Thursday, September 22, 2011

MEE GORENG

Hari ni alhamdulillah selesai cik nolie berpuasa 6. Teringin pulak nak makan mee goreng. Bukan x nak beli tapi mee goreng kalau sejuk x sedap jadi baik masak sendiri kan..boleh makan panas2. Ni style mee goreng cik nolie...x letak kicap. Sesapa nak cuba sila la.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus mee kuning jenama laksamana (basuh dan tos~pastikan masa nak masukan mee baru basuh)
15 ekor udang saiz sedang (buang kulit separuh jew)
3 ketul tahu goreng (potong dadu)
1 ketul tahu ikan (potong nipis)
1 bungkus bebola ikan (potong 2)
3 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit Taugeh

Sedikit ikan bilis (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis tumbuk hingga naik bau. Masukan cili kisar. Kacau hingga cili garing. Masukan udang, tahu ikan, bebola ikan, tahu goreng. Kacau rata.

Masukan tomato sos, sos tiram, sos tiram, sos ikan dan sawi. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukan mee yg telah dibasuh & ditos. Taugeh, sedikit air dan garam secukup rasa.

Kacau rata dan boleh la diangkat.






No comments:

Post a Comment