Sunday, October 31, 2010

ROTI JALA

Biasanya kalau ada lebih lauk kari daging ke ayam ke...cik nolie akan buat roti jala kalau tahap kerajinan tahap gaban..hehe.  Tapi kalau hari raya..ini antara menu wajib yang cik nolie buat tuk tetamu. 
Resepi asal bonda cik nolie letak santan tapi sebab x tahan lama, dia tukar ke susu cair. Lepas cik nolie buat experimen banyak kali, cik nolie tukar lagi..x letak pun susu cair sebab kita kan makan dengan kuah kari..dah lemak dah..x perlu lemakkan roti jala tu.  Lagi pun roti tu tetap tahan lama (sampai petang ler kalau buat pagi) dan lembut biarpun dah sejuk.

Resepinya seperti di bawah. Cuba la resepi roti jala versi cik nolie ni ye.


Bahan-bahannya:-

1 kilo tepung
1 butir telur
1/2 cawan susu cair (nak boleh x nak pun boleh ~ optional)
Air secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk kunyit adabi (kalau suka)
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Cara membuatnya:-

Bancuh tepung dengan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan cekodok. Pecahkan telur dalam mangkuk..pukul sedikit dan campurkan dalam bancuhan tepung tadi dan kacau rata.  Masukan susu cair kalau nak la.

Masukkan bancuhan tadi dalam pengisar dan tambah air dan kisar, tuangkan bancuhan tu dalam penapis..kalau lambat turun..tambah air dan kacau hingga turun...buat hingga habis. Nak tau ok ke tak ok..ambil acuan kirai dan cuba ..kalau lambat turun tu maknanya pekat lagi..tambah air lagi...bancuhannya lebih kurang bancuhan kuih ketayap.

Bila dapat bancuhan yg dah ok..masukan serbuk kunyit dan pewarna kuning dan kacau sebati.

Dah siap untuk dikirai.

Panaskan kuali leper atau kuali non-stick. Sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan dan kirai la bancuhan tadi hingga menyerupai jala. Biar hingga masak. Angkat dan lipat atau gulung sebaik sahaja di angkat.

WALLA..SIAP!!

4 comments:

  1. Roti jala ni juga sedap di makan dgn pengat durian..insyallah nanti cik nolie postkan resepi pengat durian lak ye..

    ReplyDelete
  2. Hari ahad ni (7/11/10) cik nolie dapat order roti jala sebanyak 150 keping dari kawe cik nolie yg nak sambut deepavali..permulaan yg baik.. alhamdullilah..

    ReplyDelete
  3. cik norlie nak tanya la...kalau wat roti jala 150 keping..agak2 siap berapa lama ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak baru nampak komen. kalau buat 150keping ni makan masa 3-4 jam jugak..tgk pada kepakaran membuat. nak cepat kena ada 2org menjala dan ada 2 kuali.

      Delete