ni la wajah2 rakan2 skolah cik nolie..walau pun hanya 35org je tapi tetap happening..tq suma |
Setelah sebulan lebih mewar-warkan kepada teman2 hanya 30 lebih org sahaja yg setuju untuk hadir. Yang lain masing2 ada hal yg x dapat dielakkan. Nak wat camne kan..dah ada hal. Insyallah tahun depan ..almaklum acara ni setahun sekali je..hik3.
Dalam sibuk2 tu cik nolie curi2 gak masa siapkan door gift dan pape yg patut. Seb baik la hubby cik nolie sanggup tolong survey barang apa nak beli...hehe..sayang abg..hehe.
Terima kasih sangat2 kat Akmar, Yati dan Linda yg sentiasa amik tahu dan support apa yg patut..dari sebelum hingga la hari acara berlangsung...tanpa mereka mungkin kelam kabut jadinya. Cik nolie ni sebenarnya bukan apa ..x nak nyusahkan orang..seb baik diorg paham..alhamdulillah.
Cuma kali ni terlalu banyak dugaan yg cik nolie kena tempuh. 2 minggu sebelum event punya la sibuk dgn keje..berlambak2. Masa yg sama gak sibuk terima panggilan dari kengkawan yg tanya itu ini..hehe. Paling kritikal nak g pilih dan beli door gift...almaklum budget ciput. Akhirnya setelah bincang dgn yati dan akmar, kotak harta karun jadi pilihan. Ujie pulak confirm kasi pineapple tart sebagai door gift tambahan. Dalam pada tu alamak hadiah bunga x gubah lagi..akhirnya..pagi2 2/4 tu cik nolie wat suma..huhu..tampal sticker reunion kat door gift pun selesai dalam kereta..hubby punya la bising ..suka wat last minute katanya..nak wat camne dah sibuk ngan keje..apa2 pun janji siap dan kengkawan happy.
door gift for the day |
lucky draw gift from me |
best of the best dress gift from me |
ni la penyambut tetamu cik nolie..thanks yati, linda, akmar & mazita |
Selepas check suma persiapan, kitorang start menerima tetamu. Sorang demi sorang hadir..ramai juga yg lambat sbb jalan ke situ mmg sesak..hari sabtu la pulak kan. Cik nolie pun sampai 15min lagi pukul 3..ok la..kalau organiser lambat masalah lak kan..haha...tq my hubby sbb berjaya menghantar cik nolie pada masa yg ditetapkan.
Dekat pukul 4 baru la nampak penuh dan majlis dimulakan..seronok sgat tgk muka kawan2 yg hadir. seb baik la ada makanan jadi diorg x le kisah lambat start..hehe. Paling seronok ada kawan yg baru join reunion kali ini..walau pun x seramai tahun lepas tapi tetap happening dengan tema 'blue and white'. Camne pun sedih juga ramai kawan2 yg ada masa 1st reunion x dpt sama2 kali ni.
Mengacara majlis mmg penat tapi gembira sbb suma kengkawan gembira. Tapi kali ni cik nolie puas sbb dpat posing banyak..haha..sbb tahun lepas byk miss.
Paling seronok acara lucky draw. Banyak juga sumbangan kali ni..tapi cik nolie harap tahun depan lagi byk sumbangan supaya suma lagi happy. Terima kasih x terhingga pada kengkawan yg menyumbang lucky draw kali ini terutama akmar, yati dan linda (penyumbang terbesar)..x lupa juga pada mazita, gee, rozi sulaiman, norlita, anis, saari & sisters, aida ahmad dan ramai lagi..
Antara gift dari kengkawan..thanks uols |
Acara kemuncak tentu la acara potong kek. Cantik kek no. 2 kali ini. Thanks akmar kerana tolong cik nolie g tempah. Suma pun suka kek tu tapi ada yg x makan sebab dah kenyang dan lupa..hehe..maklum le dah jumpa kawan2. Lepas tu posing dan posing lagi.
Tepat pukul 6.30 majlis pun tamat dan kami pun bersurai. Lepas bersurai ada yg sambung lagi ke karaoke dan makan2 sampai malam. Maaf sangat2 cik nolie x dapat turut serta sbb hubby ada kursus malam tu..insyallah next time.
Akhir kata..alhamdullilah ya ALLAH atas limpah kurnia mu menjadikan majlis ni lancar dan menggembirakan semua kawan2 ku.
Semoga berjumpa lagi di next reunion tahun depan..insyallah.
No comments:
Post a Comment