Hari Ahad lepas cik nolie tgk2 dalam peti sejuk ada timun dan epal hijau. Emmm...teringin pulak nak wat salad buah. Resepi ni kawan cik nolie yg ajar. Kat dalam majalah masakan pun ada jugak tapi biasa diorg letak mcm2 buah. Cuma skrg ni cik nolie tgh diet so kena la letak lebih sayuran dari buah2an dan buah pun kena la guna yg rendah karbo cam epal hijau dan timun nih..hehe. Senang jew resepi ni yg penting mesti ada lobak merah dan kismis buat penyedap rasa.
Bahan-bahannya:-
1 biji timun saiz besar (belah empat/dua, buang biji dan potong ikut suka)
2 biji epal hijau (buang kulit & potong ikut suka)
1 biji lobak merah (buang kulit, basuh dan sagat halus)
3 sudu besar kismis saiz besar (jenama sunsweet pun sedap)
4 sudu besar mayonise biasa (jgn guna rendah lemak sbb tinggi karbo..hehe)
Cara membuatnya:-
Gaul mayonise dgn timun dan epal hingga sebati. Sagat lobak merah kedalam campuran tadi. Akhir sekali masukan kismis dan gaul rata. Simpan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam dan boleh la dihidangkan. Masa hidang tu gaul lagi sekali utk memesrakan rasanya. Sedap dimakan bersama daun salad atau camtu jew.
Kalau suka letak buah boleh la letak apa2 buah pun...cuma buah byk kandungan gula dan tinggi karbo..chewah.
Resepi ni kalau nak tukar kentang pun boleh. Gantikan epal dengan 2 biji kentang rebus size besar yg dikupas kulit dan dipotong dadu. Boleh tambah celeri (hiris2). Cuma kalau bagi orang2 yg berdiet kentang tu byk karbo..x sesuai..hehe.
waaa..sedaap laa..tp lobak merah tu letak yg mentah2 jer ehh??
ReplyDelete