Emmm..cuaca kat luar yg sejuk jer nih cukup best kalau dapat makan karipap panas2. Crite pasal karipap..cik nolie mmg suka wat karipap...selalu wat simpan kat frozen. Bila teringin..leh terus goreng jer..panas2 lagi. Lagi satu puas sbb bila wat dpt byk..kalau beli 3 jer dah singgit..kecik lak tu..rugi2...hehe. Kat sini cik nolie post kan resepi karipap cara cik nolie ye..sapa nak cuba leh la cuba. Kalau malas tu order jer ngan cik nolie..hehe.
Bahan tuk inti:-
1/2 kilo kentang (potong dadu)
1 sudu udang kering/ikan bilis (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 biji bawang besar india (potong dadu)
2-3 sudu besar rempah kari
sedikit daun sup
garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:-
Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Kacau rata.
Kemudian masukan kentang dan bawang besar. Gaul rata dan masukan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan air dan daun sup. Air tu agak2 tuk lembutkan kentang. Kacau hingga inti betul2 masak. Angkat dan sejukan.
Bahan tuk kulit:-
1/2 kilo tepung
1 1/2 sudu besar marjerin (dimasak ngan 1/4 cawan minyak)
1 sudu besar garam bancuh dgn 1 cawan air panas (sejukkan)
Cara membuatnya:-
Minyak & marjerin yg dimasak tu panas2 tuang ditengah2 tepung. Gaul rata.
Masukan air garam sedikit demi sedikit hingga uli adunan hingga sebati dan lembut. Kalau kurang lembut tambah air sedikit demi sedikit. Kemudian bulat2kan kecil2.
Canaikan doh (agak2..jgn nipis sgt). Letak inti dan klim kemas2.
Taraa..dah siap.
Kalau nak tukar udang kering ke daging lembu atau ayam boleh jugak. Anggaran dalam 3/4 cawan.
ReplyDelete