Tuesday, September 20, 2011

KEK MENTEGA SEMPOI

Hari raya baru2 ni cik nolie wat kek mentega sempoi nih tuk family cik nolie sbb diorg mmg suka kek yg kosong camni. Resepi ni mmg dah lama cik nolie simpan dari zaman anak dara lagi. Mula2 dapat kat majalah..tapi biasa la resepi majalah ni kena cuba dan setelah di experimenkan terhasil la resepi yg sempoi ni..insyallah jadi kalau ikut cara2nya..hehe. Sapa2 yg nak cuba tu sila la..



Bahan-bahannya:-

250g mentega
180g gula castor
250g tepung naik sendiri
5 biji telur
1 penutup esen vanilla


Cara membuatnya:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukan telur 1 persatu dan pukul hingga kembang (ingat: telur mesti masukkan satu dulu dan pukul hingga kembang baru masukan telur lagi sehingga habis).

Bila dah kembang, masukan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit. Masa ni gaul hingga adunan sebati. Peringatan: Jgn pukul kuat2. Masa ni kacau dgn senduk kayu jew.

Dah siap adunan. Panaskan oven pada suhu 180darjah celcius dan panaskan loyang yg telah disapu lebihan mentega tadi selama 2 minit. Keluarkan loyang dan masukan adunan tadi. Ratakan dan bakar hingga masak selama 35-40min. Nak tau masak ke tidak cucuk ngan garfu..kalau x melekat makna dah masak la..hehe.

Ni gambar kek yg baru masak.


No comments:

Post a Comment