buah peach dan bekukan.

Campurkan air buah peach, tepung custard, brown sugar, kuning telur, susu cair, essence vanilla dan 1 cawan air di dlm periuk dan kacau sebati.

Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga pekat/masak lebih kurang 15-20 min.

Biarkan sejuk sedikit sebelum di tuang ke atas jelly tadi (pastikan jelly sudah beku terlebih dahulu)

Kacau reduced cream sebelum di tuang ke atas custard

Hias ngan lebihan buah peach .

AIS KRIM COKLAT OREO

Resepi ni dari Bib, kawe cik nolie yg keje kat celcom tu. Dia memang pandai masak almaklum ler anak2 ramai..hehehe. Cik nolie x cuba lagi x de masa. Sapa2 yg rajin tu cuba la ye..kata cik bib..gerenti sodap..cam aiskrim WALLS.


Bahan-bahannya:-

1 mug susu UHT ( tak kira perasa apa)
1 mug coffee mate
1 penutup botol esen vanila
2 sd bsr gula (klu nak lg manis boleh tambah)
biskut oreo (hancurkan)


Cara membuatnya:-

Blend semua bhn2 hingga sebati.
Kemudian masuk dlm bekas simpan hingga 2 jam.
Kemudian kluarkan blend lagi, masukkan biskut orea tu, blend lagi.
Sejukkan dlm esbok lg 2 jam....pstu kuarkan blend lagi....(ulang ler beberapa kali hingga tekstur nye betul2 halus...lepas tu trus bekukan jgn bukak2 smpi 8 jam.....
tgk hasilnya.....cam eskrem wallsssssss.....

Peringatan:-
Lebih byk kali blend lg halus teksturnya

Wednesday, October 27, 2010

AISKRIM GORENG

Resepi ni cik nolie dpt dari kawan cik nolie yati neetmat yg fwdkan email. Resepi ni asal dari laman web ~merpati66 tapi cik nolie lum cuba lagi. Insyallah nanti nak cuba sbb tgk cam senang jer.


Bahan-bahannya:-

1.  2 keping roti (x kisah la brand apa pun)
     ~ dibasahkan dgn air supaya x pecah bila ditekan dgn acuan
2.  1 scop aiskrim (ikut suka nak perisa apa)
3.  Minyak untuk menggoreng
4.  Susu cair (utk tambahan semasa hidang)

Cara membuatnya:-


Roti yg dibasahkan di letakkan aiskrim ditengah2. Ambil lagi sekeping roti dan lapiskan diatas.







Gunakan acuan goreng telur bulat dan tekan hingga putus.







Simpan roti dalam plastik dan sejukbekukan di dalam freezer (simpan la agak2 1 hari..lagi lama lagi bagus).






Panaskan minyak. Pastikan betul2 panas dan goreng la roti tadi hingga kekuning-kuningan.





Angkat dan toskan.

Hidangkan dengan susu cair (lihat gambar diatas sekali)..WALLA..SIAP!!!

Monday, October 25, 2010

MINUMAN 'WHITE FUNGUS' & KURMA CINA

rIni petua yang cik nolie guna untuk menyejukan panas dalam.  Petua ni cik nolie dapat dari kawan cik nolie berbangsa cina, Shirly.  Selain menyejukan badan, kurma cina juga bagus untuk kesihatan dalaman...insyallah.



Bahan-bahannya:-

White fungus (boleh didapati di kedai sengseh)~sikit je dah cukup. Rendam hingga kembang, kemudian di buang bahagian yg keras.

Masukan white fungus dan air secukupnya kedalam periuk dan masak bersama gula batu (agak2 manisnya).

Bila menggelegak, masukan kurma cina kering dan tutup api (kurma cina x boleh masak lama2).

Dah siap untuk diminum.

Budak kecik pun boleh minum ye...cuba lah.

Wednesday, October 13, 2010

BADAK BERENDAM


Bahan-bahan doh:
1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) 1 cawan air (masuk sikit2-agak2)

Bahan-bahan inti:
1) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
2) 1 cawan gula merah
3) Sedikit air

Bahan-bahan kuah:
1) 3 cawan santan
2) 1 sudu teh garam
3) Sedikit tepung gandum (utk memekatkan kuah)

Cara-caranya :
1) Kelapa parut + gula merah + sedikit air dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan air/kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.
Sedia untuk dihidangkan.

LOMPAT TIKAM (MOM RECEIPE)

n Lompat tikam ni peberet hubby cik nolie. Kalau bulan pose ni mmg juadah kemestian. Resepi ni pun dari bonda cik nolie.  Ada orang cakap cam bubur sum-sum..emm x dinafikan mcm tapi bubur sum-sum x de lapisan hijau.  Original resepi lompat tikam dari kelate tapi versi diorang ada pulut merah kat bawah pas tu lapisan hijau..pas tu lapisan putih/santan pekat last sekali di makan dgn air gula juga. Tapi cik nolie ikut resepi mak jadi ni ler lompat tikam versi cik nolie ye..hehe..cuba la.



Bahagian warna hijau (bawah)
1 cawan tepung beras
1 paket santan pekat (RM1) ~ jadikan 2 1/2 cawan 
1 cawan pati pandan
1 sudu teh garam

Bahagian warna putih (atas)
1 cawan tepung beras
1 paket santan pekat (RM1) ~ jadikan 3 1/2 cawan
1 sudu teh garam


Cara membuatnya:-

Campurkan semua bahan. Kacau & tapis.
Masak atas api sederhana. Masukkan garam dan kacau hingga berkilat.
Masak yg hijau dulu. Tuangkan kedalam loyang.
Kemudian masak yg putih dan tuangkan dibahagian atas.







Sejukan dan hidang dgn air gula merah. Sesuai untuk hidangan dibulan puasa.

Senangkan.. selamat mencuba.