Monday, November 22, 2010

KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA TERLETAK DITANGAN KITA SENDIRI

Article ni cik nolie dapat dari email norhayati neetmat. Siapa penulis asal tidak diketahui tapi banyak perkara yg diberi ada betulnya..x caya kena la cuba..hehe. Apa2 pun panduan ni adalah untuk peringatan cik nolie sendiri dan khas untuk adik2 ku yg bakal mendirikan rumah tangga mau pun yg dah mendirikan rumah tangga. Lagi satu... amalan ni hendak la diamalkan bersama2 suami..x leh la pihak isteri jer..mana nak jadi kan..semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat..aminn.




Perkahwinan merupakan sesuatu yang amat indah. Namun, ia haruslah dikendalikan dengan baik dan teratur dari segala segi, terutamanya tingkah laku dan percakapan kita seharian. Perkara ini akan menjadi lebih mudah apabila kita mendapat suami atau isteri yang tahu dan faham tanggungjawabnya. Ini adalah antara panduan yang patut di amalkan;

  1. Yakin dan pasti bahawa jodoh yang ditentukan adalah yang terbaik untuk kita dan redha dengannya. Terima suami/isteri seadanya.
  2. Sentiasa berdoa agar bahagia, jodoh berkekalan dan rumahtangga berjalan dengan baik.
  3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan suami/isteri.
  4. Sering melakukan aktiviti bersama-sama. Jika ada peluang, makan bersama sekerap mungkin, melakukan ibadat bersama, beriadah, bersiar-siar dan mandi bersama.
  5. Jaga percakapan. Cakap dengan baik dan lembut walaupun semasa bertengkar. Jangan guna bahasa kesat ketika bergaduh. Sebaiknya salah seorang hendaklah berdiam diri. Jangan berbalas-balas mengata.
  6. Jangan mengungkit-ungkit hal lama seperti pemberian atau kebaikan yang pernah kita beri pada suami/isteri. Masa tu kita ikhlas nak bagi kan.....tak payahlah ungkit.
  7. Galakkan isteri tidur diatas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berjalan disebelah bahu kanan suaminya.
  8. Jaga penampilan....bukan mekap tebal. Sekadar manis dipandang, kemas dan wangi.
  9. Kenang jasa suami yang bekerja mencari nafkah.
  10. Kenang jasa isteri yang mengandung dan melahirkan anak serta mengurus rumahtangga terutama kepada suami yang sibuk sangat.
  11. Jika ada kelapangan bantu isteri melakukan kerja rumah termasuk mengurus anak-anak.
  12. Berkomunikasi dengan suami/isteri, selitkan unsur jenaka. Gunakan juga percakapan badan (body language). Bercakap sambil memegang tangan suami/isteri, belai rambut atau memeluk mereka.
  13. Suami   jangan lebih tumpu perhatian pada dunia luar.
  14. Kekalkan sikap romantis sama seperti ketika bercinta, sepatutnya lebih lagi sebab isteri dah lahirkan anak untuk suami. Isteri sangat suka dibelai dan dimanjai oleh suami. Berikan pujian dan hargai suami/isteri. Kerap cium suami/isteri antaranya ketika bangun atau ketika mahu masuk tidur, ketika hendak pergi kerja atau bila-bila masa saja asal sesuai.
  15. Suami JANGAN tinggalkan tempat tidur walaupun baru lepas bertengkar. Mesti tidur bersama isteri. Pengasingan tempat tidur memberikan impak yang sangat besar dalam rumahtangga.
  16. Sayang dan hormati keluarga suami/isteri. Sentiasa ingat, suami masih perlu lebihkan ibunya berbanding isteri sendiri.   Jangan buat suami serba salah dalam hal ini. Contohnya suruh suami buat pilihan samada isteri atau ibu...Suami tidak suka jika isteri enggan pulang menziarahi keluarganya dan sebaliknya.
  17. Penting Sekali, jaga pemakanan kita dari segi halal haramnya. Makanan tersebut akan menjadi darah daging dan zuriat.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment