Thursday, September 29, 2011

Grilled Chicken and Vegetables with Fresh Basil




Ingredients:

¼ cup shallots, roughly chopped
3 tablespoons extra-virgin olive oil
1 tablespoon chopped garlic
1 teaspoon salt
½ teaspoon black pepper
2 pounds of skinless chicken breast halves
1 red bell pepper, seeded and quartered (about 1½ cups)
1 medium zucchini, quartered lengthwise (about 1½ cups)
1 medium yellow squash, quartered lengthwise (about 1½ cups)
1 medium leek, root trimmed, halved lengthwise
¼ cup fresh basil, chiffonade
Directions:

1.      Mix shallots, oil, garlic, salt and pepper in a large re-sealable plastic bag. Add chicken, peppers, zucchini, squash and leek. Gently shake bag to coat chicken and vegetables, and marinate in refrigerator for 1 to 3 hours, turning occasionally.
2.      Prepare a medium-low grill. Place chicken on grill and cook until just cooked through, turning once, about 12 minutes. About 2 minutes into cooking process, add peppers and cook until tender, turning once, about 10 minutes.
3.      About 2 minutes after adding peppers, add zucchini, squash and leeks and cook until tender, turning once, about 8 minutes. Sprinkle with basil before serving.
Nutritional Information

Per Serving:
Net Carbs: 8.5 grams
Fiber: 2 grams
Protein: 50.5 grams
Fat: 17 grams
Calories: 399

Recipe Information:
Makes: 4 servings
Prep Time: 0:10:00
Marinate Time: 1:00:00
Cook Time: 0:15:00
Cool Time: 0:00:00

Saturday, September 24, 2011

SANDWICH AYAM DGN LADA PUTIH

Hari tu x tau nak masak apa. Tengok ada ayam. Cik nolie pun wat resepi hentam aje la...hehe. Senang jew resepi nih. Cik nolie buat sebagai inti sandwich...tapi nak makan gitu jew balut dgn sayur salad pun boleh.



Bahan-bahannya:-

3 keping dada ayam (dihiris nipis2, basuh dan tos)
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak zaitun

Cara memasaknya:-

Perap ayam bersama serbuk lada putih, serbuk kunyit dan sedikit garam selama 1/2 jam.

Panaskan minyak atas kuali 'non stick'. Masukan ayam tadi dan goreng hingga kekuningan dan angkat.

Ambil roti. Letak daun salad. Letakkan isi ayam tadi dan tutup dgn sekeping roti lagi. Dah siap. Cik nolie makan gitu jew tanpa sos untuk rasa ayam yg lebih natural. Lagi pun sos cili x elok untuk diet..tinggi karbo dan tinggi gula..ngehh3.

AGAR-AGAR LUMUT/SANTAN PERASA SIRAP

Agar-agar lumut /santan ni mmg sedap dimakan lagi2 kalau sejuk. Silap2 x leh berhenti..hehe. Selalunya buat guna agar-agar kering tapi kali ni cik nolie cuba guna agar2 serbuk..lagi mudah membuatnya. Kebiasaannya orang buat perisa pandan/gula merah tapi kali ni cik nolie buat yg mudah punya..perisa sirap. Lagi satu cik nolie wat experimen guna kordial stevia dan extract stevia..NO sugar gitu.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus serbuk agar2 pearl mermaid
2.5 liter air
1 cawan kordial sirap stevia
sedikit perwarna ros untuk warna yg lebih cantik
5 sudu kecil extract stevia (kalau nak guna gula letak lew dalam 500g gula biasa)
santan pekat dari 1biji kelapa (harga dalam RM2)
2 biji telur
sehelai daun pandan


Cara membuatnya:-

Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan. Bila mendidih keluarkan daun pandan dan masukkan kordial, gula dan sedikit perwarna ros. Kacau hingga sebati.

Kemudian pukul telur hingga kembang sedikit dan masukkan kedalam santan. Kacau rata.

Selepas itu tuangkan kedalam periuk tadi dan kacau selalu hingga campuran telur dan santan cantik masaknya.

Sediakan loyang dan tuang adunan (mesti kacau untuk mendapatkan keserataan pada bahagian atasnya nanti).

Selepas itu sejukkan pada suhu bilik. Bila dah keras sejukkan dalam peti sejuk. Boleh la dihidangkan bila dah cukup sejuk.



Thursday, September 22, 2011

MEE GORENG

Hari ni alhamdulillah selesai cik nolie berpuasa 6. Teringin pulak nak makan mee goreng. Bukan x nak beli tapi mee goreng kalau sejuk x sedap jadi baik masak sendiri kan..boleh makan panas2. Ni style mee goreng cik nolie...x letak kicap. Sesapa nak cuba sila la.



Bahan-bahannya:-

1 bungkus mee kuning jenama laksamana (basuh dan tos~pastikan masa nak masukan mee baru basuh)
15 ekor udang saiz sedang (buang kulit separuh jew)
3 ketul tahu goreng (potong dadu)
1 ketul tahu ikan (potong nipis)
1 bungkus bebola ikan (potong 2)
3 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit Taugeh

Sedikit ikan bilis (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis tumbuk hingga naik bau. Masukan cili kisar. Kacau hingga cili garing. Masukan udang, tahu ikan, bebola ikan, tahu goreng. Kacau rata.

Masukan tomato sos, sos tiram, sos tiram, sos ikan dan sawi. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukan mee yg telah dibasuh & ditos. Taugeh, sedikit air dan garam secukup rasa.

Kacau rata dan boleh la diangkat.






Tuesday, September 20, 2011

KEK MENTEGA SEMPOI

Hari raya baru2 ni cik nolie wat kek mentega sempoi nih tuk family cik nolie sbb diorg mmg suka kek yg kosong camni. Resepi ni mmg dah lama cik nolie simpan dari zaman anak dara lagi. Mula2 dapat kat majalah..tapi biasa la resepi majalah ni kena cuba dan setelah di experimenkan terhasil la resepi yg sempoi ni..insyallah jadi kalau ikut cara2nya..hehe. Sapa2 yg nak cuba tu sila la..



Bahan-bahannya:-

250g mentega
180g gula castor
250g tepung naik sendiri
5 biji telur
1 penutup esen vanilla


Cara membuatnya:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukan telur 1 persatu dan pukul hingga kembang (ingat: telur mesti masukkan satu dulu dan pukul hingga kembang baru masukan telur lagi sehingga habis).

Bila dah kembang, masukan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit. Masa ni gaul hingga adunan sebati. Peringatan: Jgn pukul kuat2. Masa ni kacau dgn senduk kayu jew.

Dah siap adunan. Panaskan oven pada suhu 180darjah celcius dan panaskan loyang yg telah disapu lebihan mentega tadi selama 2 minit. Keluarkan loyang dan masukan adunan tadi. Ratakan dan bakar hingga masak selama 35-40min. Nak tau masak ke tidak cucuk ngan garfu..kalau x melekat makna dah masak la..hehe.

Ni gambar kek yg baru masak.


RENDANG AYAM KERISIK

Hari ni cik nolie masak rendang ayam letak kerisik pulak. Kawan office order. Dia minta rendang yang ada kerisik. Cik nolie kalau wat rendang ayam jarang wat rendang kerisik ni..selalunya wat rendang padang jew..ringkas..hehe. Xpe la kawan punya psl dan dia mmg teringin sangat cik nolie watkan la..lagi pun dia kasi duit..hehe. Resepi ni cik nolie main agak2 jew..seb baik jadi..keh3. Kena la cepat2 post resepi takut lupa..hehe.



Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 16)

Bahan A
15 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji cili padi

Bahan B
2 sudu besar cili kisar
1/2 paket cili boh jenama Maz yg saiz kecil
1 bungkus santan pekat harga RM2
sedikit serbuk kunyit
4 sudu besar kerisik
1/2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut (carik2 jew)
1 helai daun kunyit (carik2 jew)
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk menumis

CAra memasaknya:-

Kisar semua bahan A.

Panas kan minyak dan tumis cili hingga garing. Kemudian masukan bahan A yg telah dikisar, gula dan serbuk kunyit.

Goreng hingga sedikit kering dan masukan pula ayam.

Biarkan ayam keluar air dan masak hingga kuah hampir kering. Boleh la masukan santan, kerisik, daun limau purut, garam, daun kunyit dan asam keping.

Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Taraaa dah siap...senangkan.

Monday, September 19, 2011

SALAD TIMUN & EPAL HIJAU

Hari Ahad lepas cik nolie tgk2 dalam peti sejuk ada timun dan epal hijau. Emmm...teringin pulak nak wat salad buah. Resepi ni kawan cik nolie yg ajar. Kat dalam majalah masakan pun ada jugak tapi biasa diorg letak mcm2 buah. Cuma skrg ni cik nolie tgh diet so kena la letak lebih sayuran dari buah2an dan buah pun kena la guna yg rendah karbo cam epal hijau dan timun nih..hehe. Senang jew resepi ni yg penting mesti ada lobak merah dan kismis buat penyedap rasa.



Bahan-bahannya:-

1 biji timun saiz besar (belah empat/dua, buang biji dan potong ikut suka)
2 biji epal hijau (buang kulit & potong ikut suka)
1 biji lobak merah (buang kulit, basuh dan sagat halus)
3 sudu besar kismis saiz besar (jenama sunsweet pun sedap)
4 sudu besar mayonise biasa (jgn guna rendah lemak sbb tinggi karbo..hehe)


Cara membuatnya:-

Gaul mayonise dgn timun dan epal hingga sebati. Sagat lobak merah kedalam campuran tadi. Akhir sekali masukan kismis dan gaul rata. Simpan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam dan boleh la dihidangkan. Masa hidang tu gaul lagi sekali utk memesrakan rasanya. Sedap dimakan bersama daun salad atau camtu jew.

Kalau suka letak buah boleh la letak apa2 buah pun...cuma buah byk kandungan gula dan tinggi karbo..chewah.

Resepi ni kalau nak tukar kentang pun boleh. Gantikan epal dengan 2 biji kentang rebus size besar yg dikupas kulit dan dipotong dadu. Boleh tambah celeri (hiris2). Cuma kalau bagi orang2 yg berdiet kentang tu byk karbo..x sesuai..hehe.

Monday, September 5, 2011

MEE SIAM (BERKUAH TAUCU)

Semalam tiba2 teringin lak cik nolie nak wat mee siam. Resepi ni mak mertua yg ajar. Tapi biasa la cik nolie ubah2 sikit2 ikut selera sendiri..hehe. Bahan-bahan pun mudah dicari dan senang dibuat. Sesiapa nak cuba tu sila la ye.




Bahan-bahannya:-

1 bungkus meehoon EKA (rendam hingga lembut, basuh dan toskan)
4 ketul tahu putih – potong kecil, gaul garam dan goring hingga garing
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar saiz kecil (tumbuk)
10 ekor udang saiz besar (buang kulit)
5-6 sudu besar cili kisar (
1 kiub ikan bilis
1 sudu kecil sos ikan
½ mangkuk kecil kucai (potong dalam panjang 1in)
1 mangkuk kecil taugeh
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukan cili kisar dan goreng hingga garing.

Kemudian masukan udang, kiub ikan bilis dan sos ikan. Kacau rata.

Masukan pula kucai dan tahu goreng tadi. Kacau lagi.

Akhir sekali masukan mee hoon dan garam secukup rasa. Bila meehoon agak lembut, masukan taugeh. Kacau rata dan boleh la diangkat bila mee hoon cukup masaknya.

Hiasan~tabur atas meehoon

Cili merah ~ hiris halus
daun sup ~ hiris halus
Telur dadar ~ hiris nipis2
Limau kasturi ~potong 2

Taburkan cili, daun sup, telur dan limau kasturi ni atas mee hoon semasa menghidang. Tuang kuah taucu bila nak makan. Cara buat kuah seperti dibawah.

Bahan-bahan untuk kuahnya:-

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar taucu tamin
1 sudu kecil extract stevia/4 sudu besar gula
1 mangkuk air
2 sudu kecil asam jawa adabi
Sedikit minyak tuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak, tumis bawang, cili dan taucu hingga naik bau. Masukan air, gula dan asam jawa. Biarkan mendidih dan boleh la diangkat.

Tuang atas meehoon semasa makan.