Monday, October 18, 2010

NASI UDANG

Resepi ni adik Rai yg ajar..resepi agak2 yg telah diexperimenkan..hehehe




Bahan-bahan:
a)   2 sudu marjerin
b)   10 ekor udang saiz XXL di goreng dulu ngan marjerin, goreng kejap je
c)   2 ulas bwg putih/ 5 ulas bwg merah / 1/2 in halia - hiris2 saje
d)   1 sudu kecil serbuk jintan manis

e)   Lada sulah (agak2)
f)   2 cawan beras basuh & 3 cawan air 
g)    garam ikut rasa
h)   2 sudu besar sos tomato
i)    1btg kayu manis dan bunga lawang
j)    1 helai daun pandan

Cara membuatnya:-
Panaskan marjerin.  Tumis bawang putih/ bawang merah / halia dan rempah tumis.

Sudah kuning masukkan udang. Goreng sekejap sahaja..angkat udang. 
Kemudian masukkan jintan manis & lada sulah, sos tomato, gula & garam..masukkan beras & air...tunggu sampai masak. Bila dah kering masukkan udang tadi semula..gaul rata dan biar hingga betul2 masak.
Perhatian:-  Nasi ini sedap dimakan dgn sambal tumis udang, udang masak rempah ke..ayam goreng ke..salad ke..apo2 yo lah..hehe

Sunday, October 17, 2010

Spaghetti with carbonara sos

Ni resepi paling sempoi..kalau dah x tau nak masak ape dan masa pun limited..cuba jer resepi nih.



1/2 paket spagheti rebus ngan air yg di letak garam dan sedikit minyak..dah lembut..tos kan.

Panas kan kuali, cairkan sedikit mentega..dlm 2 sudu besar..tumis 1 biji bawang besar (potong dadu), sedikit isi ayam (potong dadu), 10 ekor udang saiz XXL, 2 tangkai cili kering (potong kasar2).

Bila garing, tuang sos pergo carbonara..kacau skit..pas tu masuk kan air..

Letak sikit lada sulah & garam (kalau perlu) dan masukan spagethi tadi. Kacau rata. Kalau suka boleh la tabur daun ketumbar.

Walla ..siap.  Boleh dihidangkan bersama garlic bread.

MURTABAK SEGERA

Cik nolie kenal murtabak segera ni masa g rumah kak azliyah open house long2 time ago..masa masih keje kat PAG tapi masa tu kak az guna daging burger. Ye la ek..x terpikir lak kulit popia boleh diubah suai jadi murtabak. Baru-baru ni terjumpa resepi ni kat tenet. Simple jer resepinya..kalau x de daging cincang..kasi tuko ngan daging burger je..buleh gak..sedap gak..cuba la.

 

sekadar gambar hiasan

Bahan-bahan ( untuk 6 keping murtabak)

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup 
  • minyak
  • garam & gula secukup rasa
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Hantaran Titit Kawin

Selepas 8 bulan bertunang tiba masanye adik ipar cik nolie, Titit ni kawin.  Kali ni awal2 Titit dah bagitau kaler apa dia nak untuk hantaran dia..OK.  Maklum la dengan tugas cik nolie kat opis nih..mmg memerlukan masa sikit nak buat hantaran2 ni suma.  Tambahan pulak jumlahnya lagi banyak ..11 beb.

Ni gambar masa Titit & Rizal bersanding lepas akad nikah

Ni pulak masa hari langsung ..berarak menuju pelamin
  
2 Bulan sebelum majlis, cik nolie dah mula membeli barang2 dan mencari idea utk tema orange gold.  Kali ni cik nolie guna bunga stokin yg digabung dengan artificial flower.  Base dia pulak cik nolie guna gabus 4 segi yg dibalut dgn kain net yg ada gold design. Kain alas hantaran pulak cik nolie sewa ngan kawan..kebetulan dia ada kaler yg sesuai.  Yg istimewa hantaran ni adalah bekas kek dari plastik yg kawan cik nolie kasi dan cik nolie make over dengan accessories.

Tapi pengalaman yg cik nolie x leh lupa ialah saat akhir nak siapkan hantaran ni.  Nikah hari jumaat..berinai malam sabtu..so hantaran janji nak tukar masa berinai. Cik nolie dah siapkan suma bekas2 hantaran tu suma petang tu gak kecuali buah dgn coklat. Ingat balik amik kek ..siap dtg balik dan buat last touch up. Last2 tgk jam..masa tinggal 1 jam jer lagi sebelum majis..alamak sure x sempat.. Terpaksa arrange adik ipar amik kek dari rumah cik nolie. Kelam kabut masa tu..rasa nak nangis. Seb baik la ada back up assistant..hubby cik nolie nye auntie and cousin dari singapore diorg tolong arrange kan buah dan coklat dalam bekas. Seb baik bekas dah siap awal2..tinggal nak letak buah dan coklat jer..perhhh lega.  Hasilnye seperti dibawah..hehehe












Thursday, October 14, 2010

Hantaran Titit bertunang


Zaman bujang dan zaman kawin dulu mmg cik nolie selalu buat hantaran ni. Untuk kengkawan dan diri sendiri. Lepas adik2 dah abih kawin dan anak makin besar..dah malas nak bergelumang ngan benda2 ni suma...lagi pulak tiada permintaan.

Entah macammana bila adik ipar nak bertunang..mak mentua minta cik nolie buatkan hantaran. Boleh ke?? maklum la dah lama x buat..skill tajam lagi tak nih.

Tapi nasib baik la dia bagitau awal2..sempatla cik nolie buat research tentang trend2 skrg nih..tapi biasa la cik nolie tetap nak ada sentuhan sendiri..jadi hasilnye cik nolie buat base bunga ros kuncup dari kain satin. Tema kali ni hijau pucuk pisang & cream/kuning.  Hasilnya alhamdullilah. Masih ada lagi rupanye skill cik nolie nih walaupun x segah pakar2 buat hantaran..hehe.

















Alahai ...

Cik nolie x paham betul dengan orang yg tak reti jaga perasaan orang lain nih.  Tak suka jangan ler tgk..komen tu cik nolie letak kat wall cik nolie bukan wall org..apa masalah..sapa suruh tenguk kan.  Apa2 pun cik nolie x kisah walaupun hati ada sikit panas la.

Sebab apa cik nolie x kisah..sbb pada cik nolie dia sendiri x paham dengan apa yg dilihat dan selepas itu sesedap rasa buat andaian sendiri.

Tau ler cik nolie ni gemuk gedempul tapi jgn la sampai hina cik nolie sampai cam tu.  Ada ka patut ckp x de benda lain nak pikir ke..makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Setau cik nolie la..minat masak cik nolie ni la yg meramaikan kawan dan mendatangkan hasil (luit2).  Kalau dia x suka masak dan makan..lantak p la..ada cik nolie kisah.

Lagi pun dulu dia yg add cik nolie..bukan cik nolie yg add dia..jadi lagi la cik nolie x kisah.

Cik nolie ni hari-hari pi keje..dari pagi sampai petang..kadang2 terbawak2 sampai rumah dok pikir pasai keje..jadi masak tu la terapi tuk cik nolie. Cik nolie cite jer..sapa suka suka la..sapa x suka nasib la kan..x usah ler tgk..betui tak?

Macamana pun mcm cik nolie selalu cakap la kita x boleh nak puaskan hati semua orang. Yang penting keluarga kita suka dan paham dgn minat kita itu sudah memadai.

Akhir kata..terimakasih pada kengkawan yg selalu suka dgn cerita2 masak yg cik nolie post kat fb. Jangan risau..lepas ni resepi hanya akan di post di blog ni jer..

Moral:- Berfikir sebelum berkata-kata itu lebih baik dari berkata-kata lepas tu baru nak pikir..wakaka

Wednesday, October 13, 2010

KEK COKLAT KUKUS 1

Bahan-bahan:-
  • 250g mentega / marjerin
  • 2 cawan gula castor (kalau nak manis tukar guna gula biasa – blend)
  • 5 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 sudu besar serbuk milo
  • esen vanilla
  • 1 tin susu sejat (cair)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat soda
  • 1 sudu teh baking powder
Cara membuatnya:-
Mentega pukul dgn 1 cawan gula hingga kembang.
Telur pukul dgn 1 cawan gula hingga kembang.
Sudah kembang satu kan kedua-dua adunan.
Masukkan serbuk koko, milo & esen vanilla. Kacau sebati.
Masukan susu cair. Pukul lagi.
Akhir sekali masukan tepung yang telah di ayak bersama bikarbonat soda & baking powder.
Kukus dalam pengukus selama 1 jam 30 minit.
Tambah sedap kalau dihidang bersama sos kastard/krim coklat.