Sunday, October 31, 2010

AYAM MASAK MERAH

Ayam masak merah memang macam2 versi resepinya. Ialah lain org lain la cara masaknya kan dan yang ini adalah resepi yg bonda cik nolie ajar. Sapa yg nak cuba tu sila2 la ye.


Bahan-bahannya:-

7 ketul ayam
10 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2inci halia (dikisar)
1 batang serai (dihiris & dikisar)
6 biji buah keras (dikisar)
1 senduk besar cili kisar
8-9 sudu besar tomato puri (kalau x de tomato sos pun buleh la)
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 cawan air
Bawang besar (dipotong bulat)

Cara membuatnya:-

Ayam digaram dan dikunyit dan digoreng.  Minyak ayam di tinggalkan sedikit (cukup utk menumis) dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi (nak senang semua dikisar sekali).

Bila naik bau, masukan cili kisar. Kacau hingga garing...masukkan tomato puri & gula.

Kemudian masukan ayam dan kacau rata. Bila dah garing, masukkan 1 cawan air dan bawang besar yg dipotong bulat tadi serta garam secukup rasa. Kacau hingga naik minyak...boleh la tutup api. Hidangkan bersama bawang goreng yg ditabur diatasnya.

Perhatian:-

Resepi ini boleh digunakan untuk daging tapi daging direbus dulu hingga empuk Kemudian hiris nipis2. dan digoreng sebelum di masak bersama bahan2 lain.

No comments:

Post a Comment