Saturday, September 24, 2011

AGAR-AGAR LUMUT/SANTAN PERASA SIRAP

Agar-agar lumut /santan ni mmg sedap dimakan lagi2 kalau sejuk. Silap2 x leh berhenti..hehe. Selalunya buat guna agar-agar kering tapi kali ni cik nolie cuba guna agar2 serbuk..lagi mudah membuatnya. Kebiasaannya orang buat perisa pandan/gula merah tapi kali ni cik nolie buat yg mudah punya..perisa sirap. Lagi satu cik nolie wat experimen guna kordial stevia dan extract stevia..NO sugar gitu.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus serbuk agar2 pearl mermaid
2.5 liter air
1 cawan kordial sirap stevia
sedikit perwarna ros untuk warna yg lebih cantik
5 sudu kecil extract stevia (kalau nak guna gula letak lew dalam 500g gula biasa)
santan pekat dari 1biji kelapa (harga dalam RM2)
2 biji telur
sehelai daun pandan


Cara membuatnya:-

Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan. Bila mendidih keluarkan daun pandan dan masukkan kordial, gula dan sedikit perwarna ros. Kacau hingga sebati.

Kemudian pukul telur hingga kembang sedikit dan masukkan kedalam santan. Kacau rata.

Selepas itu tuangkan kedalam periuk tadi dan kacau selalu hingga campuran telur dan santan cantik masaknya.

Sediakan loyang dan tuang adunan (mesti kacau untuk mendapatkan keserataan pada bahagian atasnya nanti).

Selepas itu sejukkan pada suhu bilik. Bila dah keras sejukkan dalam peti sejuk. Boleh la dihidangkan bila dah cukup sejuk.



No comments:

Post a Comment