Tuesday, July 12, 2011

BUBUR PULUT HITAM DURIAN

Sekarang ni tengah meriah dgn musim durian kat melaka nih. Sana sini jual durian kampung..murah2 lak tu. Hubby cik nolie beli gak ler wat makan...tapi biasa la bukan boleh makan mentah byk2..hehe. Tiba2 teringin pulak cik nolie nak wat bubur pulut hitam campur durian. Ada org buat bubur kacang hijau letak durian tapi cik nolie x bape suka bubur kacang. Lebih suka bubur pulut hitam. Selalunya kalau buat x letak durian pun. Kali ni saja je letak sbb kebetulan dah ada kan..hehe. Sesapa nak cuba tu tgk ler resepi dibawah. Bubur ni lagi sedap kalau simpan kat peti sejuk kasi sejuk..emmm...nyamannya rasa..hehe.



Bahan-bahannya:-

Pulut hitam dalam RM3
(rendam la dalam 5-6jam, lepas tu basuh bersih2 ..buang segala sampah..dan letak dalam periuk bersama air yg banyak. Rebus hingga pulut hitam empuk. Semasa merebus kena kacau selalu supaya x hangit kat bawahnya)

2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
(kalau nak guna santan kotak campurkan 1 1/2 mangkuk air dgn 1 kotak kecil santan segera Harmoni)
1 sudu kecil garam
5-6 ulas durian
3 senduk kecil gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
1 senduk kecil air gula merah
2 helai daun pandan (carik dua dan ikat simpul)

Cara membuatnya:-

Bila pulut hitam sudah empuk, masukkan semua bahan di atas dan kacau hingga mendidih. Rasa manisnya, kalau ok boleh la ditutup apinya.

Nak hidang panas2 pun sedap...simpan dalam peti sejuk kasi sejuk dulu baru makan pun sedap. Cubala ..senang je.



No comments:

Post a Comment