Showing posts with label Rahsia kebahgiaan. Show all posts
Showing posts with label Rahsia kebahgiaan. Show all posts

Friday, July 15, 2011

HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Cerita ni cik nolie dapat dari email yg kawan cik nolie, norhayati neetmat hantar. Memang memotivasikan diri membaca kisah mamat nih. Tu sebab cik nolie post kat sini untuk memotivasikan diri cik nolie dan sesiapa yg membacanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

This is amazing story, this guy died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘The last lecture” before then, one of the bestsellers in 2007.

What a legacy to leave behind



 In a letter to his wife Jai and his children, Dylan, Logan , and Chloe, he wrote this beautiful "guide to a better life" for his wife and children to follow. May you be blessed by his insight.


POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
3. Don't over do; keep your limits.
4. Don't take yourself so seriously; no one else does.
5. Don't waste your precious energy on gossip.
6. Dream more while you are awake.
7. Envy is a waste of time. You already have all you need.
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present.
11. No one is in charge of your happiness except you.
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more.
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.



COMMUNITY:

15. Call your family often.
16. Each day give something good to others.
17. Forgive everyone for everything.
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
19. Try to make at least three people smile each day.
20. What other people think of you is none of your business.
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

 LIFE:

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything.
24. Do the right things.
25. However good or bad a situation is, it will change.
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
27. The best is yet to come.
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy. 
 



While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.
Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

~~~~~~~~~~~

Friday, June 10, 2011

7 'C' sebab-sebab suami benci isteri (dari Dr. Fadillah Kamsah)

Untuk semua isteri (termasuk la diri cik nolie sendiri), bakal isteri dan jugak yg beristeri ... hehe

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv
lagi ...


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...
Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Tuesday, January 4, 2011

TEKNIK BERTENGKAR SECARA POSITIF

Article yg bagus ni cik nolie dapat dari email norhayati neetmat.  Mudah2an menjadi panduan untuk cik nolie dan sesiapa saja yg membacanya..insyallah.

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga." (Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Riwayat Ibnu Mas'ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini. Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap ~ Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan terlalu emosional - Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik - Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur - Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri - Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak - Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar - Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party - Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah - Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai - Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan - Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan - Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books.perintis.com.my/.

Monday, November 22, 2010

KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA TERLETAK DITANGAN KITA SENDIRI

Article ni cik nolie dapat dari email norhayati neetmat. Siapa penulis asal tidak diketahui tapi banyak perkara yg diberi ada betulnya..x caya kena la cuba..hehe. Apa2 pun panduan ni adalah untuk peringatan cik nolie sendiri dan khas untuk adik2 ku yg bakal mendirikan rumah tangga mau pun yg dah mendirikan rumah tangga. Lagi satu... amalan ni hendak la diamalkan bersama2 suami..x leh la pihak isteri jer..mana nak jadi kan..semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat..aminn.




Perkahwinan merupakan sesuatu yang amat indah. Namun, ia haruslah dikendalikan dengan baik dan teratur dari segala segi, terutamanya tingkah laku dan percakapan kita seharian. Perkara ini akan menjadi lebih mudah apabila kita mendapat suami atau isteri yang tahu dan faham tanggungjawabnya. Ini adalah antara panduan yang patut di amalkan;

  1. Yakin dan pasti bahawa jodoh yang ditentukan adalah yang terbaik untuk kita dan redha dengannya. Terima suami/isteri seadanya.
  2. Sentiasa berdoa agar bahagia, jodoh berkekalan dan rumahtangga berjalan dengan baik.
  3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan suami/isteri.
  4. Sering melakukan aktiviti bersama-sama. Jika ada peluang, makan bersama sekerap mungkin, melakukan ibadat bersama, beriadah, bersiar-siar dan mandi bersama.
  5. Jaga percakapan. Cakap dengan baik dan lembut walaupun semasa bertengkar. Jangan guna bahasa kesat ketika bergaduh. Sebaiknya salah seorang hendaklah berdiam diri. Jangan berbalas-balas mengata.
  6. Jangan mengungkit-ungkit hal lama seperti pemberian atau kebaikan yang pernah kita beri pada suami/isteri. Masa tu kita ikhlas nak bagi kan.....tak payahlah ungkit.
  7. Galakkan isteri tidur diatas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berjalan disebelah bahu kanan suaminya.
  8. Jaga penampilan....bukan mekap tebal. Sekadar manis dipandang, kemas dan wangi.
  9. Kenang jasa suami yang bekerja mencari nafkah.
  10. Kenang jasa isteri yang mengandung dan melahirkan anak serta mengurus rumahtangga terutama kepada suami yang sibuk sangat.
  11. Jika ada kelapangan bantu isteri melakukan kerja rumah termasuk mengurus anak-anak.
  12. Berkomunikasi dengan suami/isteri, selitkan unsur jenaka. Gunakan juga percakapan badan (body language). Bercakap sambil memegang tangan suami/isteri, belai rambut atau memeluk mereka.
  13. Suami   jangan lebih tumpu perhatian pada dunia luar.
  14. Kekalkan sikap romantis sama seperti ketika bercinta, sepatutnya lebih lagi sebab isteri dah lahirkan anak untuk suami. Isteri sangat suka dibelai dan dimanjai oleh suami. Berikan pujian dan hargai suami/isteri. Kerap cium suami/isteri antaranya ketika bangun atau ketika mahu masuk tidur, ketika hendak pergi kerja atau bila-bila masa saja asal sesuai.
  15. Suami JANGAN tinggalkan tempat tidur walaupun baru lepas bertengkar. Mesti tidur bersama isteri. Pengasingan tempat tidur memberikan impak yang sangat besar dalam rumahtangga.
  16. Sayang dan hormati keluarga suami/isteri. Sentiasa ingat, suami masih perlu lebihkan ibunya berbanding isteri sendiri.   Jangan buat suami serba salah dalam hal ini. Contohnya suruh suami buat pilihan samada isteri atau ibu...Suami tidak suka jika isteri enggan pulang menziarahi keluarganya dan sebaliknya.
  17. Penting Sekali, jaga pemakanan kita dari segi halal haramnya. Makanan tersebut akan menjadi darah daging dan zuriat.
Wallahualam

PETUA UNTUK MURAH REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN..

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Wallahualam..