Wednesday, October 13, 2010

KEK COKLAT KUKUS 1

Bahan-bahan:-
  • 250g mentega / marjerin
  • 2 cawan gula castor (kalau nak manis tukar guna gula biasa – blend)
  • 5 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 sudu besar serbuk milo
  • esen vanilla
  • 1 tin susu sejat (cair)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat soda
  • 1 sudu teh baking powder
Cara membuatnya:-
Mentega pukul dgn 1 cawan gula hingga kembang.
Telur pukul dgn 1 cawan gula hingga kembang.
Sudah kembang satu kan kedua-dua adunan.
Masukkan serbuk koko, milo & esen vanilla. Kacau sebati.
Masukan susu cair. Pukul lagi.
Akhir sekali masukan tepung yang telah di ayak bersama bikarbonat soda & baking powder.
Kukus dalam pengukus selama 1 jam 30 minit.
Tambah sedap kalau dihidang bersama sos kastard/krim coklat.

1 comment:

  1. Pada sesiapa yang x nak kukus..kek ni juga boleh dibakar pada suhu 180° selama 40-45min.

    ReplyDelete