Thursday, November 18, 2010
MAKRUH DALAM SOLAT WAJIB
ENAM BELAS PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA SOLAT WAJIB ANTARANYA:-
01. Meninggalkan yang sunat.
02. Memaling muka ke kanan dan ke kiri.
03. Memandang atau mengangkat muka ke atas.
04. Rukuk dan sujud yang dilakukan dengan tidak sempurna.
05. Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud ketika hendak sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa.
06. Meludah ke kanan atau ke hadapan sebaliknya hendaklah meludah ke kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya (jika solat berseorangan dan tidak dilakukan di dalam masjid).
07. Solat dengan meletakkan kedua-dua tangannya pada pinggang seperti bercekak pinggang.
08. Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam seperti perkataan subahanallah bagi lelaki manakala wanita dengan menepuk belakang tangan sekali sahaja.
09. Mengira atau membilang sesuatu.
10. Mengangkat tangan ke atas atau membalik-balikkanny a ketika mengucapkan salam.
11. Membuka mulut ketika menguap. Rasulullah SAW bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, Menguap dalam solat adalah dayang daripada Syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut selebar-lebarnya dengan menutupnya ) - Petikan dari Hadis Riwayat Tarmizi & Muslim.
12. Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil dan air besar atau menahan lapar.
13. Memandang kepada sesuatu yang melalaikan yang berada di hadapan seperti hamparan sejadah yang berwarna, gambar, pakaian yang berwarna-warni dan sebagainya.
14. Menurunkan kain hingga mencecah ke lantai serta menutupi kedua-dua buku lali (bagi lelaki).
15. Solat dalam keadaan mengantuk.
16. Membunyikan ruas-ruas tangan (meletupkan anak-anak jari).
Labels:
Koleksi pedoman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment