Wednesday, December 8, 2010

STEAMED SILKEN~SMOOTH EGGS WITH CRAB FILAMENT STICK

Resepi asal mmg dalam bahasa inggeris tapi kat bawah ni cik nolie dah tukar ke bahasa malaysia. Cuma nama masakan ni je saja cik nolie kekalkan namanya dlm bahasa asal.  Resepi ni diberi oleh kawan cik nolie..Poh. Resepi asal dari Y3K blog (Y3K Recipes Issue no.13 - Jul/Aug 2003. Copyright of Y Three K Publisher. All rights reserved). Resepi ni masak menggunakan microwave tapi cik nolie kukus secara biasa sbb x de microwave..hehe. 

gambar ehsan dari Y3K
Bahan-bahannya:-

gambar ehsan dari Y3K
1 biji telur (grade A)
100ml stok ayam (suam2)
1 ketul 'crab filament stick' (carik2 kan)
1/8 sudu teh garam
1 sudu makan bawang goreng (lebih sedap wat sendiri guna bawang merah) ~  untuk hiasan
1 sudu makan daun bawang (hiris halus) ~ untuk hiasan


Cara menyediakannya:-

Satukan telur, garam dan stok ayam. Kisar hingga halus dan sebati.


Letakkan jejari ketam yg telah dicarik2 tadi kedalam mangkuk kaca tahan panas. Tuangkan adunan telur tadi ke atasnya.


Tutup dgn aluminium foil dan lubang2 kan seperti dalam gambar di atas untuk mengelakkan adunan meledak semasa dimasak terutama masa guna microwave...hehe.



Letakkan mangkuk tadi dalam microwave oven. Kukus selama 2 1/2 minutes dalam suhu sederhana.

Kalau kukus cara biasa, masak air dalam kuali yg siap tempat pengukus. Bila air menggelegak, letak mangkuk telur, tutup dan kukus hingga masak.

Keluarkan dari microwave dan biarkan sebentar selama 5 minit.

Tabur bawang goreng dan daun bawang atasnya dan dihidang panas2. Kalau suka pedas makan ler ngan sos cili ...hehe.
Selamat mencuba....


Tips: To microwave two bowls of steamed eggs may require approximately 3 minutes on Medium. Adjust your own timing. It is better to undercook eggs to avoid it drying out. Recook dish if you want a firmer texture.

No comments:

Post a Comment