Thursday, November 18, 2010

SAMBAL PETAI IKAN BILIS

Ari ni g pasor jumpa petai yang fresh dan besor2..apalagi cik nolie pun beli ler. Emm..dah lama cik nolie x masak sambal petai ikan bilis. Ni antara lauk peberet cik nolie. Kadang2 campur ngan udang tapi cik nolie lebih suka ikan bilis.  Sapa2 nak cuba..sila la.



Bahan-bahannya:-

1/2 cawan ikan bilis (digoreng dulu)
1 bungkus petai (digoreng dulu)
5 sudu besar cili kisar
1 inci belacan (hancur2kan)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 biji bawang besar (mayang bulat dan tumbuk2 sikit..ala2 manja gitu)
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam (leh tambah ikut selera)
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil asam jawa adabi (leh tambah kalau nak masam lagi)
(kalau x de..buh ler air asam secukup rasa)
minyak tuk menumis (dlm 1/2 cawan)


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.

Masukkan cili, gula dan belacan. Kacau hingga garing. Masukan ikan bilis dan petai yg telah digoreng tadi.

Buh air, asam dan garam secukup rasa. Kacau hingga naik minyak...leh la angkat.



1 comment:

  1. alamak terliur gak nie...sambal ikan bilis petai...nyum3...sape nak tolong uatkan nie...tak rajin ler...he3...

    ReplyDelete