Semalam cik nolie tak kerja so masak la tuk makan tengahari. Dah lama tak masak sayur campur dgn tofu jepun so apalagi pagi2 dah g cari bahan2 dan masak. Cik nolie kalau nak masak sayur suka beli yg baru dan fresh..baru la sedap bila dimasak..hehe. Ni style cik nolie masak sayur campur ye..sapa2 nak cuba boleh la cuba.
Bahan-bahannya:-
3 paket tofu jepun (potong bulat setebal 1cm, salut tepung gandum dan goreng)
1/4 biji bunga kobis (potong kecil ikut suka)
1 biji lobak merah (hiris bulat)
1 pek cendawan (carik2 jer..jgn halus lak)
10 ekor udang (buang kulit)
1 ketul fish cake bersayur bentuk bulat (hiris2)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 cawan air (agak2 menenggelamkan sayur)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:-
Panaskan minyak. Goreng tofu jepun yg telah dilumur dgn tepung gandum tadi hingga garing dan angkat. Atur kan di dasar pinggan hidang.
Kemudian. Tinggalkan sedikit minyak ..agak2 cukup untuk menumis dan tumis bawang hingga naik bau. Masukan udang dan fish cake. Kacau kejap..masukan sayur kobis bunga dan lobak merah. Kacau rata masukan air dan sos tiram.
Bila menggelegak jer, masukan cendawan dan garam secukup rasa...kacau sekejap boleh la diangkat.
No comments:
Post a Comment