Semalam nak masak udang..puas pikir nak masak apa. Akhirnya cik nolie wat keputusan masak sos je. Hubby lak x kisah. Kenapa cik nolie panggil masak sos? Sbb masak campur2 je sos yg ada..hehe. Resepi paling senang dan sempoi..pejam mata pun leh masak..ye ke..hua3
Bahan-bahannya:-
15ekor udang sederhana saiznya *buang kepala je
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah saiz besar (tumbuk)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1 sudu besar cili kisar
8 sudu besar tomato sos
6 sudu besar cili sos
1 sudu kecil kicap manis
sedikit sos ikan
secubit gula (kalau suka)
secubit garam (kalau suka)
Sedikit minyak utk menumis
1/2 cawan air
Cara-cara memasaknya:-
Panaskan minyak.Tumis bawang yg ditumbuk hingga naik bau. Masukan sos dan kicap satu persatu. Kacau rata. Kemudian masukan udang dan bawang besar.
Kacau hingga agak garing. Masukan 1/2 cawan air dan garam seckup rasa (kalau suka la).
Bila mendidih boleh la diangkat.
No comments:
Post a Comment