Sunday, November 21, 2010

BEEHOON GORENG SINGAPURA (RESEPI BONDA)

Resepi ni bonda cik nolie yg ajar. Dia kata nama resepi ni beehoon goreng singapura. Cik nolie selalu wat tuk sarapan atau makan malam sebab resepi ni sempoi , senang, cepat dimasak dan sedap rasanya. Budak2 pun suka sebab x bape pedas. Tapi selalunya kalau rajin tahap gaban, cik nolie wat sambal tumis makan ngan beehoon nih. Sila la cuba ye.



Bahan-bahannya:-

1 paket beehoon EKA (rendam hingga lembut)
15 ekor udang
1 ketul fish cake (dihiris)
3 ketul tahu putih (potong kecil, letak garam dan goreng garing)
1/2 genggam ikan bilis (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 biji cili merah hidup (hiris nipis)
1 biji lobak merah (dipotong halus panjang2)
1 sudu besar penuh lada sulah serbuk (boleh tambah jika suka)
1 cawan air (untuk melembutkan beehoon..boleh tambah kalau beehoon x lembut lagi)
1/2 mangkuk taugeh
3 sudu kecil garam (ikut rasa..leh lebih kan atau kurangkan)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga garing. Masukan udang dan fish cake. Kacau hingga sebati dan masukan cili merah dan lobak merah. Masukkan 1 sudu kecil garam dulu dan gaul rata.

Akhir sekali masukan beehoon dan air. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukan taugeh..kacau rata dan boleh la diangkat.

Untuk hiasan, goreng telur dadar, potong kecil2 dan tabur.

No comments:

Post a Comment