Thursday, November 18, 2010

KHASIAT HALBA

Article ni cik nolie dapat dari norhayati neetmat. Setahu cik nolie orang guna halba ni dalam masakan cam kari dan nasi dagang tapi rupa2nya banyak kelebihan halba nih. Mudah2an boleh la digunakan dalam kehidupan kita sehari2.


Rasulullah saw bersabda :-
  
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas?'

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang   murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai   mamak sahaja.
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah   datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.  

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat' ( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.   Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba??

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang   berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Wallahualam...

  

No comments:

Post a Comment