Monday, July 4, 2011

SUP TAHU LEMBUT SAYUR CAMPUR

Tahu lembut ni kalau dapat yg segar mmg sedap wat sup. Cik nolie ni mmg suka sgt tahu especially tahu lembut. Cik nolie suka wat sup campur sayur2an. Kebiasan cik nolie suka campur sawi dan kobis. Simple jer resepi ni..sesuai utk org yg diet protin..hehe.



Bahan-bahannya:-

2 keping tahu lembut (potong 4)
3 pokok sawi (potong ikut suka)
1/4 biji (saiz kecil) kobis (potong ikut suka)
1 keping tahu ikan (hiris2)
2 ulas bawang merah (hiris2)
1 ulas bawang putih (hiris2)
1/2 kiub ikan bilis tanpa msg
1 sudu besar minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa (x perlu byk sbb kiub ikan bilis dah masin)


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan tahu ikan hingga naik bau. Masukan air (agak2) dan kiub ikan bilis. Bila mendidih, masukan sayur dan tahu. Masukan garam secukup rasa dan kacau rata dgn berhati2 supaya tahu x pecah. Selepas itu boleh la diangkat dan dihidangkan panas2. Sempoiii.

No comments:

Post a Comment