Friday, November 26, 2010

TRUTH ALWAYS WIN..

Cerita asal ni cik nolie dapat dalam bahasa omputih dari email kawan cik nolie ..Bib. Saja je cik nolie terjemahkan dalam bahasa malaysia untuk impak maksima..hehe..mari la kita bersama2 renung2kan. Ceritanya begini....

Ada seorang ahli perniagaan yg berjaya dan juga CEO sebuah syarikat besar yang sudah semakin tua dan dia tahu sudah sampai masanya untuk beliau memilih seorang yg bagus dan sesuai untuk mengambil alih perniagaan beliau.

Tanpa memilih calon tersebut dari salah seorang pengarah beliau mahupun anak beliau sendiri, beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan cara yang tersendiri dan berbeza untuk memilih pengganti beliau.

Dengan itu, pada suatu hari, ahli perniagaan ini telah memanggil kesemua pegawai2 muda di syarikat beliau berkumpul.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan memilih pengganti saya untuk jawatan CEO ini" kata beliau.

"Saya bercadang untuk memilih salah seorang daripada kamu".

Semua pegawai muda tersebut terperanjat tapi CEO tersebut menyambung kata2nya.

"Hari ini saya akan memberi kamu sebutir benih yang istimewa.  Kamu hendaklah menyemai dan menyiram air pada benih ini dan dalam tempoh setahun dari sekarang, kamu datang semula kepada saya dgn membawa apa sahaja yg tumbuh dari benih yang saya beri ini."

"Saya akan mengadili kamu semua berdasarkan tanaman yg kamu bawa dan salah seorang dari kamu akan terpilih sebagai pengganti saya.

Salah seorang pegawai muda bernama Jim juga berada disitu dan seperti yang lain2nya, dia juga menerima sebutir benih dari CEO itu.

Jim pulang kerumah dan dengan penuh keterujaan dia memberitahu isterinya tentang apa yang berlaku. Isterinya membantu dia mendapatkan pasu, tanah dan baja. Jim tanpa berlengah terus menanam benih tersebut.

Setiap hari dia akan menyiram air dan cuba melihat pertumbuhan benih tersebut. Selepas 3 minggu hari berlalu, beberapa orang pegawai muda yang terbabit mula bercerita tentang benih dan pokok yg mula tumbuh. Jim kerap memeriksa benih yg beliau tanam tapi tiada apa yg tumbuh lagi.

3 minggu, 4 minggu, 5 minggu berlalu..masih tiada perubahan. Waktu ini semua orang bercerita tentang pokok mereka tapi Jim masih tidak mendapat apa2 dan dia merasakan dia sudah gagal.

6 bulan berlalu, masih tiada apa2 perubahan pada pasu Jim. Pada masa ini, Jim tahu yang dia telah 'membunuh' benih yg diberi oleh CEOnya. Semua orang sekarang mendapat pokok yg besar dan tinggi tetapi beliau tiada apa2. Jim langsung tidak bercerita apa2 kepada rakan2nya. Walaubagaiman pun, dia tetap menyiram air dan meletak baja kepada tanah tersebut...dia begitu teringin melihat benih tersebut tumbuh.

Akhirnya tempuh setahun sudah tiba dan semua pegawai2 muda di syarikat itu membawa pokok-pokok mereka berjumpa CEO untuk penilaian.  Jim memberitahu isterinya yg dia tidak akan pergi dengan pasu yg kosong tetapi isterinya menyuruh dia untuk bersikap jujur dan meberitahu perkara yang sebenar.

Jim mula berasa gusar dan sakit perut. Dia pasti hari ini akan menjadi satu hari yang paling memalukan dalam hidup beliau akan tetapi dia juga tahu apa yang dikatakan oleh isterinya adalah benar.

Jim membawa pasu kosong beliau kebilik dimana semua orang berhimpun.  Bila Jim tiba, dia merasa sangat kagum melihat pelbagai jenis tumbuhan yg telah berjaya ditanam oleh pegawai2 yg lain.  Semuanya cantik2 dan mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.  Jim meletakan pasu kosong beliau dilantai. Ramailah dikalangan rakan2nya itu ketawa melihat pasu Jim. Tak kurang juga yang bersimpati dengan beliau.

Bila CEO tiba, dia memeriksa bilik tersebut dan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yg ada.

JIm cuba berselindung di belakang kerana malu.

"Wahh, cantiknya tumbuh2an, pokok2 dan bunga2 yang kamu semua dah berjaya tanam," kata CEO.

"Hari ini salah seorang dari kamu akan dilantik sebagai CEO yang baru untuk menggantikan saya".

Tiba-tiba, CEO terpandangkan JIm yang berada bahagian belakang bersama pasu beliau yg kosong dan mengarahkan Ketua Akaun membawa Jim kedepan.

Jim sangat takut. Dia rasa CEO tahu sekarang yang beliau adalah seorang yang gagal dan mungkin akan memecatnya.

Bila Jim sampai di depan, CEO bertanya apa yang telah berlaku kepada benih yang diberi.

Jim kemudian menceritakan apa yang berlaku.

Selesai mendengar cerita Jim, CEO mengarahkan semua orang duduk kecuali Jim. Dia memandang kepada Jim dan kemudian berkata kepada mereka semua, "Ini lah dia CEO anda yang baru! Namanya ialah Jim!"

Jim terpinga tidak percaya. Apa kata orang nanti. Macamana dia boleh terpilih sebagai CEO sedangkan dia langsung tidak berjaya menumbuhkan benih tersebut.

Seperti faham apa yang difikirkan oleh Jim, CEO berkata, "setahun yang lalu saya telah memberi kamu semua sebutir benih setiap seorang."

"Saya menyuruh kamu bawa balik, tanam, siram dan bawa semula kepada saya hari ini selepas 1 tahun berlalu. Tetapi benih yang saya beri adalah benih yang telah direbus..maknanya benih tersebut sudah mati dan tidak boleh tumbuh lagi."

"Kesemua kamu kecuali Jim telah membawa kepada saya berbagai jenis pokok, bunga dan tumbuhan hari ini."

"Sebenarnya bila kamu semua mendapati benih itu tidak tumbuh, kamu telah menggantikannya dengan benih yang lain. Hanya Jim seorang yang berani dan jujur membawa pasu dengan benih yg asal walaupun tidak berjaya menumbuhkan apa2.

"Oleh kerana itu, dia lah yang layak untuk menjadi CEO kita yang baru!!"

Moral: 
If we plant honesty, we will reap trust.
If we plant goodness, we will reap friends. 

If we plant humility, we will reap greatness.
If we plant perseverance, we will reap contentment.  

If we plant consideration, we will reap perspective.  
If we plant hard work, we will reap success.
If we plant forgiveness, we will reap reconciliation.  

So, we have to be careful of what we plant now; it will determine what we will reap later.    

 
TRUTH ALWAYS WINS


No comments:

Post a Comment