Hari Isnin, 15hb November 2010 cik nolie cuti dan datang KL. Sebab apa? sebab kawan cik nolie yg kat Hong Kong tu singgah KL lepas g cuti2 di Langkawi. Seronok sgt sebab dah lama kami tak jumpa.
Cik nolie kenal dia dah lama..since 2006 (kalau x silap). Pernah jumpa 2-3 kali di Hong Kong dan Shenzhen masa cik nolie g sana sbb meeting dan kursus. Tak sangka kami boleh rapat walaupun duk jauh. Dulu kami kena coverline sbb dia merchandiser dan cik nolie vendor..bukan apa polisi syarikat dia x boleh rapat dengan vendor..boleh dibuang keje. Skrg ni x risau sgt sbb dia dah tukar department lain dan x de kena mengena dgn cik nolie lagi..hehe.
Kami dah plan nak jumpa ni dah lama cuma alhamdullilah tahun ni Fion dapat datang bercuti di sini..nak harap cik nolie g sana..payoh lerkan..almaklum ler kos nak g cuti disana tu ribu riban...hehehe. Mula2 dia plan nak g melaka tapi last minute tukar jumpa kat KL...seb baik ler cik nolie ada rumah kat KL gak.
Alhamdullillah semua plan berjalan lancar walaupun sabrina demam lak ari tu. Cuma x dapat nak bawk dia round KL sbb jem gilez, sabrina demam dan hari hujan lak so cik nolie cuma amik dia kat hotel swiss garden kemudian bawak dia datang rumah cik nolie kat serdang ni jer..makan2 pas tu hantar diorg balik semula ke Times Square.
Sebelum datang Fion ada tanya cik nolie nak apa. Cik nolie ni mmg suka fridge magnet so kebetulan masa tu dia kat Shanghai ada expo dia belikan la cik nolie magnet tu..cantik..tima kasih Fion. Kat sabrina pulak Fion belikan purse comel muka panda...suka sabrina..hehehe.
Fion mmg tau cik nolie suka masak so dia mmg suruh cik nolie masak tuk dia bila dia datang sini so ari tu cik nolie buat kari ayam (peberet dia), sambal udang, nasi impit dan karipap. Untuk tambahan cik nolie beli roti canai kat bawah rumah cik nolie nih. Walaupun tiada pinggan mangkuk yg canggih2 maklum ler kat umah kl ni mmg sempoi tapi dia betul2 suka dan makan penuh kusyuk. Boyfriend dia pun sama. Seronok sgt cik nolie tgk..hehehe. Diorg lak suka pedas..so no problem la.
Yang x syioknya kamera cik nolie lak wat hal..bateri abis..seb baik kamera dia ada..huhu. Gambor makanan tu jer yg dpt snap.
Lepas habis makan cik nolie dan hubby hantar diorg balik ke Times Square sbb diorg nak soping kat situ. Lepas hubby guide diorg nak g Jln bukit bintang, kitorang pun berpisah. RAsa sedih bila berpisah tapi tetap seronok sbb kitorang dapat jumpa lagi.
Fion harap sangat cik nolie & family dapat g Hong kong lepas nih. Insyallah cik nolie akan g sana lagi dgn family lak lepas dapat kumpul duit yg cukup.hehehe.. almaklum la ..mahai beb.
Mudah2an cik nolie dapat jumpa Fion lagi...insyallah.
No comments:
Post a Comment