Monday, September 5, 2011

MEE SIAM (BERKUAH TAUCU)

Semalam tiba2 teringin lak cik nolie nak wat mee siam. Resepi ni mak mertua yg ajar. Tapi biasa la cik nolie ubah2 sikit2 ikut selera sendiri..hehe. Bahan-bahan pun mudah dicari dan senang dibuat. Sesiapa nak cuba tu sila la ye.




Bahan-bahannya:-

1 bungkus meehoon EKA (rendam hingga lembut, basuh dan toskan)
4 ketul tahu putih – potong kecil, gaul garam dan goring hingga garing
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar saiz kecil (tumbuk)
10 ekor udang saiz besar (buang kulit)
5-6 sudu besar cili kisar (
1 kiub ikan bilis
1 sudu kecil sos ikan
½ mangkuk kecil kucai (potong dalam panjang 1in)
1 mangkuk kecil taugeh
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukan cili kisar dan goreng hingga garing.

Kemudian masukan udang, kiub ikan bilis dan sos ikan. Kacau rata.

Masukan pula kucai dan tahu goreng tadi. Kacau lagi.

Akhir sekali masukan mee hoon dan garam secukup rasa. Bila meehoon agak lembut, masukan taugeh. Kacau rata dan boleh la diangkat bila mee hoon cukup masaknya.

Hiasan~tabur atas meehoon

Cili merah ~ hiris halus
daun sup ~ hiris halus
Telur dadar ~ hiris nipis2
Limau kasturi ~potong 2

Taburkan cili, daun sup, telur dan limau kasturi ni atas mee hoon semasa menghidang. Tuang kuah taucu bila nak makan. Cara buat kuah seperti dibawah.

Bahan-bahan untuk kuahnya:-

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar taucu tamin
1 sudu kecil extract stevia/4 sudu besar gula
1 mangkuk air
2 sudu kecil asam jawa adabi
Sedikit minyak tuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak, tumis bawang, cili dan taucu hingga naik bau. Masukan air, gula dan asam jawa. Biarkan mendidih dan boleh la diangkat.

Tuang atas meehoon semasa makan.




No comments:

Post a Comment