Tuesday, November 2, 2010

AMALAN MENGELAK SANTAU

Panduan ni cik nolie dapat dari email kawan cik nolie, Mazliza. Panduan ini dipetik dari buku 'Kaedah perubatan islam oleh Ustaz Ismail Kamus'.  Sebenarnya cik nolie dah lama tau surah ni tapi ini baru tahu antara kelebihannya.


Apakah amalan yang biasa dilakukan untuk menghindarkan diri dari terkena santau terutama melalui minuman dan makanan?

Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah SURAH AL-QURAISY satu kali.



Setelah sampai, bacalah SURAH AL-QURAISY lagi satu kali.

Setelah dibaca ayat tersebut, lihat bayangan wajah kita di dalam air.
Sekiranya kelihatan bayangan wajah kita, maka di bolehkan kita meminum air itu tetapi sekiranya tidak kelihatan, maka sebaiknya jangan diminum.

Sebelum makan pusing sedikit pinggan dan bacalah SURAH AL-QURAISY.  Jika terdapat racun santau maka insyallah pinggan itu akan pecah dengan izin allah.

SURAH AL-QURAISY hendaklah dijadikan amalan kita seharian untuk mengelak terkena racun santau atau sebarang gangguan..INSYALLAH.

Perhatian:-
Sekiranya setelah diamalkan, kita tetap terkena, harus kita redho dengan ketentuan itu..sesungguhnya pasti ada sebab disebaliknya. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment