Saturday, December 15, 2012

NASI MINYAK CHENOLIE

Assalammualaikum,

Alhamdulillah minggu ni dah semakin sihat dan bersemangat. Hari lak cuti teringin sangat nak wat nasi minyak. Bonda ada ajar tapi dah lupa jadi g la cari kat tenet. Jumpa resepi sempoi dari mrsdayat@myresepi.com. Tapi biasa la masa masak tu ada gak tukar sikit2..agak2.




Bahan-bahannya:-
3 cawan beras - cik nolie guna cawan plastik size sedang (basuh dan toskan)
4 cawan air (guna bekas yg sama sukat beras)
1 labu bawang besar (hiris2)
1in halia (hiris2)
3 ulas bawang putih (hiris2)
2 helai daun pandan (carik2 dan simpul)
3/4 susu cair
3 sudu kecil minyak sapi tuk menumis
sedikit rempah tumis
1 sudu kecil garam kasar
sedikit kismis dan gajus untuk hiasan
sedikit perwarna kuning

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak sapi. Tumis bawang, halia, rempah tumis dan daun pandan.

Bila dah garing dan naik bau...masukkan air dan tutup periuk. Biar mendidih. Masukkan garam dan beras.

Biar hingga hampir kering, masukan susu pula. Kacau dan biarkan hingga kering sedikit..titikkan sedikit di 3 kawasan nasi dan gaul. Masukan gajus dan kismis, tutup periuk dan biar hingga nasi masak.


Friday, November 9, 2012

KUEH TEOW GORENG BASAH

Assalammualaikum,

Sebelum ni cik nolie ada post resepi kueh teow goreng tapi yg ni versi basah dan sempoi..maknanye bahan2nye pun sempoi...hehe. Anak bujang cik nolie tu teringin sangat. Sesiapa nak cuba sila la.




Bahan-bahannya:-

2 bungkus kueh teow
1 bungkus bebola ikan yg putih (belah 2)
15 ekor udang hidup (buang kulit)
3 ketul tahu goreng (potong dadu sedang2)
seikat kucai (bersihkan dan potong dalam 1in panjang)
semangkuk kecil taugeh
2 sudu besar cili kisar
sedikit tomato sos
sedikit sos ikan
sedikit kiub ikan bilis
4 cawan air panas (agak2)
1 biji telur
kicap pekat ikut suka (agak2)
4 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau dan masukan cili kisar..kacau hingga garing.

Masukan udang, tahu dan bebola ikan. Kacau lagi.

Masukan sos, kicap dan kiub ikan bilis. Masukan kueh teow. kacau rata.

Masukan 1 cawan air. Kacau lagi. Ketepikan kueh teow dan pecah telur..kacau2 hingga separuh masak gaulkan bersama kueh teow. Kacau lagi...tambah baki air..masukkan kucai dan taugeh serta garam secukup rasa. Kacau dan boleh la diangkat..api jangan besar takut kering. Kalau kering tambah je air panas.

Walla..siap

KACANG BOTOL GORENG BERLADA BERSAMA BELACAN

Assalammualaikum,

Baru ada mood dan masa nak update blog. Resepi kali ni sempoi je. Terima Kasih pada makcik siti yang beri kacang botol. Memang teringin nak makan goreng belacan. Tapi kali ni saja je letak cili kisar..alhamdulillah rasanye x mengecewakan.




Bahan-bahannya:-

secekak kacang botol - potong serong / ikut suka
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kisar
1 inci belacan
minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kecuali kacang botol. Kacau hingga betul2 garing baru masukkan kacang. Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat. Kalau suka masin..letak sikit garam.

Siapp..

Sunday, October 21, 2012

KEK CAWAN (BASE KEK BUTTER)

Assalammualaikum,

Hari ni terlebih rajin wat kek butter sempoi tapi gatal lak nak jadikan cup cake. So resepinye sama je..leh tgk kat kek butter sempoi tapi touch sana sini jadi la cup cake cam kat bawah ni.


KEK CAWAN COKLAT RICE



Cara membuatnye:-

Adunan kek butter tu di campurkan dgn sedikit susu pekat dan coklat rice. Sudukan dalam acuan cup cake dan tabur lagi coklat rice kat atas. Bakar pada suhu 180 dan bakar selama 19min.



KEK CAWAN WARNA WARNI



Cara membuatnye:-

Adunan kek butter tu dibahagi kepada 3 bahagian. Di campurkan dgn sedikit susu pekat dan warnakan ikut suka. Sudukan dalam acuan cup cake ketiga2 warna tersebut dan tabur ceri campur2 kaler kat atasnye. Bakar pada suhu 180 dan bakar selama 19min.


Taraaa..dah siap cup cake make over cik nolie.


Monday, September 24, 2012

MEE REBUS

Assalammualaikum,

Kali ni cik nolie nak post resepi mee rebus pulak..hehe. Masak masa raya haritu sebenarnya tapi baru sekarang ada masa nak post resepi.

Masa tu kengkawan Joubert nak datang rumah. Pikir punya pkir apa nak masak ..selak2 la buku resepi. Emm nampak la resepi mee rebus..tgk resepi cam mee udang pun ada ..cam mee bandung pun ada. Belasah je la kan..hehe. Akhirnya selamat gak cik nolie mengexperimen resepi dari buku tu yg x penah cuba lagi. Cuma kena ubah gak sikit sana sini kasi mantop. Gambar mee yg siap hidang x sempat amiik sbb dah licin..hehe.



Bahan-bahan mee dan sampingan:-

1kg mee kuning (basuh dan celur)
secekak sawi (bersihkan, celur dan potong2)
Sedikit taugeh (celur air panas je)
6 keping tahu putih (letak garam dan goreng kemudian potong2 kecil)
beberapa biji limau kasturi (belah 2 je)
5 biji telur (rebus dan belah 4/6)
Daun sup dan daun bawang (di hiris2)


Bahan-bahan untuk kuah:-

600g tulang /ekor (rebus untuk stok) ~ tapi cik nolie tak buat nih
300g daging (hiris2 dan rebus hingga empuk)
300 ekor udang (amik kulit basuh2 dan rebus untuk stok. udang asingkan)
300g keledek campur 300g kentang (rebus dan lecek hingga lumat)
1 senduk cili kisar (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian kepedasannya)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
5 camca besar sos tomato
1 senduk besar air gula merah (yg dah dimasak awal2) - kalau suka manis letak le lebih
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara memasak kuah:-

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg telah ditumbuk hingga naik bau, masukan cili kisar. Goreng hingga garing.

Bila dah garing masukkan udang sekejap dan angkat. Masukan pula daging berserta semua air stok (masa buat stok tu agak2 la airnya).

Masukan pula keledek dan kentang yg telah dilecek, sos tomato, air gula merah dan garam secukup rasa. Dalam resepi ni xde asam tapi cik nolie saja je letak sekeping asam keping..hehe...ok je.

Kacau la hingga kuah likat. Masa yg sama masukkan semula udang tadi.

Dah ok kepekatan dan rasa kuah boleh la tutup api dan hidangkan bersama mee dan bahan2 sampingan tadi.




MURTABAK PISANG

Assalammualaikum,

Sambungan dari cite buat roti canai..teringin pulak nak buat murtabak pisang. Lama sungguh x buat. Resepi ni aruah abah cik nolie yg punya. Kalau dulu mmg suka sgt dia makan ni. Kalau buat roti canai mesti ada murtabak pisang dan roti canai telur kucai. Makan panas2 sedap sgt. Cuma cik nolie x brapa suka sbb manis. Kalau roti telur kucai...emmmm...malatop..hehe. Resepi ni untuk wat 3 keping murtabak pisang.



Bahan2 untuk intii murtabak pisang:-


3 biji pisang emas/lemak manis (buang kulit dan hiris nipis)
1 biji telur
1/2 sudu besar gula (nak manis tambah lew)




Campurkan semua bahan hingga sebati. Siap tuk dibuat murtabak.


Cara membuat murtabak:-


Amik doh roti canai letak minyak secukupnya dan leper2kan. kemudian kibar2kan hingga nipis dan melebar. Kalau reti tebar lagi bagus la..heehehe..pastu letak inti tadi. tutup ke empat2 bahagian cam kat bawah. Sementara tu panaskan kuali dan letak minyak secukupnya. Dah panas..letaklah murtabak tadi.



Goreng murtabak dgn api sederhana. Balik2 kan hingga garing kedua2 bahagian cam kat bawah.


Dah siap!!!


Sunday, September 23, 2012

KARI SARDIN DENGAN KENTANG

Assalammualaikum,

Sekarang ni cik nolie nak post resepi Kari Sardin dengan kentang pulak. Biasa masak ni kalau buat roti canai atau puri. Cicah cekodok kosong dan lempeng pun sodap. Lepas tu wat lauk tengahari sekali..hehe..dua dalam satu. Lauk ni memang kegemaran hubby dan anak2. Sesiapa yang nak cuba tu sila la...sempoi je.



Bahan-bahannya:

1 tin sardin (kuah buang separuh)
3 biji kentang (potong ikut suka)
*1 labu bawang besar (1/2 tumbuk, 1/2 hiris2 je)
*1in halia (tumbuk)
*3 ulas bawang putih (tumbuk)
*1 batang serai (tititk je)
*3 tangkai cili kering
*sedikit daun kari (xde pun x pe)
2 senduk rempah kari
1 sudu besar serbuk lada
1/2 kotak santan kotak kara
2 keping asam keping
*rempah 3 sekawan
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda *. Setelah garing masukan serbuk lada dan rempah kari serta sedikit air. Kacau hingga naik minyak masukan air yg lebih tadi. Masukan kentang. Biar hingga kentang empuk.

Bila kentang dah empuk, masukan sardin bersama baki sos tomato. Masak sekejap dan masukan santan, garam secukup rasa serta asam keping. Kacau berhati2 supaya sardin x hancur.

Bila kuah pekat dan berkilat boleh la tutup api dan dihidangkan. Kalau pekat sangat tambah air panas.

Selamat mencuba.






ROTI CANAI

Assalammualaikum,

Lamanye cik nolie x update blog. Sibuk sgt dgn tugas harian dan tempahan kuih frozen..alhamdulillah.

Semalam dari pagi sampai petang sibuk dgn seminar. Insyallah sedikit masa lagi cik nolie akan share peluang perniagaan ni dgn semua. Pape pun hari ni memang malas nak kuar sarapan. Semalam tanya hubby dan bb sabrina nak makan apa..jawap mereka roti canai la...hehe.

Roti canai ni yg ajar cik nolie buat sudah tentu la bonda. Selalu gak cik nolie buat dulu masa abg zamir masih ada kat sini. Cuma hari ni berkesempatan tuk post kat blog ni. Tambahan adik ain sibuk suh post resepi.

Biasa cik nolie buat ikut resepi bonda main campak2 je..kali ni betul2 sukat supaya senang nak post dan org ikut. Kali ni cik nolie ubah sikit resepi lepas tgk respi org lain letak telur. Pastu selalu tgk kat kedai diorg perap ngan marjerin je. Jadi kali ni yang beza cik nolie tambah telur dan perap dgn marjerin je. Yg lain sama cam biasa. Biasa x letak telur dan perap dgn minyak je. Sesiapa yg nak cuba tu sila la...insyallah pasti jadi.


Roti canai yg garing tapi lembut didalam makan bersama kuah kari sardin

Bahan-bahannya:

1kg tepung gandum
450ml air
2 sudu besar susu pekat *paras sudu je
1 biji telur
2 sudu kecil garam
2 sudu marjerin - untuk uli bersama doh
marjerin secukupnya (agak2) tuk salut doh semasa perap (salut ngan minyak pun leh gak)

Cara membuatnya:-

Masukan air kedalam bekas. Campurkan garam, susu pekat dan telur. Kacau sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit hiingga habis dan uli hingga tidak melekat.

Masukan 2sudu besar marjerin dan uli lagi hingga sebati dan tidak melekat.

Bahagikan doh kepada beberapa doh kecil yg di bulat2kan. Buat hingga habis dan sapu marjerin. Perap semalaman. Boleh dpt dalam 16-18 biji.



Esoknya leper2kan doh macam ni.



Kemudian boleh la ditebar satu persatu. Cik nolie tak reti tebar so tarik2 tepung tu hingga lebar kat dulang sehingga nipis kemudian lipat dan gulung jadi camni.


Selepas dibiarkan beberapa minit. Bolehla dileperkan camni dan digoreng atas kuali leper/non stick.




Bila dah garing cam tu..angkat dan tepuk2 bagi lembut. Taraa siap untuk dihidangkan...yum3..cuba la.







Friday, July 13, 2012

SAMBAL UDANG

Assalammualaikum,

Hari ni cik nolie kena keje. En. Hubby minta special request masak nasi lemak untuk dia dan bb. Tgk peti sejuk ikan bilis dah abis. Tgk tempat beku a'haa ada udang la. Jadi cik nolie pun wat le nasi lemak pagi ni berlaukan sambal udang, telur rebus dan timun. Simple je. Boleh makan sampai tengahari..jadi kalau cik nolie lambat pun family ada benda nak makan..kannn.

Sebelum ni cik nolie ada post sambal petai udang. Kali ni sambal udang je. Lebih kurang sebenarnya. Pape pun sapa2 nak cuba tu sila lah.



Bahan-bahannya:-

20 ekor udang saiz XXL
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 labu bawang besar (hiris bulat je dan tumbuk2 manja)
1inci belacan
2 senduk kecil cili kisar
Minyak scukupnya untuk menumis
sedikit gula stevia
garam secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa adabi


Cara membuatnya:-

Panaskan minyak dalam kuali.

Bila dah panas, masukan bawang yg telah ditumbuk dan kacau hingga naik bau.

Masukan pula cili kisar dan belacan serta gula stevia dan kacau hingga garing.

Bila dah garing, masukkan udang yg telah dibersihkan, kacau rata, masukan sedikit air, garam dan asam jawa.

Kacau hingga naik minyak boleh la diangkat dan dihidangkan.

2 TABIAT WANITA YG BAWA MEREKA KE NERAKA

Assalamualaikum wr wb ..

Terkedu cik nolie baca email dari kawan ni. Sesungguhnya kita selalu x prasan kesalahan2 yg kita lakukan. Mudah2an menjadi peringatan untuk diri cik nolie sendiri dan para wanita.



Dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa ' . Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
> "Assalamu ' alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
> Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
>
> Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian?
> Adakah sebab kami ini kufur? "
> Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
> menjerumuskan kamu ke dalam neraka:"
>
> 1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
> 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
>
> Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
> 1. Banyak beristighfar
> 2. Banyak bersedekah.
>
> Keterangan:

> Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah: >
> Contoh 1 > Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin
> berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
> Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. 
> Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
>
> Contoh 2 > Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
> ni jugak nak habis."
>
>
> Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I ' tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini
> bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
>
> Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham.
> 'Suami ' . Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa seorang isteri, jika seumur hidup
> engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang > dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
> (Terjemahan langsung dari Arab).
>
> [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
> "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun ' ]
>
> Rasulullah SAW sambung lagi , ' Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu
> pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.
> ' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, > kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
> seperti yang disebutkan tadi.
>
>
> Fadhilat beristighfar: >
> a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai > orang yang lupa (nyanyuk). "Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
> SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X > sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
> amalan-amalan harian kita.
>
> b ..Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham
> dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
> berdukacita"
>
> c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta
> benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
> dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
>
> 1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak
> menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah
> ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
> Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama
> beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
>
> Diriwayatkan juga,
> Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam
> kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-
> satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
>
> 2. Memberi salam.
>
> 3. Memaniskan wajah.
>
> Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah
> menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
>
> "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh
> Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk
> yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. >
> " SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Sunday, July 8, 2012

STEW EKOR LEMBU

Assalammualaikum,

Bulan puasa hampir menjelang. Teringat pulak kat resepi member masa keje petronas dulu yg kitorang panggil 'Kak Long'. Stew ekor yg kak long buat mmg superb. Alhamdulillah dia x kedekut dgn resepi so cik nolie dapat le belajar dgn dia cara wat stew ni. Mmg sedap makan dgn roti perancis/nasi impit. Tadi cari punya cari resepi ni akhir nye jumpa. Saja je cik nolie post kat blog ni takut hilang. Cik nolie pernah buat sekali dulu masa duk kat KL. Habis licin satu piuk..hehe. Cuma kat blog ni x de gambar la sebab belum masak dan belum ambil gambar. Sapa2 nak cuba sila la ye. Nanti kalau dah masak dan boleh ambil gambar cik nolie update...ngeh3.

stew ekor makan dgn roti bakar..kalau dpt roti perancis lagi mengancam


STEW EKOR LEMBU:

Bahan-bahan
2 kilo ekor lembu
10 biji bawang Puteh
2 peket rempah soup adabi
½ peket rempah kari (rempah daging adabi)
½ botol tomato sos
3 biji buah tomato ( dibelah 6 )
1 kilo ubi kentang
2 biji carrot
1 peket kecil sayor campur (campuran kacang pies+carrot+jagung)
4 in halia
1 sudu teh jintan manis
2 kayu manis
1 peket kecil bawang goring
2 sudu minyak untuk menumis
Secekak daun sop
Garam secukup rasa
1 peket kecil bawang goreng

Cara memasak:

1. Ekor direbus hingga lembut.
2. Halia diketuk dan masukan dalam rebusan.
3. Carrot dipotong 2 in dan masukan direbusan
4. Bahan tumisan:
- Bawang Puteh ditumbuk
- Rempah soup + rempah kari
- Jintan manis + kayu manis
5. Bahan tumisan dituangkan dalam rebusan
6. Masukan tomato sos dalam rebusan
7. Masukan bawang goring kedalam rebusan
8. Ubi kentang di rebus asing dan dibuang kulit, dibelah dua dan dimasukan ketika dihidang
8. Daun soup dipotong rampai dan ditabur diatas hidangan
9. Taburkan bawang goring ketika dihidang.

SAMBAL SOTONG KEMBANG

Assalammualaikum,

Hari ni permintaan si kecik nak sambal sotong. Kebetulan ada sotong kembang dalam peti sejuk..jadi tengahari tadi cik nolie masak la sambal sotong kembang tuk keluarga. Sekarang tinggal bertiga ni x msk byk2 sbb nanti x abis. Seronok tgk sabrina makan ..mmg kegemarannya sambal sotong..xkisah sotong putih/sotong kembang..janji sotong..hehe. Sesiapa yg nak cuba resepi sambal sotong kembang versi cik nolie sila lihat resepi dibawah.



Bahan-bahannya:-

1 ekor sotong kembang (dibersihkan dan potong ikut suka)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (potong bulat dan tumbuk2 kasar)
5-6 sudu besar cili kisar
1/2 inci belacan (tumbuk sekali dgn bawang)
sedikit gula (cik nolie guna gula stevia)
1 cawan air
1 sudu kecil asam jawa adabi
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak dan goreng sotong separuh masak. Angkat sotong dan tumis pula bawang dan belacan menggunakan minyak yg sama. Kacau hingga naik bau. Masukan cili kisar & gula dan kacau hingga garing. Masukan semula sotong. Kacau rata dan masukan air dan asam jawa serta garam. Biar mendidih hingga naik minyak. Kalau sotong belum lembut tambahkan air lagi dan biar hingga kering /naik minyak semula. Boleh la diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!!



SAYUR BAWANG JAMBAK GORENG BERLADO

Assalammualaikum,

Arini terajin la pulak nak update blog. Pernah makan bawang jambak? Sayur ni mmg peberet aruah abah cik nolie. Dia jugak la yg ajar resepi nih. Kebetulan minggu lepas g Tesco Cheng ada pulak bawang jambak fresh lak tu. Terus je capai. Pastu beli udang besar2. Dah terbayang dah masakan goreng berlado bawang jambak nih. Tapi yg x best nyer cik nolie sorang je yg makan sbb hubby dan anak2 x suka..huhu. Pape pun sapa2 yg nak cuba tu boleh tgk resepi dibawah. Mmg sedap makan dgn nasi panas2..x yah ada lauk lain pun.



Bahan-bahannya:-

1 ikat bawang jambak dibersihkan hujungnya, basuh bersih dan potong 1in panjang
7 ekor udang saiz XXL (buang ekor dan kepala)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Bila dah garing masukan udang. Lepastu masukan sayur bawang yg telah dibersihkan tadi. Tabur garam secukup rasa. Kacau hingga masak. Boleh la diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!!

Wednesday, June 13, 2012

ANAK KU DAH BESAR RUPANYA

Assalammualaikum,

Emm lama sungguh cik nolie x update post kat blog nih. Memang sibuk semenjak business karipap dan product new image nih. Kadang2 tu rindu sangat nak post resepi2 terbaru tapi apa kan daya..huhu.


Gambar masa zamir form 3 - tgh buat assignment kat bandar melaka

Hari ni cik nolie nak berkongsi rasa bersyukur kerana minggu ni anak cik nolie ZAMIR AKMAL akan melanjutkan pelajarannya di Kolej Universiti Shah Putra ambil dip. art and design (industrial graphic) seperti yang dicita2kannya. Tak sangka dah besar rupanya anakku ini. Dah masuk next stage dalam penghidupannya.

Insyallah pendaftarannya pada 18hb Jun ini. Kursus yg diambil ini adalah usahasama UITM Shah Alam dan UCSA. Seperti biasa syarat UITM sesiapa yang mengambil kursus A&D mesti menjalani ujian melukis dan kepekaan mata pada warna (nak tgk buta warna ke tidak). Sekira berjaya ujian tersebut barulah Zamir diterima masuk ke kursus tersebut, jika tidak kena la amik kursus lain. Mudah2an Allah permudahkan dan anak ku berjaya.

Sepanjang nak pergi ni nak gelak pun ada tengok keterujaannya nak pegi belajar tu. Dalam ekonomi yg x berapa nak baik ni cik nolie cuba beri yang terbaik tuk dia. Cik nolie pesan suh berjimat sbb kita bukan orang senang walaupun orang nampak kita cam orang senang. Alhamdulillah dia paham.

Cuma yang cik nolie risaukan sabrina sbb x pernah berenggang dgn abangnya. Jauh juga tu nak pegi Kuantan. Barang2 abang zamir semua dah siap. Adik asyik tanya abang nak pegi mana. Abang nak pegi belajar. ooo cam paham walhal x brape paham..hehe..sabrina2.

Cik nolie sendiri pun sedih jugak sbb dah patah tangan kanan sbb abg zamir rajin bantu cik nolie di dapur. Gunting cili, kopek ikan bilis, masak nasi dan mcm2 lagi. Lagi satu kepakaran abg zamir adalah buat roti jala. Kalau ada org order dia la yg tukang menjalanya...terbaek.

gambar lama adik dan abang..dimana ada abang disitu ada adik..huhu
 Barang2 dia nak bawa kesana pun cik nolie x beli semua. Nanti beli kat sana sbb x muat kereta. Rumah sewa pun dah dpt x jauh dari tempat zamir nak belajar tu. Mudah2an ok la rumah tu.

Insyallah hari ahad ni kami ke sana hingga hari selasa. Nanti cik nolie post lagi cite lepas balik nanti ye. Doakan la semuga semuanya dipermudahkan dan zamir berjaya dalam cita2nya.

Tahniah anakku walaupun hanya ke IPTS..umi harap abg zamir buat yg terbaik untuk diri abg zamir sendiri. Ya Allah kau berikan lah anakku kejayaan didunia dan akhirat. Aminn.

Wassalam.

Saturday, April 21, 2012

KEK CAWAN LOBAK MERAH SEMPOI

Assalammualaikum,

Hari ni balik seminar semangat la sangat..hehe. Mmg dah plan minggu ni nak wat kek lobak merah. On the way balik seminar singgah le beli lobak merah.

Lepas magrib tadi cik nolie pun kuarkan semua barang2 dan godek2 ikut resepi yg my beloved mum bagi aritu. cuma sbb x bape suka nenas so cik nolie x le letak. Respi mak ni x de letak kacang walnut cam respi kek lobak merah yg biasa tu. Tu sbb cik nolie cakap sempoi..sonang sgt buatnya. Lebih kurang je dgn respi kek lobak merah yg lain kot cuma respi ni kiranya termasuk kategori kek sihat..kurang manis dan kurang lemak..hehe. Kalau nak cuba sila la..kek dia mmg gebuzz sgt.

kali ni cik nolie cuba wat kek cawan lobak merah lak

Bahan-bahannya:-

4 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh bikarbonat soda
2 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan lobak merah (di sagat)
1 cawan nenas dalam tin (optional-tos dan potong kecik) -cik nolie x letak

Cara membuatnya:-

Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan minyak pukul lagi. Masukan lobak dan akhir sekali tepung yg telah di ayak bersama bikabonat soda dan baking powder.

Kalau nak letak nenas ..last sekali masukan nenas..gaul dan tuang kedalam loyang atau acuan kek cawan cam kat bawah ni. Tabur lebihan lobak merah tadi kat atas dan boleh la dibakar.



Kek cawan ni ciknolie bakar pada suhu 160 selama 24min...taraaaa..siap. Kalau nak sedap hias la atas dia dgn lemon cream cheese. Sbb kek ni x berapa manis leh gak makan ngan madu..yum3.


Sunday, April 15, 2012

NAGASARI SIMPLE VERSI CIK NOLIE

Assalammualaikum,

Hari ni tetiba rajin la pulak nak wat kuih tuk minum petang. Kebetulan ada santan lebih buat agar-agar santan. Tepung beras pun ada. Pisang pun ada..emmm teringin la plak cik nolie nak wat nagasari. Respi ni amik kat tenet tapi dah pernah experimen dan diubah suai sbb resepi asal x brapa betul..hehe. Lagi satu original resepi guna daun pisang tapi sbb malas nak cari cik nolie ubahsuai la resepi ni ikut cara sendiri. Bak kata Kak Fauziah aka G 'kita yg buat dia'...hehe.



Bahan-bahannya:-

1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2-3 biji Pisang Raja (cik nolie guna pisang berangan je..hehe..asal boleh)

Cara membuatnya:-

Campur tepung beras, tepung jagung dan santan. Kacau rata dan tapis. Masukan dalam periuk.

Masukan garam dan gula dan kacau hingga likat. Tutup api.

Panaskan pengukus. Tuang adunan tadi dalam loyang dan aturkan pisang diatasnya cam dalam gambar. Kukus selama 20-30min. Penutup kukus kena di balut dgn kain tuk mengelak air jatuh atas kuih.

Lepas 30min...taraaaa dah masak..sejukkan atau blh makan panas2 dgn cara ceduk je ke dalam piring cam kat bawah ni.



Peringatan:-

Resepi ori adalah letakkan sedikit adunan tadi atas daun pisang yg telah dilayur. Letak kan pisang yg dipotong serong panjang. Lipat daun berisi tepung tadi cam lepat tapi lebar 4 segi dan buat sampai habis. Lepas tu kukus selama 30min.

Monday, April 2, 2012

12 BARISAN MANUSIA...MENUJU KE AKHIRAT

Assalammualaikum,

Dah lama cik nolie x update blog..hehe..sibuk le wat karipap..alhamdulillah rezki Allah. Hari ni dpt email dari kawan cik nolie..sgt bagus article ni so cik nolie x buang masa post kat blog. Marila sama2 kita baca dan ambil iktibar. Wallahualam.

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT
(JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

Barisan pertama:Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Thursday, March 8, 2012

A BEAUTIFUL HADITH / HADIS YG MENARIK



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.



"Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga x sempurna
 Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur"



RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU - KAITANNYA DGN SISTEM TUBUH MANUSIA

Kenapa pentingnya kita melakukan solat di awal waktu pada setiap waktu solat? Berikut adalah rahsia kebaikan yg diperolehi apabila kita bersolat diawal waktu. Cik nolie dapat ni dari salah satu email dari rakan cik nolie dan postkan disini untuk pedoman kita semua terutamanya diri cik nolie sendiri....wallahualam.


Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang
kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang
kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini
juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada
tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia
yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan
atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang
tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la
tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu
ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu
Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf
dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk
menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam
sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh
Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah
s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan
penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang
amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam
menghadiri kelas taichinya .

Tuesday, February 21, 2012

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”



5. Orang yang menyambung mengaminkan doa imam


 Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”  

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”


10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah
 

Monday, February 13, 2012

MARGERIN ATAU BUTTER..MANA SATU YG ANDA PILIH??

Post ni cik nolie copy dari Blog Kunto Wibisono. Article ni tentang perbedaan antara mentega dan marjerin. Apa yg cik nolie nak share ialah kalau berdiet SD2 jgn risau untuk ambil mentega..pelik kan tapi itu adalah hakikat betapa specialnya SD2 diet. Tapi bukan marjerin tau..mmg x boleh sama sekali kerana tinggi jumlah karbonya walaupun ianya dari vege base.


Mentega mmg sedap disapu pada roti..yum yum


Pelbagai jenama mentega & marjerin dipasaran - yg mana satu anda akan pilih???

Apa Beda Mentega, Margarine dan Butter? Mana Yang Lebih Baik?
2012-02-13
Apa sarapan pagi anda dan keluarga anda? Apakah anda biasa makan roti yg dilapisi mentega / margarin / butter? Sebaiknya anda baca dengan teliti artikel dibawah ini karena akan membantu anda dan orang2 yang anda sayangi.

Mentega berasal dari lemak hewan, sedangkan margarin dari lemak tumbuh tumbuhan. Butter (Portugis : manteiga, mentega) itu berasal dari cream (susu). Biasanya kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Karena bahan dasarnya cream, maka bila disimpan lama di suhu ruang akan lumer. Jadi harus disimpan di lemari es. Mentega yang terbuat dari lemak hewan biasanya mengandung lebih banyak lemakjenuh/saturated fats(66%) dibanding lemak tak jenuh/unsaturated fats-nya (34%). Lemak jenuh ini biasanya berhubungan dengan tingginya kadar kolesterol dalam tubuh.


Margarin sendiri yang terbuat dari minyak tumbuh-tumbuhan dimana di vegetables oil terkandung jumlah monounsaturated - dan polyunsaturated fats yang lebih banyak dibandingkan saturated fats-nya (13-15 % saturated dan 85-87 % percent unsaturated fats). Lemak jenuh/saturated fats dalam daging-dagingan dan fatty dairy products diindikasikan akan menaikkan "bad" kolesterol (LDL cholesterol) dan menurunkan "good" colesterol (HDL cholesterol). Nah polyunsaturated fats yang "umumnya" ditemukan di vegetable oils seperti di minyak jagung ato soy oil itu LDLs nya rendah tapi HDLs nya juga rendah. Karenanya biasanya yang dianjurkan, kita mencari jenis minyak-minyakan yang dapat merendahkan LDL dan menaikkan HDL.

Mentega biasanya mengandung vitamin A, D, protein dan karbohidrat. Margarin biasanya diperkaya dengan vitamin A dan beberapa vegetables oil adalah sumber vitamin E. Semua jenis fat baik dari margarin, mentega maupun minyak tumbuhan biasanya oleh ahli nutrisi tetap didefinisikan sebagai produk berkalori tinggi. Karenanya dianjurkan untuk seminimal mungkin dikonsumsi.

Baik mentega, margarin dan minyak 100% energinya berasal dari fat (1 sdm -14 gr biasanya mengandung 11 gr lemak
(1 gr fat menghasilkan ca. 9 kalori)). Beberapa produsen margarin dan butter juga ada yang memodifikasi sedemikian rupa sehingga tercipta produk yang agak 'rendah kalori'.

Dari informasi di atas memang sekilas membuat margarine lebih memiliki "keuntungan". Namun sayangnya ketika proses pembuatannya, keuntungan ini bisa jadi "turun". Mungkin agar lebih jelas kita telusuri proses pembuatan margarin itu sendiri. Margarine dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang di hydrogenasi (atom hidrogen ditambahkan ke minyak). Dalam proses tersebut biasanya juga akan terjadi perubahan struktur beberapa polyunsaturated fatty acids (asam lemak tak jenuh) menjadi "trans fatty acids".

Menurut para peneliti, "trans fetty acids" ini aksinya mirip sekali dengan lemak jenuh/saturated fats. Karenanya dikatakan mungkin trans fetty acids ini memiliki kemungkinkan terhadap kontribusi di kejadian tekanan darah tinggi dan dan penyakit jantung. Para peneliti biasanya memberikan tips agar memilik produk margarin yang lebih lembut dan konsistensinya mirip sekali dengan liquid. Dengan memilih produk margarin seperti ini diharapkan kandungan trans fetty acids-nya dapat diminimalisir.

Amerika saat ini telah melarang semua produk yang memiliki TRANS FATTY ACID, karena lemak trans ini menjadi penyebab utama kematian karena serangan jantung.