Ni resepi paling sempoi..kalau dah x tau nak masak ape dan masa pun limited..cuba jer resepi nih.
1/2 paket spagheti rebus ngan air yg di letak garam dan sedikit minyak..dah lembut..tos kan.
Panas kan kuali, cairkan sedikit mentega..dlm 2 sudu besar..tumis 1 biji bawang besar (potong dadu), sedikit isi ayam (potong dadu), 10 ekor udang saiz XXL, 2 tangkai cili kering (potong kasar2).
Bila garing, tuang sos pergo carbonara..kacau skit..pas tu masuk kan air..
Letak sikit lada sulah & garam (kalau perlu) dan masukan spagethi tadi. Kacau rata. Kalau suka boleh la tabur daun ketumbar.
Walla ..siap. Boleh dihidangkan bersama garlic bread.
No comments:
Post a Comment