Tuesday, September 20, 2011

RENDANG AYAM KERISIK

Hari ni cik nolie masak rendang ayam letak kerisik pulak. Kawan office order. Dia minta rendang yang ada kerisik. Cik nolie kalau wat rendang ayam jarang wat rendang kerisik ni..selalunya wat rendang padang jew..ringkas..hehe. Xpe la kawan punya psl dan dia mmg teringin sangat cik nolie watkan la..lagi pun dia kasi duit..hehe. Resepi ni cik nolie main agak2 jew..seb baik jadi..keh3. Kena la cepat2 post resepi takut lupa..hehe.



Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 16)

Bahan A
15 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji cili padi

Bahan B
2 sudu besar cili kisar
1/2 paket cili boh jenama Maz yg saiz kecil
1 bungkus santan pekat harga RM2
sedikit serbuk kunyit
4 sudu besar kerisik
1/2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut (carik2 jew)
1 helai daun kunyit (carik2 jew)
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk menumis

CAra memasaknya:-

Kisar semua bahan A.

Panas kan minyak dan tumis cili hingga garing. Kemudian masukan bahan A yg telah dikisar, gula dan serbuk kunyit.

Goreng hingga sedikit kering dan masukan pula ayam.

Biarkan ayam keluar air dan masak hingga kuah hampir kering. Boleh la masukan santan, kerisik, daun limau purut, garam, daun kunyit dan asam keping.

Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Taraaa dah siap...senangkan.

1 comment:

  1. gambar kat atas tu gambar rendang baru masak..samada biar semalaman dan esok panaskan hingga kering atau masak hingga kering sikit dan terus makan..hehe

    ReplyDelete