Hari ni cik nolie masak gulai lemak cilipadi telur & kentang style cik nolie la. Resepi ni omak mertua yg ajar tapi lepas tu cik nolie masak ikut selera sendiri..hehe. Resepi ni sedap kalau guna telur itik tapi kalau x de telur ayam pun boleh jer. Kentang tu pun leh tukar ngan belimbing buluh..perrhh lagi terangkat.
Bahan-bahannya:-
5 butir telur ayam
3 biji kentang (belah ikut suka tapi jgn tebal supaya senang empuk)
300g santan pekat (dlm 2 hengget)
15-18 biji cili padi (nak pedas leh tambah)
1 labu bawang besar (blend)
sejemput ikan bilis (blend)
1/2 kiub ikan bilis (blend)
1 helai daun kunyit (carik2 kasar)
1 batang serai (titik jer)
sedikit serbuk kunyit (kalau rajin guna la kunyit hidup blend sekali..hehe)
2 keping asam keping
garam kasar secukup rasa
2-3 cawan air (ikut kepekatan yg di sukai)
Cara membuatnya:-
Campurkan santan pekat dgn bahan2 yg diblend. Masukan serai, daun kunyit, kentang dan serbuk kunyit. Tambahan air ikut kepekatan yg disukai.
Masak atas api sederhana dan kacau tanpa henti hingga kentang empuk. Kecilkan api, masukan asam keping, garam dan kiub ikan bilis. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji (pecahkan dlm mangkuk lain sebelum masukkan dlam kuah tuk mengelakkan termasuk telur busuk..hhehehe).
Kacau bahagian atas kuah hingga telur masak dan keras..boleh la tutup api dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment