Wednesday, February 16, 2011

PETUA MEREDAKAN DEMAM DENGGI

Cik nolie dapat petua ni dari kawan cik nolie..Masliza..pengalaman kawannya..wallahualam.


Sunday, February 6, 2011

SAMBAL SARDIN

Hehehe..ni resepi paling sonang. Menjadi menu utama bila x de menda nak masak. Sardin tin mmg sentiasa ada stok kat umah cik nolie. Makan ngan nasi sodap...ngan roti dan cecah cekodok pun sodap. Kat bawah ni resepi sambal sardin versi cik nolie ye. Sapa2 nak cuba tu sila2 la.




Bahan-bahannya:-

1 tin besar ikan sardin Marina (Kalau dapat cap ayam lagi marvelous)
3 ulas bawang putih (tumbuk~kalau malas..hiris jer)
3 ulas bawang merah (tumbuk~kalau malas..hiris jer)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
2 sudu besar cili kering kisar (nak pedas leh tambah sikit lagi)
1 cawan air
1 sudu kecil asam jawa adabi
1 sudu kecil garam (leh tambah ikut kesesuaian rasa)
Minyak secukupnya


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan merah. Masukan cili kisar. Bila garing masukan bawang besar. Kacau kejap..masukan sardin bersama sosnya sekali.

Bila kuah sardin tu nampak dah garing, masukan air, asam jawa dan garam secukup rasa. Biar hingga mendidih dan naik minyak, boleh la ditutup api dan diangkat..dah siap.


p/s~kalau hubby cik nolie terlebih rajin skit..dia p goreng dulu ikan tu..cik nolie ni x bape rajin..keh3