Maal Hijrah ataupun disebut Awal Muharram merupakan permulaan Tahun Baru di dalam Bulan Islam yang mana cik nolie rasa semua orang tahu.
Seperti tahun-tahun yg lepas setiap menjelangnya Awal Muharram iaitu saat berakhirnya waktu Asar dan menjelangnya waktu Magrib adalah waktu yang ditunggu2 oleh semua umat islam termasuk la cik nolie dan suami.
Tahun ini petang menjelang tahun baru hijrah jatuh pada hari bekerja dan waktu Magrib pula agak cepat. Cik nolie risau juga takut x sempat..alhamdullilah dapat pulang awal dan melakukan solat serta doa akhir tahun dan doa awal tahun seperti tahun2 yang sebelumnya. Kali ni cik nolie juga turut memohon pada Allah supaya segala perancangan cik nolie untuk tahun ini dimakbulkan Allah...Ameeennn.
Cik nolie pasti setiap orang akan berazam menjadi yg lebih baik dari sebelumnya dan mendapat rahmat dan rezki yg lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Biasanya penghijrahan yang dilakukan lebih kepada menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya atau mencari peluang yang lebih baik dalam kerjaya mahu pun kehidupan. Begitu juga dengan cik nolie.
Alhamdullilah pada tahun baru ini Allah makbulkan niat cik nolie dan keluarga untuk berhijrah dari rumah lama kami ke rumah yang baru untuk sebuah penghidupan yang lebih baik. Ini lah penghijrahan yang terbesar yang cik nolie dan keluarga laku kan. Banyak dugaan yang ditempuh sepanjang tahun lepas untuk melaksanakan penghijrahan ini. Syukur x terhingga terhadap illahi atas segala kurnianya dalam mempermudahkan segala urusan di saat begitu banyak dugaan yang melanda.
Cik nolie sekeluarga bukan sahaja berhijrah tempat kediaman. Anak2 cik nolie..sabrina dan zamir juga turut di pindahkan sekolah. Mudaha2an mereka juga dapat pembelajaran yang lebih baik ditempat baru.
Sesiapa sahaja yang tahu tentang perpindahan kami ini pelik kenapa kami berpindah. X perlu la cik nolie terangkan kepada mereka kenapa kerana biar la ianya menjadi rahsia keluarga kami dan orang2 yang rapat dengan kami. Mudah2an perpindahan ini platform terbaik untuk cik nolie sekeluarga kearah penghidupan yang lebih baik...insyallah.
Sekarang ni cik nolie dah pun menetap dirumah yang baru. Memang penat pindah randah ni. Tambahan pulak dari double storey ke single storey..tapi seronok. Almaklum..suasana baru. Mengemas memang x abis lagi tapi at least cik nolie rasa lebih tenang sekarang. Anak2 juga gembira ditempat baru. Mudah2an cik nolie dapat jiran2 yang baik2 dan hidup gembira bersama.
Kepada kengkawan semua..sama2 lah kita berdoa kepada Allah subhanawataa'ala semoga pada tahun baru ini dan tahun2 yang akan datang kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Insyallah..Amin.
No comments:
Post a Comment