Tuesday, October 26, 2010

KISAH MIMPI KU

Hari ni cik nolie nak bercerita pasal mimpi & fitnah.  Memang kita x boleh percaya kepada mimpi. Tapi kita kena tengok waktu bila kita mimpi tu sebab kadang kala itu semua petunjuk dari ALLAH subhanawataala.

Mimpi ni berlaku tahun lepas. Cik nolie mimpi berdepan dengan kereta yg terbakar. Cik nolie berlari2 tak tentu arah dlm keadaan BXXXX. Cik nolie cuba padamkan api tu. Padam disini..sana terbakar..padam di sana..disini terbakar..sehingga la cik nolie terjaga. Waktu tu baru lepas tengah malam. Cik nolie termenung kenangkan mimpi tu. Hati rasa x sedap jer. Cik nolie baca ayat kursi 3X dan tidur semula.

2-3 hari tu hati x sedap jer asyik teringat psl mimpi tu.  Kemudian cik nolie tanya la sorang pakcik nih. Dia senyum jer. Dia kata biasanya kalau mimpi api..maknanya kita nak difitnah orang tapi x tau la. Hati-hati saja la dan tenang hadapinya..pesan pakcik tu pada cik nolie.

Seminggu lepas tu, cik nolie tengok orang-orang kat opis semua pulaukan cik nolie termasuk la bosh kecik cik nolie. Sedih rasa hati ALLAH jer yg tahu...tapi cik nolie sabar dan buat x kisah jer. Dalam waktu  yang sama..cik nolie mohon pada ALLAH tunjukkan la kebenarannya.

Alhamdullilah, pada satu hari tu terjadi la satu hal yg ada kaitan dengan kerja cik nolie. Orang2 yg berkenaan menuding jari pada cik nolie..cik nolie sabar lagi.

ALLAH maha berkuasa, ditunjukan kebenarannya siapa yg salah masa tu.  Semua yg menuding jari terdiam malu sendiri. Masa tu baru la bosh kecik cik nolie tahu sapa yg benar sapa yg salah.

Selepas peristiwa tu..dia semakin rapat dgn cik nolie dan sentiasa beri nasihat apa yg perlu dibuat supaya cik nolie x kena tembak lagi.  Dia bagitau sapa dalang yg selama ni menabur fitnah pada cik nolie. Dia kata dia pun dulu termakan ckap orang tu tapi dia x bodoh. Dia siasat dan akhirnya nama cik nolie bersih di mata dia. Itu yg penting kan sbb dia bosh..hehe..yang lain tu lantak p la.

Moral of the story:
Hanya kesabaran dan tawakal kita kepada ALLAH sahaja yg dapat menyelamatkan kita dari apa kesulitan sekali pun. Mudah2an kita semua sentiasa dibawah lindungannya..insyallah.

No comments:

Post a Comment