Thursday, November 11, 2010

REALITI RUMAH TANGGA

Cuba kengkawan tgk kartun di bawah ni..dalam lawak nya tu ada message yg tersembunyi.

Emmm...susah jugak nak cakap pasal ni tapi dari sudut pandangan cik nolie semuanya kena mula dari awal kita kawin. Cik nolie sendiri memang dah wat perjanjian sebelum cik nolie kawin ngan hubby yg apa2 pun mesti dibawa berbincang ..x kisah la hal remeh ke atau hal serius.  Alhamdulillah cik nolie dapat suami yang boleh dibawa berbincang dan setiap apa pun yang kami nak buat mesti bincang dulu..dpt keputusan baru bertindak. Begitu la sehingga ke hari ini..alhamdullilah bila begitu banyak masalah boleh di selesaikan dgn cara yg betul dan berkesan.

Bohong la kalau cik nolie cakap kalau cik nolie dan suami x penah gaduh. Biasala suami isterikan tapi apa yang kami praktik kan ialah bila sorang panas sorang kena le sejuk (makna diam)..kalau x boleh salah sorang kena kuar tenangkan diri...selalunya hubby ler kuar..cik nolie lak besanya bawak tidor..haha. Kalau x leh gak..g jumpa kaunseler la ye..hehehe.


No comments:

Post a Comment