Tuesday, November 2, 2010

KISAH SAHABAT KU HAYATI

Hari ni bertarikh 3/11/2010. Hari ni adalah hari lahir sahabat baik cik nolie yang bernama Hayati Abdul Kadir. Emm dah masuk 40 gak ye...hehehe. Welcome2.

Seperti yg cik nolie ckp sebelum ni.. cik nolie mmg ramai kawan tetapi yati merupakan seorang sahabat yang sentiasa berada disamping cik nolie dari dulu hingga kini tak kira dalam keadaan susah atau senang. Sahabat yang tidak pernah terpisah dari zaman sekolah, zaman belum kawin, zaman dah kawin hingga zaman dah ada anak besar2 nih.  Seorang sahabat yang boleh dipercayai, dibawa berbincang dan sentiasa membantu sedaya dirinya.  Kalau tgk saiz memang kelakar sebab cik nolie besau sementara yati lak come lote...hehehe.. tapi bila ada chemistry..itu suma bukan halangan.


Ni gambar cik nolie dan yati masa yati dtg adik ipar cik nolie kawin di alor gajah, melaka
 Cik nolie mula kenal dengan yati masa cik nolie tingkatan 4. Kami sama2 masuk kelas 4Sains2. Cik nolie selalu gelak sorang2 kalau ingatkan cite dulu2. Kami kamceng bertiga. Lagi sorang namanya Ruzita Senin. Walaupun ujie ni jiran cik nolie dari kecik tapi kalau dalam berbincang tentang masalah dalaman cik nolie tetap cari yati..x tau kenapa..mungkin serasi kot..hehehe..yela kalau ikut zodiak pun Libra mmg selesa dengan Cancer (kebetulan hubby cik nolie pun cancer gak..hehe). Lagi satu tarikh lahir yati dan ujie senang nak ingat sebab no sama cuma diterbalikkan jer...yati~3/11..ujie lak 11/3.  Selepas sekolah kami tetap berhubung dan ditakdirkan berkerja dibawah satu bumbung..PETRONAS..emm lagi la kitorang rapatkan.  Itu pun yati juga yg kasi lubang dan tolong fwdkan CV. Masa tu kat dayabumi..boleh katakan selalu gak kitorang makan sama2. Segala cerita dan rahsia kami kongsi sehingga la yati kenalkan dgn fimi (skrg suami yati) dan alhamdullilah fimi jenis ok dan boleh get along. Masa tu cik nolie dah bertunang dgn suami cik nolie skrg. Lepas kawin pun kitorang selalu gak jumpa dan fimi boleh get along ngan suami cik nolie...dan berlanjutan sehingga la sekarang.  Alhamdulillah anak2 pun leh get along..itu yg best tu.  Selalu juga kami gathering sama2..paling x blh lupa kitorang g tour singapore..best gilezz..bebudak pun enjoyzz abis.


Ni gambar masa yati belanja kitorang makan kat Ampang Yong Tau Foo

Walaupun kini cik nolie dah duk Melaka tapi kami tetap berhubung. Walaupun jarang dpt jumpa tapi kami sentiasa mengikuti perkembangan masing2.  Ada kelapangan cik nolie akan berkunjung kerumahnya...tambahan pulak yati pandai menghias rumah...kami selalu bertukar2 idea.

Dan yang paling penting jasa yati pada cik nolie begitu besar dan cik nolie akan kenang sampai bila2. Cik nolie pernah ada masalah duit dan orang pertama yg cik nolie cari adalah dia dan tanpa banyak soal dia memberi pinjam pada jumlah yg agak besar tanpa mempersoalkan bila perlu dibayar. Dari situ cik nolie boleh nampak betapa yati begitu tulus dan percaya kepada cik nolie. Kepercayaan itu la kunci kepada persahabatan kami..walaupun antara kami ada perbezaan.


Ni gambar semasa g beraya rumah yati bersama kawan2 lain ~ akmar & linda
 

Ni anak cik nolie~zamir dan anak yati~akashah yg kamceng
 Bagaimanapun syukur alhamdulillah kepada ALLAH kerana menganugerahkan cik nolie kawan-kawan yg ramai dan baik..dan tambah bersyukur dikurniakan salah seorang sahabat yg bernama Hayati Abd Kadir yg sentiasa faham dan bertolak ansur dalam banyak hal. Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat kami. Begitu juga harapan cik nolie pada persahabatan cik nolie kepada kawan2 yang lain.

Akhirkata semoga ALLAH memberkati dan merahmati sahabatku ini didunia mahupun akhirat. Semoga segala jasanya pada cik nolie selama ini dibalas ALLAH hendaknya.

FRENZZ 4 EVERR!!

No comments:

Post a Comment