sekadar gambar hiasan ~ ni gambar cheese cake yg linda buat |
Bahan-Bahan:
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik
Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W) ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.
Cara Untuk Base:
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap. Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.
Cara Untuk Filling:Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung.
Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt.
Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan sudip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam.
Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit.
Sejukkan dalam peti sejuk.
Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata
No comments:
Post a Comment