Tuesday, December 28, 2010

HIJRAH CIK NOLIE

Maal Hijrah ataupun disebut Awal Muharram merupakan permulaan Tahun Baru di dalam Bulan Islam yang mana cik nolie rasa semua orang tahu.

Seperti tahun-tahun yg lepas setiap menjelangnya Awal Muharram iaitu saat berakhirnya waktu Asar dan menjelangnya waktu Magrib adalah waktu yang ditunggu2 oleh semua umat islam termasuk la cik nolie dan suami.

Tahun ini petang menjelang tahun baru hijrah jatuh pada hari bekerja dan waktu Magrib pula agak cepat.  Cik nolie risau juga takut x sempat..alhamdullilah dapat pulang awal dan melakukan solat serta doa akhir tahun dan doa awal tahun seperti tahun2 yang sebelumnya. Kali ni cik nolie juga turut memohon pada Allah supaya segala perancangan cik nolie untuk tahun ini dimakbulkan Allah...Ameeennn.

Cik nolie pasti setiap orang akan berazam menjadi yg lebih baik dari sebelumnya dan mendapat rahmat dan rezki yg lebih baik dari tahun yang sebelumnya.  Biasanya penghijrahan yang dilakukan lebih kepada menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya atau mencari peluang yang lebih baik dalam kerjaya mahu pun kehidupan. Begitu juga dengan cik nolie.

Alhamdullilah pada tahun baru ini Allah makbulkan niat cik nolie dan keluarga untuk berhijrah dari rumah lama kami ke rumah yang baru untuk sebuah penghidupan yang lebih baik. Ini lah penghijrahan yang terbesar yang cik nolie dan keluarga laku kan. Banyak dugaan yang ditempuh sepanjang tahun lepas untuk melaksanakan penghijrahan ini. Syukur x terhingga terhadap illahi atas segala kurnianya dalam mempermudahkan segala urusan di saat begitu banyak dugaan yang melanda.

Cik nolie sekeluarga bukan sahaja berhijrah tempat kediaman. Anak2 cik nolie..sabrina dan zamir juga turut di pindahkan sekolah. Mudaha2an mereka juga dapat pembelajaran yang lebih baik ditempat baru.

Sesiapa sahaja yang tahu tentang perpindahan kami ini pelik kenapa kami berpindah. X perlu la cik nolie terangkan kepada mereka kenapa kerana biar la ianya menjadi rahsia keluarga kami dan orang2 yang rapat dengan kami. Mudah2an perpindahan ini platform terbaik untuk cik nolie sekeluarga kearah penghidupan yang lebih baik...insyallah.

Sekarang ni cik nolie dah pun menetap dirumah yang baru. Memang penat pindah randah ni. Tambahan pulak dari double storey ke single storey..tapi seronok. Almaklum..suasana baru. Mengemas memang x abis lagi tapi at least cik nolie rasa lebih tenang sekarang. Anak2 juga gembira ditempat baru. Mudah2an cik nolie dapat jiran2 yang baik2 dan hidup gembira bersama.

Kepada kengkawan semua..sama2 lah kita berdoa kepada Allah subhanawataa'ala semoga pada tahun baru ini dan tahun2 yang akan datang kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Insyallah..Amin.

Tuesday, December 21, 2010

KOBIS MASAK LEMAK

Lamanya cik nolie x update blog..hehe..maaf ler sibuk berkemas nak pindah nih..sebenarnya lauk ni dah lama dimasak dan amik gambar. Baru hari ni ada masa nak post. Almaklum la tgh sibuk ni..ini la masakan paling sonang dan sodap..tapi kena lawankan ngan sambal baru ada kick.


Bahan-bahannya:-

1 biji kobis saiz sedang tapi x padat (agak2 la ye byknya)
(potong kasar2 & basuh bersih~cik nolie x suka halus2..nanti sayur lunyai..hehe)
Santan secukupnya dari satu biji kelapa (jgn cair sgt) / 1 kotak santan + 2 cawan air
2 ulas bawang merah (hiris)
2 sudu besar ikan bilis (carik2 jer)
1 biji cili merah (hiris)
garam secukup rasa


Cara memasakanya:-

Campurkan santan, bawang, ikan bilis dan cili merah. Jerang atas api dan kacau. Masukan garam secukup rasa. Bila mendidih..masukan kobis..kacau seketika dan boleh la diangkat. Dah siap..senangkan.

Thursday, December 9, 2010

CUCUR BAWANG STYLE CIK NOLIE

Malam ni menu cik nolie cucur bawang jer. Cik nolie mmg suka wat cucur bawang..x kira waktu pagi ke..petang ke..malam ke..rasa nak makan je wat ler. Tambahan lak bila cuaca sejuk2 sbb hujan..perrhh lagi laju je nyuap cucur bawang nih..hehe. Senang je resepinya..nak cuba sila la..



Bahan-bahannya:-

1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar garam (jgn penuh sgt)
1/4 kiub ikan bilis maggi tanpa msg
4 cawan air biasa
1 cawan air panas
3 biji bawang besar (hiris2) ~ lagi lebih lagi sedap


Cara membuatnya:-

Campurkan tepung dan garam. Bancuh dgn air biasa hingga sebati. Masukan kiub ikan bilis yg dihancurkan. Kacau lagi.

Masukan bawang besar yg telah dihiris dan ramas2 dalm adunan tepung tu. Akhir sekali tuang air panas dan kacau dengan senduk. Bancuhan ni mmg cair sikit untuk mendapat kan cucur yg garing tapi lembut didalam.

Panaskan minyak di kuali. Bila minyak dah panas..sudu la adunan tepung berserta bawang dan tuang ke dalam minyak. Goreng hingga kekuning-kuningan. Jangan lupa selalu balik2kan cucur tersebut untuk mendapatkan cucur yg cantik dan garing.

Selamat mencuba...

p/s: kalau buat kuih cik nolie suka guna tepung cap kunci, sauh atau bakers choice..kuih cantik dan garing

BUBBLY BATTER FRIED PRAWNS (UDANG GORENG TEPUNG)

Ini lagi satu resepi dari Y3K blog (Y3K Recipes Issue no.16 - Jan/Feb 2004. Copyright of Y Three K Publisher. All rights reserved). Senang cakap resepi ni resepi udang goreng tepung la.  Resepinya seperti dibawah dan seperti biasa cik nolie translate ke bahasa malaysia kecuali nama asal resepi.


gambar asal dari blog Y3K
Bahan utama:-

20 ekor udang saiz sederhana (buang kulit dan tinggalkan bahagian ekor je)
(perap udang dengan 1 sudu besar kicap cair selama 5minit..kemudian celur sikit je..dan keringkan)

Bahan-bahannya untuk adunan 'crispy batter':-

160g tepung 'self-raising flour' (ayak)
2 sudu teh 'double action baking powder' (ayak)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perisa ayam
220 ml air
4 sudu besar minyak
gambar asal dari blog Y3K
Satukan tepung naik sendiri, baking powder, garam dan serbuk perisa ayam didalam mangkuk. Kacau rata. Masukan air sedikit demi sedikit hingga habis sambil kacau rata hingga menjadi adunan 'batter'. Akhir sekali masukkan minyak, kacau lagi dan biarkan selama 20 minit.

gambar asal dari  blog Y3K

Panaskan minyak yg secukupnya untuk 'deep fry'. Celup udang yg telah disediakan seperti di atas tadi kedalam 'batter' dan masukan kedalam minyak yg telah panas (kena betul2 panas tau).
gambar asal dari blog Y3K
Goreng udang hingga kekuning-kuningan..angkat dan toskan. Hidang la bersama sos cili.

Dah siap..selamat mencuba.


p/s: udang tu leh gak nak tuko ngan sotong..


Wednesday, December 8, 2010

STEAMED SILKEN~SMOOTH EGGS WITH CRAB FILAMENT STICK

Resepi asal mmg dalam bahasa inggeris tapi kat bawah ni cik nolie dah tukar ke bahasa malaysia. Cuma nama masakan ni je saja cik nolie kekalkan namanya dlm bahasa asal.  Resepi ni diberi oleh kawan cik nolie..Poh. Resepi asal dari Y3K blog (Y3K Recipes Issue no.13 - Jul/Aug 2003. Copyright of Y Three K Publisher. All rights reserved). Resepi ni masak menggunakan microwave tapi cik nolie kukus secara biasa sbb x de microwave..hehe. 

gambar ehsan dari Y3K
Bahan-bahannya:-

gambar ehsan dari Y3K
1 biji telur (grade A)
100ml stok ayam (suam2)
1 ketul 'crab filament stick' (carik2 kan)
1/8 sudu teh garam
1 sudu makan bawang goreng (lebih sedap wat sendiri guna bawang merah) ~  untuk hiasan
1 sudu makan daun bawang (hiris halus) ~ untuk hiasan


Cara menyediakannya:-

Satukan telur, garam dan stok ayam. Kisar hingga halus dan sebati.


Letakkan jejari ketam yg telah dicarik2 tadi kedalam mangkuk kaca tahan panas. Tuangkan adunan telur tadi ke atasnya.


Tutup dgn aluminium foil dan lubang2 kan seperti dalam gambar di atas untuk mengelakkan adunan meledak semasa dimasak terutama masa guna microwave...hehe.



Letakkan mangkuk tadi dalam microwave oven. Kukus selama 2 1/2 minutes dalam suhu sederhana.

Kalau kukus cara biasa, masak air dalam kuali yg siap tempat pengukus. Bila air menggelegak, letak mangkuk telur, tutup dan kukus hingga masak.

Keluarkan dari microwave dan biarkan sebentar selama 5 minit.

Tabur bawang goreng dan daun bawang atasnya dan dihidang panas2. Kalau suka pedas makan ler ngan sos cili ...hehe.
Selamat mencuba....


Tips: To microwave two bowls of steamed eggs may require approximately 3 minutes on Medium. Adjust your own timing. It is better to undercook eggs to avoid it drying out. Recook dish if you want a firmer texture.

ROTI GORENG BERINTI

Resepi ni cik nolie dapat dari email kawan cik nolie, Masliza. Resepi dia lebih kurang cam aiskrim goreng gak cuma roti ni di goreng dulu pas tu baru isi inti. Cam poket gitu. Rasanya resepi ni dia dpt kat tenet..mmg kreatif org yg wat resepi nih. Bagaimana pun resepi ni hanya disertakan gambar (gambar kat sini adalah gambar asal) dan cik nolie olah mengikut kefahaman cik nolie..hehehe. Apa2 pun kepada sesiapa yg nak cuba tu, resepi dan cara-caranya seperti berikut...
ni gambar roti goreng berinti yg dah siap..tinggal ngap jer

Cara-cara membuat inti roti goreng nih:-

Bahan-bahan yg diperlukan untuk memasak intinya
Bahan-bahannya:-

2 keping dada ayam (potong kecil2 cam dlm gambar)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar (potong kecil2 cam dlm gambar)
1/2 biji capsicum hijau (potong kecil2 cam dlm gambar)
1 sudu besar mayonese atau agak2 ler
1 sudu besar cream cheese atau agak2 ler
1 sudu besar whipped cream atau agak2 ler
Minyak masak secukupnya..
Lada sulah secukup rasa
Garam (kalau nak)

Untuk hiasan:-

Daun salad secukupnya.

Panaskan minyak, tumis bawang putih..pas tu masukan bawang besar dan capsicum.
Kacau hingga naik bau.


Masukan daging ayam dan lada sulah secukup rasa (agak2 ler ye).

Kacau sebati hingga daging ayam kekuningan.

Bila dah garing cam ni...masukan mayonise dan cream

Kacau sebati..resepi asal x letak garam..tapi sapa2 yg nak letak tu terpulang (ikut selera masing2). Dah siap..angkat dan ketepikan.

Sekarang nak sediakan rotinya pula...cara2 nya seperti dibawah. Roti ni nak senang wat siap2.
Dah siap inti baru celup2 dan goreng rotinya..cepat sikit.


Cara-cara menyediakan roti:-

Setiap satu set roti perlukan 2 keping roti.

Gelek la roti tu dgn penggelek hingga betul2 leper seperti di bawah.

Leper cam ni tau.

Amik la cawan yg agak2 muat saiz roti tu. Tekan kuat2 hingga roti putus dan dpt bentuk bulat cam gambar dibawah nih.

Taraa..dah siap rotinya. Masa ni la wat byk2 dan simpan dalam tupperware. Bila inti dah siap boleh la wat langkah seterusnya.


Langkah terakhir menyediakan roti goreng:-

Telur (agak2 la ikut byk roti yg dibuat). Pukul hingga jadi cam atas.
Sediakan juga serbuk roti secukupnya.

Celup roti dalam adunan telur.

Salutkan rata2 dgn serbuk roti.

Pastu goreng hingga kekuning-kuningan.

Angkat dan tos minyak hingga betul2 kering.

Gunting dua roti dan roti akan jadi cam kat atas.

Letak daun salad dan isi la dgn isi yg telah di buat tadi..dah siap untuk dimakan.
Boleh tambah sos cili kalau suka.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS STYLE CIK NOLIE

Sambal tumis ikan bilis ni saja cik nolie post kan lagi kat bahagian lain. Bukan apa selain dibuat sambal nasi lemak..sambal ni boleh dipelbagaikan hidangannya. Boleh wat inti roti gulung. Boleh makan ngan pulut dan nasi impit serta kuah lodeh. Cicah lempeng pun sodap. Tu sbb cik nolie kalau wat sambal tumis..wat banyak2 dan simpan kat peti sejuk..nak makan panaskan jer. Resepi sambal ni tahan lama tapi kena simpan dalam peti sejuk ler..tapi kena pastikan cili betul2 garing dan masak hingga naik minyak. Maksud tahan lama tu idak ler sampai berminggu2 dan berbulan2 ye..hehe.



Bahan-bahannya:-

1 cawan cili kisar

1 1/4 cawan minyak (minyak kurang..cili x garing nanti)
segenggam ikan bilis (basuh dan goreng)
sejemput ikan bilis (tumbuk)~lepas tumbuk dpt dalam 2 sudu besar
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris bulat dan ketuk2 skit)
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
2 1/2 cawan air asam (asam jawa dalam 1 sudu besar penuh)


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. Guna minyak yg sama, tumis bawang dan ikan bilis yg ditumbuk. Bila sudah garing, masukan cili kisar, belacan dan gula. Goreng hingga cili garing. Masukan bawang hiris. Kacau lagi. Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Akhir sekali masukan air asam dan garam secukup rasa. Masak hingga naik minyak..boleh la diangkat dan dihidangkan.

p/s: sambal yg sedap mesti menggunakan cili kering yg x pedas (gred baik punya). Lagi satu sambal nak tahan lama..sambal kena masak dgn api yg kecil hingga naik minyak dan betul2 masak.


~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Tuesday, December 7, 2010

RENDANG CILI PADI DAGING

Selalunya masa hari raya cik nolie wat rendang minang. Kalau waktu biasa2 cik nolie wat rendang biasa (guna cili kering) jer...tetiba2 lak teringin nak cuba rendang cili padi. Yang lain sama je ngan rendang biasa..cili jer tukar cili padi. Itu pun sebab ada kawan opis mengidam nak makan. Cik nolie wat la..x nak hampakan kawan..hehe. Sambil tu sendiri pun nak makan gak..keh3. Resepinya seperti dibawah...


Bahan-bahannya:-

1kg daging (lebih elok daging btg pinang)
segenggam cili padi (*) (lebih kurang 35 biji~nak pedas lagi leh tambah..hehe)
20 ulas bawang merah (*)
10 ulas bawang putih (*)
2 inci halia (*)
2 inci lengkuas (*)
2 inci kunyit hidup (*)~leh tukar ke 1 sudu besar serbuk kunyit adabi
5 batang serai (*)
2 batang serai (ketuk2 jer)
2 helai daun limau purut (carik2 jer)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
1 sudu besar gula
2 biji kelapa (1 mangkuk santan pekat..2 mangkuk santan cair)...kalau santan kotak ..guna 1 kotak jer sebagai santan pekat ~ masukan masa akhir..sebelum tu tambah air je sampai daging lembut)
2 keping asam keping
4 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Hiris dan kisar bahan-bahan bertanda (*) dan tumis hingga garing. Kemudian masukan daging, gula dan serai yg diketuk tadi. Biar hingga air daging agak kering. Kacau sekali2.

Masukan pula santan cair dan biar hingga daging empuk (kalau x empuk gak..leh tambah air dan biar lagi hingga daging empuk).

Akhir sekali masukan santan pekat, kerisik, daun limau purut, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga agak kering dan sebati. Tabur daun kunyit dan kacau lagi.

Cukup kering dan cantik masaknya (naik minyak) boleh la diangkat.

Sunday, December 5, 2010

NASI LEMAK & SAMBAL IKAN BILIS STYLE CIK NOLIE

Sebut pasal nasi lemak rasanya suma orang suka dan tahu masak nasi lemak tapi kat sini cik nolie post resepi nasi lemak dan sambal cara cik nolie masak. Cik nolie cerewet sikit pasal sambal nasi lemak sbb x bape suka sambal yg manis sangat. Kat sini ada gak kedai yg jual nasi lemak sambalnya sedap tapi kalau hujung minggu ..kalau rasa malas nak masak nasi berlauk tengaharinya, biasa cik nolie akan masak nasi lemak...senang 2 dalam 1..hehe. Resepi nasi lemak cik nolie seperti berikut...


Bahan-bahan untuk nasi lemaknya:-

3 pot beras (dibasuh dan ditoskan)
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (diikat simpul dan dicarik2 sikit)

Beras yg telah dibasuh dan ditoskan letak dalam rice cooker. Masukan santan, garam dan daun pandan. (cara menyukat santan ~ ukur tinggi beras dalam periuk dgn jari..pas tu masukan santan..tinggi santan dari atas beras mesti sama tinggi).

Masak la dlam rice cooker tu hingga nasi masak sendiri..hehe. Bila dah kering, kais nasi supaya masaknya serata.  Sekiranya beras kembang dan nasi x bape lembut, letakkan secawan air panas ditgh2 nasi dan masak lagi..sehingga nasi elok masaknya).

Dah siap. Hidangkan la dengan sambal ikan bilis, telur rebus/dadar dan timun (seperti gambar di atas). Kalau terlebih rajin leh la wat ikan bilis goreng dan kacang goreng serta kangkung celur.


Bahan-bahan untuk sambalnya:-

1 cawan cili kisar
1 1/4 cawan minyak (minyak kurang..cili x garing nanti)
segenggam ikan bilis (basuh dan goreng)
sejemput ikan bilis (tumbuk)~lepas tumbuk dpt dalam 2 sudu besar
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris bulat dan ketuk2 skit)
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
2 1/2 cawan air asam (asam jawa dalam 1 sudu besar penuh)

minyak yg kelihatan tu hendakla dicedok dan dibuang ye..
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. Guna minyak yg sama, tumis bawang dan ikan bilis yg ditumbuk. Bila sudah garing, masukan cili kisar, belacan dan gula. Goreng hingga cili garing. Masukan bawang hiris. Kacau lagi. Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Akhir sekali masukan air asam dan garam secukup rasa. Masak hingga naik minyak..boleh la diangkat dan dihidangkan.

p/s: sambal yg sedap mesti menggunakan cili kering yg x pedas (gred baik punya)..

KUIH GULUNG BERINTI SAYUR

Kuih gulung ni hasil experimen cik nolie. Sebenarnya cik nolie nak wat 'chai kueh' sejenis kuih cina tapi cari tepung tang mien x jumpa2. Apalagi modify la...jadi la chai kueh versi cik nolie cuma mungkin rasa nya lain sikit kot..hehe. Caranya cik nolie guna resepi kuih gulung laksam cuma kurangkan tepung supaya lembut dan isikan dgn inti 'chai kueh'..taraaa..jadi ler kuih nih.


kuih gulung berinti sayur kena makan dgn cili sos buatan sendiri baru ada ummpphh

Bahan-bahannya untuk intinya:-

Secekak daun kuchai (potong2 dlm 2cm panjang)
2 sudu besar udang kering (basuh dan tumbuk)
2 ketul tahu putih (hancur2 kan)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa (optional~kalau masih kurang masin ler)

inti yg dah siap dimasak
 Panaskan minyak. Tumis bawang dan udang kering yg telah ditumbuk. Bila garing, masukan tahu. Kacau hingga sebati. Bila agak garing, masukan kuchai dan kacau lagi. Kalau cukup rasa dan masaknya..leh la diangkat dan disejukan.


Bahan-bahan untuk kuih gulung:-

1 3/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
3 cawan air

Campurkan suma bahan dan tapis.

Cara membuatnya:-
panaskan (kukus) tudung periuk yg telah di sapu minyak

bila cukup panas..tuangkan adunan tepung tadi dan kukus hingga masak

angkat tudung periuk berisi tepung yg telah masak dan letakkan inti sayur

gulung menggunakan sudu berhati2 supaya gulungan x pecah

bahagian akhir ..ambil tepung dari depan dan sematkan gulungan

cam ni la ropernya bila udah siap..masukan dlm pinggan dan curahkan sos di atasnya

Saturday, December 4, 2010

POPIA GORENG STYLE CIK NOLIE (RESEPI BONDA)

Ini resepi popia goreng style cik nolie. Bonda yg ajar dari inti, kulit hingga la ke sos cilinya. Popia goreng mmg sedap tapi biasa org guna kulit beli tapi cik nolie mmg buat sendiri kulitnya. Kuarga cik nolie lebih suka kulit buat sbb lebih tebal, sedap dan garing bila digoreng.  Cik nolie dah buat popia ni dari umur 15 tahun lagi (masa zaman jual kuih). Sesiapa yang nak cuba tu silakan la tapi jgn putus asa sbb nak buat kulit ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi. Tapi kalau rasa susah..guna kulit beli je la ye.

ni la rupa popia yg dah siap tapi lum goreng (biasa cik nolie simpan kat freezer..nak makan baru goreng)


Bahan-bahan untuk intinya:

2 biji sengkuang (racik panjang2)
1 biji lobak merah (racik panjang2)
1 mangkuk kecil kacang panjang yg telah dihiris halus dlm 1/2cm
8 ekor udang saiz sedang (buang kulitnya)
4 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning (untuk mencantikkan inti)



Tumbuk bawang putih dan udang. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk. Bila garing, masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukan garam secukup rasa dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga inti agak kering, baru masukan kacang panjang. Kacau rata hingga inti betul2 kering, angkat dan sejukkan.


Bahan-bahan untuk kulit:-

1kg tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
air secukupnya
3/4 cawan minyak

bancuhan tepung yg dah siap untuk di perap
 Bancuh tepung dgn garam dan air hingga bancuhannya cam bancuhan cekodok. Pas tu pecahkan telur dan ramas dgn tepung hingga sebati. Akhir sekali masukan minyak dan kacau sebati lagi. Perap adunan selama 2 1/2 jam. Selepas perap buat la kulit seperti cara-cara dibawah.

ni la caranya mengalin tepung diatas kuali leper..tiada minyak diperlukan..mesti nipis tau..

kulit yg dah masak..leh la diangkat menggunakan tangan

taraaaa...dah siap...1kg tepung dpt cam gini ler byk nyer

Cara membuat popia:-


letak inti secukupnya

gulung kulit popia

supaya jadi cam ni..dah siap

Lepas dah siap suma...boleh la di goreng dalam minyak yg byk sehingga garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama cili sos (kalau nak wat sos sendiri boleh tgk kat resepi sos cili cik nolie).