Monday, November 29, 2010

GORENG TEMPE & TAHU BERKICAP

Hehehe..ini la masakan paling sempoi cik nolie selalu masak..especially masa bulan pose waktu sahur. Paling senang dan cepat tapi mesti cari tempe dan tahu yg baru dan freshhh baru ngancam dia punya rasa.

masa amik gambar ni ..ni jer yg tinggal..laju disambar geruda..haha

Bahan-bahannya:-

2 bungkus tempe (yg dalam plastik tu~mesti putih dan fresh)
3 ketul tahu putih (potong 6)
~ Tempe dan tahu di potong2 cam dalam gambar di atas dan goreng garing

1 biji bawang besar (hiris2)
4 biji cili kering (potong2 dalam 3cm)
sejemput ikan bilis (mesti yg lepas goreng ..garing)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara membuatnya:-

Amik sikit minyak goreng tempe dan tahu tadi (agak2) dan panaskan. Tumis bawang, cili kering dan ikan bilis hingga garing...masukkan semula tempe dan tahu yg telah digoren tadi.. Renjis2 kan kicap manis cap kipas udang hingga rata menyaluti tempe dan tahu. Kacau sebati dan boleh la diangkat dan dihidangkan..senangkan.

KARI AYAM PEKAT (MIL RECEIPE)

Kari ayam one of my specialty. Resepi kari ayam pekat ni mak mentua yang ajar. Kari mak mertua mmg sedap dan disukai ramai sebab kalau time raya..itu la juadah yg org dok kejaq bila dtg rumah mak. Bezanya kari ni letak kerisik..tu sbb rasa dia lain sikit. Selalu gak cik nolie wat kalau time raya atau hari2 besa..makan ngan nasi boleh, nasi impit boleh..roti jala boleh..apa2 pun boleh la..



Bahan-bahannya:-

1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
6 biji kentang (potong 2 atau 4)
3 biji cili kering (potong ~ 1in panjang)
1 biji bawang besar (hiris)
3 biji bunga lawang (*)
1 btg kayu manis (*)
3 biji buah pelaga (*)
2 pelepah daun kari (amik daun jer)
2 batang serai (titik saja)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
10 sudu penuh rempah kari (capnya mesti babas) + 1 1/2 cawan air
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
(kalau pakai santan kotak~1 kotak santan + 1 1/2 mangkuk air)
1 sudu besar penuh kerisik
garam kasar secukup rasa
5 keping saiz kecil asam keping
2 1/2 senduk minyak


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis rempah (*), daun kari, cili kering, bawang hiris dan serai. Masukan pula bahan2 yg ditumbuk. Goreng hingga garing dan naik bau, masukan rempah kari yg telah dibancuh dengan air. Kacau hingga naik minyak..kecil kan api dan masukan ayam.dan kentang. Kalau kering sgt..masukan sedikit air. bila ayam dah kecut sikit..masukan santan cair. Biar menggelegak hingga kentang empuk.

Masukan santan pekat, kerisik, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga rasanya sebati. Biasanya cik nolie biar agak pekat..boleh la diangkat. Kalau x suka pekat...tambah ler air panas ye.

SAHABAT


..SAHABAT..



Bukan "1"
…tapi berjuta...


Bukan untuk diguna
…tapi untuk dijaga...


Bukan untuk dimusuhi
…tapi untuk disayangi...


Bukan untuk sementara
…tapi untuk selamanya...


Bukan untuk dilupakan
…tapi untuk diingati...


Bukan untuk ditingalkan
…tapi untuk dirindui...


Bukan hanya disini
…tapi dimana-mana...


Bukan setakat ini
…tapi hingga ke hujung nyawa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EMPEROR AND HORSEMAN

Kisah dan tauladan ni cik nolie dapat dari kawan cik nolie..Masliza. Maaflah, mula2 dah terjemah..pastu bila post x kuar lak..huhu..tensen punya pasal..cik nolie 'maintain as it is' je..hehehe. Renung2kan lah..


A  long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he could ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor would give him the area of land he has covered.

Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as possible to cover as much land area as he could.

He kept on riding and riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible. Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted and was dying.

Then he asked himself, "Why did I push myself so hard to cover so much land area? Now I am dying and I only need a very small area to bury myself."

The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard everyday to make more money, to gain power and recognition. . We neglect our health , time with our family and to appreciate the surrounding beauty and the hobbies we love..
One day when we look back , we will realize that we don't really need that much, but then we cannot turn back time for what we have missed.
Life is not about making money, acquiring power or recognition . Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work , Family and Personal time..

You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.
So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!

 
Watch your thoughts ; they become words.
Watch your words ; they become actions.
Watch your actions
; they become habits.
Watch your habits; they become character
.
Watch your character; it becomes your
destiny . 

Sunday, November 28, 2010

WUDUK, NIAT DAN PENJELASANNYA...


''kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang''
 
 


Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasannya : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasannya : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasannya : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasannya : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasannya : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasannya : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain.

Ikhlas kerana Allah.

Saturday, November 27, 2010

BISTIK DAGING DAN KACANG PEAS (RESEPI AYAHANDA)

X tau apa nak masak hari ni? Apa kata cuba resepi bistik cik nolie nih. Sempoi dan sonang yo. Sedap makan ngan roti perancis atau nasi empet. Resepi ni aruah ayahanda cik nolie yang ajar. Dah lama gak x buat..seb baik masih ingat resepinya..hehehe.


Bahan-bahannya:-

1kg daging batang pinang (potong nipis dan ketuk2 skit ngan pisau ~supaya senang empuk)

5-6 senduk sos tomato
air secukupnya (letak 4 cawan dulu..lepas letak semua sos..rasa dulu..kalau kurang air..leh tambah)
3 senduk sos cili
1 senduk kicap pekat
1 senduk kicap manis
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)-optional
2 sudu besar lada sulah (leh tambah kalau suka)
garam secukup rasa
1/2 cawan tepung jagung bancuh dgn air (agak2 asal cairkan tepung)
1 tin sedang kacang peas (siram air dan tos)
5 biji kentang (hiris nipis bulat dan goreng)
3 biji bawang besar (hiris bulat dan goreng)


Cara membuatnya:-

Daging dibasuh dan gaul dgn sedikit tepung beras dan garam. Panaskan minyak dalam periuk dan goreng daging hingga garing sedikit dan masukan air serta gula. Rebus daging hingga empuk.

Kemudian masukan semua sos, kicap, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa.

Bila rasa kuah secukup rasa..masukan kacang peas, kentang dan bawang besar yg telah digoreng tadi. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau hingga pekat..rasa lagi. Kalau kurang leh tambah mana2 yg patut ikut kesesuaian rasa anda. Bila kuah dah pekat..bleh la diangkat dan dihidangkan.

Peringatan:- kalau nak letak garam..seelok2nya bahagian akhir bila kuah dah pekat supaya x terlebih masin.

Friday, November 26, 2010

TRUTH ALWAYS WIN..

Cerita asal ni cik nolie dapat dalam bahasa omputih dari email kawan cik nolie ..Bib. Saja je cik nolie terjemahkan dalam bahasa malaysia untuk impak maksima..hehe..mari la kita bersama2 renung2kan. Ceritanya begini....

Ada seorang ahli perniagaan yg berjaya dan juga CEO sebuah syarikat besar yang sudah semakin tua dan dia tahu sudah sampai masanya untuk beliau memilih seorang yg bagus dan sesuai untuk mengambil alih perniagaan beliau.

Tanpa memilih calon tersebut dari salah seorang pengarah beliau mahupun anak beliau sendiri, beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan cara yang tersendiri dan berbeza untuk memilih pengganti beliau.

Dengan itu, pada suatu hari, ahli perniagaan ini telah memanggil kesemua pegawai2 muda di syarikat beliau berkumpul.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan memilih pengganti saya untuk jawatan CEO ini" kata beliau.

"Saya bercadang untuk memilih salah seorang daripada kamu".

Semua pegawai muda tersebut terperanjat tapi CEO tersebut menyambung kata2nya.

"Hari ini saya akan memberi kamu sebutir benih yang istimewa.  Kamu hendaklah menyemai dan menyiram air pada benih ini dan dalam tempoh setahun dari sekarang, kamu datang semula kepada saya dgn membawa apa sahaja yg tumbuh dari benih yang saya beri ini."

"Saya akan mengadili kamu semua berdasarkan tanaman yg kamu bawa dan salah seorang dari kamu akan terpilih sebagai pengganti saya.

Salah seorang pegawai muda bernama Jim juga berada disitu dan seperti yang lain2nya, dia juga menerima sebutir benih dari CEO itu.

Jim pulang kerumah dan dengan penuh keterujaan dia memberitahu isterinya tentang apa yang berlaku. Isterinya membantu dia mendapatkan pasu, tanah dan baja. Jim tanpa berlengah terus menanam benih tersebut.

Setiap hari dia akan menyiram air dan cuba melihat pertumbuhan benih tersebut. Selepas 3 minggu hari berlalu, beberapa orang pegawai muda yang terbabit mula bercerita tentang benih dan pokok yg mula tumbuh. Jim kerap memeriksa benih yg beliau tanam tapi tiada apa yg tumbuh lagi.

3 minggu, 4 minggu, 5 minggu berlalu..masih tiada perubahan. Waktu ini semua orang bercerita tentang pokok mereka tapi Jim masih tidak mendapat apa2 dan dia merasakan dia sudah gagal.

6 bulan berlalu, masih tiada apa2 perubahan pada pasu Jim. Pada masa ini, Jim tahu yang dia telah 'membunuh' benih yg diberi oleh CEOnya. Semua orang sekarang mendapat pokok yg besar dan tinggi tetapi beliau tiada apa2. Jim langsung tidak bercerita apa2 kepada rakan2nya. Walaubagaiman pun, dia tetap menyiram air dan meletak baja kepada tanah tersebut...dia begitu teringin melihat benih tersebut tumbuh.

Akhirnya tempuh setahun sudah tiba dan semua pegawai2 muda di syarikat itu membawa pokok-pokok mereka berjumpa CEO untuk penilaian.  Jim memberitahu isterinya yg dia tidak akan pergi dengan pasu yg kosong tetapi isterinya menyuruh dia untuk bersikap jujur dan meberitahu perkara yang sebenar.

Jim mula berasa gusar dan sakit perut. Dia pasti hari ini akan menjadi satu hari yang paling memalukan dalam hidup beliau akan tetapi dia juga tahu apa yang dikatakan oleh isterinya adalah benar.

Jim membawa pasu kosong beliau kebilik dimana semua orang berhimpun.  Bila Jim tiba, dia merasa sangat kagum melihat pelbagai jenis tumbuhan yg telah berjaya ditanam oleh pegawai2 yg lain.  Semuanya cantik2 dan mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.  Jim meletakan pasu kosong beliau dilantai. Ramailah dikalangan rakan2nya itu ketawa melihat pasu Jim. Tak kurang juga yang bersimpati dengan beliau.

Bila CEO tiba, dia memeriksa bilik tersebut dan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yg ada.

JIm cuba berselindung di belakang kerana malu.

"Wahh, cantiknya tumbuh2an, pokok2 dan bunga2 yang kamu semua dah berjaya tanam," kata CEO.

"Hari ini salah seorang dari kamu akan dilantik sebagai CEO yang baru untuk menggantikan saya".

Tiba-tiba, CEO terpandangkan JIm yang berada bahagian belakang bersama pasu beliau yg kosong dan mengarahkan Ketua Akaun membawa Jim kedepan.

Jim sangat takut. Dia rasa CEO tahu sekarang yang beliau adalah seorang yang gagal dan mungkin akan memecatnya.

Bila Jim sampai di depan, CEO bertanya apa yang telah berlaku kepada benih yang diberi.

Jim kemudian menceritakan apa yang berlaku.

Selesai mendengar cerita Jim, CEO mengarahkan semua orang duduk kecuali Jim. Dia memandang kepada Jim dan kemudian berkata kepada mereka semua, "Ini lah dia CEO anda yang baru! Namanya ialah Jim!"

Jim terpinga tidak percaya. Apa kata orang nanti. Macamana dia boleh terpilih sebagai CEO sedangkan dia langsung tidak berjaya menumbuhkan benih tersebut.

Seperti faham apa yang difikirkan oleh Jim, CEO berkata, "setahun yang lalu saya telah memberi kamu semua sebutir benih setiap seorang."

"Saya menyuruh kamu bawa balik, tanam, siram dan bawa semula kepada saya hari ini selepas 1 tahun berlalu. Tetapi benih yang saya beri adalah benih yang telah direbus..maknanya benih tersebut sudah mati dan tidak boleh tumbuh lagi."

"Kesemua kamu kecuali Jim telah membawa kepada saya berbagai jenis pokok, bunga dan tumbuhan hari ini."

"Sebenarnya bila kamu semua mendapati benih itu tidak tumbuh, kamu telah menggantikannya dengan benih yang lain. Hanya Jim seorang yang berani dan jujur membawa pasu dengan benih yg asal walaupun tidak berjaya menumbuhkan apa2.

"Oleh kerana itu, dia lah yang layak untuk menjadi CEO kita yang baru!!"

Moral: 
If we plant honesty, we will reap trust.
If we plant goodness, we will reap friends. 

If we plant humility, we will reap greatness.
If we plant perseverance, we will reap contentment.  

If we plant consideration, we will reap perspective.  
If we plant hard work, we will reap success.
If we plant forgiveness, we will reap reconciliation.  

So, we have to be careful of what we plant now; it will determine what we will reap later.    

 
TRUTH ALWAYS WINS


PESANAN DARI IMAM GHAZALI


Pesanan yg elok dijadikan pengajaran dan renungan tuk cik nolie sendiri serta sesiapa sahaja yg membacanya disini...(petikan ni cik nolie dapat dari kawan cik nolie..En. Din)
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~********~~~~~~~~~~~~~~~~




Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
 
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?


Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?


Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI: Apa yang paling berat didunia?


Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah


Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?


Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun


Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
 

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?


Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


SAYUR TAUGEH HIJAU DENGAN TOFU JEPUN

Pernah cuba sayur nih?? Org cakap taugeh dari kacang soya..tapi x tau ler betul ke tidak..yang penting sedap dan family cik nolie suka. Selalu cik nolie masak mesti masak dengan tofu jepun..lebih marvelous rasanya. Tak cuba x tau kan..cuba la ye.


Bahan-bahannya:-

Taugeh hijau secukupnya (dalam 3 hengget)
3 ketul tofu jepun (potong bulat dlm 1cm tinggi, salut tepung gandum dan goreng garing)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
10 ekor udang saiz sedang
1 ketul fish cake (hiris2)
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
garam secukup rasa


Cara memasaknya:-

Mula2 goreng tofu jepun tu hingga garing dan atur dalam pinggan hidang. tinggalkan sikit tuk bahagian atas (kalau nak..kalau x biar jer suma kat bahagian bawah).

Tumis bawang hingga naik bau. Masukan udang dan fish cake. Kacau kejap..masukan taugeh. Kacau rata..masukan air, sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau lagi dan boleh la diangkat dan tuangkan atas tofu tadi..taraaa..dah siap..senang je kan.

Thursday, November 25, 2010

REALITI CINTA DAN KAWAN...

Mutiara kata ni cik nolie dapat dari teman cik nolie.. roziah yusoff atau gee. Setiap baris penuh pengertian yg amat beerti untuk kita fahami dan ingati....



Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba  
CINTA terjatuh dalam telaga...  
Kenapa??



Kerana CINTA itu buta... Lalu  
KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
 

Kerana... KAWAN akan buat 
apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana...
CINTA itu halus, 
mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA  
& terus menunggu..  
Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati
& akan kekal sebagai KAWAN
yang setia.... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita
selagi kita terasa dia
BERERTI.....


 Walau kita punya couple,
teman tetap paling setia..
Walau kita punya harta banyak,
 
teman tetap paling berharga.
 

 frenz never break..............





BILA ALLAH...




Bila Allah cepat
Makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,



Bila Allah Lambat
Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,



Bila Allah Tidak
Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu
Yang lebih Baik Untukmu..



"Oleh itu, Sentiasalah
Bersangka Baik Pada ALLAH

Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang
ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."


RAHSIA HIDUNG LA PULAK..KEH3

Untuk hiburan semata-mata. Kalau ada yg betul tu ..x tau ler nak cakap..hehe.

Hidung panjang
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang. Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja. Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung
"Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam!  Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang
yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Jangan percaya 100% ye..suma diatas wallahualam..hehe

Wednesday, November 24, 2010

Pengalaman ke Hong Kong

Walaupun cerita pergi Hong Kong ni dah lama tapi saja je cik nolie nak cite kat sini sbb ini la antara tempat luar negara pertama yg cik nolie pergi selain dari Singapura dan saja je nak simpan pengalaman perjalanan cik nolie ni dalam blog untuk kenangan..hehehe.

Cik nolie mula2 pergi sebab temankan bosh masa tu kalau x silap dalam tahun 2004 ke 2005. Seronok campur suspen jer masa tu..ye la pertama kali nak g tempat orang..seb baik ada bosh..kalau cik nolie g sorang sure sesat baratnye.

Masa tu pertama kali masuk KLIA..syiok tgk tempat tu..kah3..cam rusa masuk kg tul masa tu..tapi yg x syioknya masa tu bosh wat schedule padat bangat..sampai x sempat nak bernafas..sampai dah malam..pas dinner meeting review..sok pagi2 lepas bekpas..check out ngan beg suma g office customer meeting..lepas mtg terus balik..flight lak petang tu gak. Sekali tu mtg terlebih masa..apa lagi bagai nak rak kitorang nak kejar flight. Nak jadi cite..rupanya airport hk tu besar..yg cik nolie ngan kawan cik nolie Ms Gan duk kusyuk soping..tgk2 jam dah hampir flight time..kelamkabut kitorang g check in..org lak panjang..masuk je kat dalam rupanya..kena naik train lak lagi..mampus..rasa nak nangis masa tu..berlari punya berlari..akhirnya sampai kat boarding betul2 tgh announce last call...seb baik. Mencungap cik nolie masa tu. Balik terus demam seminggu..kah3.

Yang bagusnya pasal dek itu..bosh cik nolie x penah lagi wat schedule padat kalau g ngan cik nolie takut cik nolie jatuh sakit lagi..hahaha.

Ingat x de lagi g HK lepas tu tapi tu la dah rezeki (tu yg ramai jeles tu)..lepas balik dari cuti bersalin dan cuti jaga sabrina (coz heart surgery)..dalam bulan 3, 2007..bosh arahkan pergi meeting lagi dgn dia dan Mr. Yeo, purchasing manager kitorang. Seb baik sabrina dah ok skit..boleh la tinggalkan ngan hubby dan MIL. Kali ni betul2 dia schedule cantik punya..kira cik nolie leh sambil2 cuci mata la..hehehe. Sayang gak bosh ni ngan cik nolie ye..hai patut la org jeles..keh3.

Kali ni pegi x cam dulu..more relax ..cik nolie seronok g HK sebab naik cathay pacific airline..besh woo..food dia sedap2..pas tu ada tv dan selimut..sodap tidur..hehe. Yg x suka naik flight coz toilet dia cam kecik jerr..hehe. So biasa g toilet siap2 seblum naik flight..pas tu g semula lepas turun flight..nasib baik 4 jam jer...keh3.

ngan ex-bosh kesayangan kat KLIA sebelum departure g HK

ni lak Mr. Yeo ..post kat KLIA masa tunggu flight nak g HK

Kat dalam flight ..lepas abih makan..diorg kasi aiskrim magnum berbadam tu sbgai pencuci mulut..perrhh sodapnya. Yg lagi besh bosh dgn Mr. Yeo x nak makan aiskrim dan pakat kasi suma kat cik nolie..aduss..jenuh cik nolie mengabihkan aiskrim tu..tapi seb baik size kecik skit dari yg normal tu..hehe.

Kitorang sampai kui 8..dah gelap. Naik bilik..mandi2..tukar baju..turun dinner sambil review kertas kerja.  Cik nolie makan seafood masa tu..kalau kat HK nih..cik nolie tawakal jer as long x de bak/ayam/daging yg mendatangkan was2.

Mr. Philippe & Mr. Yeo review kertas kerja ..cik nolie duk tgk jer..haha
Meeting kitorang tu sebelah petang..so pagi2 tu bosh ngan Mr. Yeo nak g survey jalan cam ne nak g jalan kaki jer. Cik nolie x ikut so g jalan2 sorang2 kat sekitar hotel tempat cik nolie duk tu.  Syiok nya angin lak sepoi2 jer (masa tu dah penghujung musim sejuk..so x bape panas dan x bape sejuk)..tapi cik nolie lupa lak amik gambar..huhu.

Petang tu g meeting..sempat lunch dulu kat Italian restaurant..makan seafood spagethi..pas tu jalan kaki g tempat meeting..jauh gak ..tapi sbb cuaca x panas..so leh tahan la jalan..hehe.


sempat posing kat depan satu masjid kat HK ni
Alhamdulillah meeting berjalan lancar..bosh seronok sgt. 'Good Job Norlia' bosh cakap..berseri2 muka cik nolie masa tu..suka sgt..yela bukan senang nak memenangi hati customer kan. Yg cik nolie lagi seronok psl dapat jumpa Fion tuk pertama kalinya...siap peluk2 lagi kitorang (tapi x amik gambar.. bahaya)..hehehe.

kat opis customer sementara menunggu giliran untuk meeting
Balik tu bosh balik hotel terus tapi cik nolie ngan Mr. Yeo g merayau2 kat sekitar kedai2 kat situ. Terjumpa kasut2 yg diperbuat dari kulit babi..jelas kelihatan 3 dot..huhu..tgk jer..x leh pegang. Kat malaysia ni pun kena hati2 ada gak peniaga yg x perihatin jual kasut cam tu especially kasut budak..cik nolie ada jumpa byk kali dah kat malaysia nih.

Tengah bersiar-siar tu bosh tepun apsal kitorang x balik bilik lagi..apahal lak bosh nih..kelam kabut kitorang balik. Sampai kat hotel..rupa2nya dia ajak kitorang g dinner. Sebenarnya cik nolie dah dinner kat restoran arab makan kambing panggang..hehe..rezeki jgn tolak..lagi pun bosh kan..ikut jer la.

Bosh bawak g spanish restaurant..risau gak nak makan..tapi bosh paham..dia kata..makanan dia all berasaskan seafood..ok..ikut je la..tapi pasal dah kenyang..cik nolie makan sikit je 'spanish seafood rice' tu.  Yg paling seronok masa tu sbb ada life show mamat2 nyanyi lagu spanish sambil main gitar..wahh cam kat dlam cite omputih jer..hehe.

masa dinner kat spanish restaurant..kat dalam pinggan tu la 'spanish seafood rice'

kat sebelah tu ler mamat2 nyanyi sambil main gitar
Kitorang balik dari HK sok paginya. Sebab awal pagi dah check out so kitorang x bekpas kat hotel. CIk nolie x kira..suruh bosh belanja bekpas kat restaurant kat airport..mula2 dia x nak..sbb nanti dlam flight ada makan..tapi cik nolie ckp..kalau kang pengsan camne..terus dia bawak g bekpas..haha..terer cik nolie kan. Ye la bila lagi nak rasa makan lempeng ngan pisang dan air gula kat highclass restaurant..haha. Alhamdullilah selamat naik flight dan selamat sampai ke Malaysia. Yg penting x demam..hehehe.

bye2 Hong Kong..hehe
Mr. Philippe & Mr. Yeo kat airport masa nak balik dari HK
Pengalaman yg menarik dan menyeronokan. Cuma frust x sempat g Disneyland HK..cuma sempat beli fridge magnet dia jer kat airport..keh3.

Mudah2an cik nolie sampai lagi ke sana dengan keluarga tersayang.

AYAM MASAK DGN CILI KERING & KACANG GAJUS (CHINESE STYLE)

Resepi ni dah lama cik nolie dapat dari kawan opis cik nolie, Ms Tai tapi baru-baru ni jer cik nolie cuba. Masakan ni masakan cina dan cik nolie pernah makan kat shenzhen dulu..sedap cuma kat shenzhen pedas skit..mungkin ada letak serbuk cili. Tapi biasa la resepi ni cik nolie modified sikit ikut kesesuaian selera cik nolie. Sapa2 yg nak cuba tu sila lah ye.



Bahan A

4 ketul dada ayam (potong kecil dalam 1cm) tapi yg ni cik nolie potong kasar skit dalam 1in..hehe
2 sudu kecil garam
1 butir telur (amik putih jer dalam 1/2-agak2)
1 sudu besar tepung jagung
1 in halia muda (hiris jer)

Gaul bahan A hingga sebati dan goreng dalam minyak yg banyak hingga garing dan ketepikan.


Bahan B

80g kacang gajus ~ digoreng dgn api kecil hingga garing (nak tukar kacang tanah pun boleh)

5 biji cili kering ~ digunting dalam 3cm panjang
3 ulas bawang putih (hiris jer)
1 in halia muda (hiris jer)
2 sudu besar kicap pekat (original 1 sudu besar jer)
1 sudu kecil sos tiram (optional)
1 sudu besar cuka makan (kalau x leh makan cuka..tukar ke 2 keping asam keping)
1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn 1/2 cawan air
1 sudu kecil gula
4 sudu besar minyak

Panaskan minyak. Goreng bawang, halia dan cili kering. Kemudian masukan kicap dan gula. Masukan ayam yg telah digoreng tadi dan curahkan bancuhan tepung jagung yg telah dicampur dgn cuka, gula, sos tiram. Gaul rata. Bila agak kering, masukan kacang gajus...kacau kejap jer dan boleh la diangkat.

Tuesday, November 23, 2010

AYAM GORENG BEREMPAH (RESEPI AYAHANDA)

Resepi ayam goreng berempah ni olahan aruah ayahanda cik nolie. Biasanya ayam goreng ni dimakan dengan nasi beringin bersama salad tahu. Sesiapa yang suka boleh la cuba.


Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam (potong 12) ~buang lemak2 yg tidak dikehendaki
8 ulas bawang putih (*)
15 ulas bawang merah (*)
2 inci halia (*)
5-6 batang serai (hiris)(*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
5 - 6 sudu besar rempah kari (boleh letak lebih lagi kalau suka)
Garam secukup rasa
Sedikit kicap manis

Cara membuatnya:-

Basuh ayam bersih2 dan tos airnya. Blend bahan2 (*) dan tuang ke ayam tadi. Campurkan sekali serbuk jintan dan rempah kari serta garam dan kicap hingga sebati dan rata.

Perap selama 1 jam - 2 jam.

Panaskan minyak yg banyak (supaya ayam digoreng cantik dan sedap) dan goreng la dgn api yg sederhana hingga ayam garing.

Dah siap!!

Monday, November 22, 2010

KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA TERLETAK DITANGAN KITA SENDIRI

Article ni cik nolie dapat dari email norhayati neetmat. Siapa penulis asal tidak diketahui tapi banyak perkara yg diberi ada betulnya..x caya kena la cuba..hehe. Apa2 pun panduan ni adalah untuk peringatan cik nolie sendiri dan khas untuk adik2 ku yg bakal mendirikan rumah tangga mau pun yg dah mendirikan rumah tangga. Lagi satu... amalan ni hendak la diamalkan bersama2 suami..x leh la pihak isteri jer..mana nak jadi kan..semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat..aminn.




Perkahwinan merupakan sesuatu yang amat indah. Namun, ia haruslah dikendalikan dengan baik dan teratur dari segala segi, terutamanya tingkah laku dan percakapan kita seharian. Perkara ini akan menjadi lebih mudah apabila kita mendapat suami atau isteri yang tahu dan faham tanggungjawabnya. Ini adalah antara panduan yang patut di amalkan;

  1. Yakin dan pasti bahawa jodoh yang ditentukan adalah yang terbaik untuk kita dan redha dengannya. Terima suami/isteri seadanya.
  2. Sentiasa berdoa agar bahagia, jodoh berkekalan dan rumahtangga berjalan dengan baik.
  3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan suami/isteri.
  4. Sering melakukan aktiviti bersama-sama. Jika ada peluang, makan bersama sekerap mungkin, melakukan ibadat bersama, beriadah, bersiar-siar dan mandi bersama.
  5. Jaga percakapan. Cakap dengan baik dan lembut walaupun semasa bertengkar. Jangan guna bahasa kesat ketika bergaduh. Sebaiknya salah seorang hendaklah berdiam diri. Jangan berbalas-balas mengata.
  6. Jangan mengungkit-ungkit hal lama seperti pemberian atau kebaikan yang pernah kita beri pada suami/isteri. Masa tu kita ikhlas nak bagi kan.....tak payahlah ungkit.
  7. Galakkan isteri tidur diatas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berjalan disebelah bahu kanan suaminya.
  8. Jaga penampilan....bukan mekap tebal. Sekadar manis dipandang, kemas dan wangi.
  9. Kenang jasa suami yang bekerja mencari nafkah.
  10. Kenang jasa isteri yang mengandung dan melahirkan anak serta mengurus rumahtangga terutama kepada suami yang sibuk sangat.
  11. Jika ada kelapangan bantu isteri melakukan kerja rumah termasuk mengurus anak-anak.
  12. Berkomunikasi dengan suami/isteri, selitkan unsur jenaka. Gunakan juga percakapan badan (body language). Bercakap sambil memegang tangan suami/isteri, belai rambut atau memeluk mereka.
  13. Suami   jangan lebih tumpu perhatian pada dunia luar.
  14. Kekalkan sikap romantis sama seperti ketika bercinta, sepatutnya lebih lagi sebab isteri dah lahirkan anak untuk suami. Isteri sangat suka dibelai dan dimanjai oleh suami. Berikan pujian dan hargai suami/isteri. Kerap cium suami/isteri antaranya ketika bangun atau ketika mahu masuk tidur, ketika hendak pergi kerja atau bila-bila masa saja asal sesuai.
  15. Suami JANGAN tinggalkan tempat tidur walaupun baru lepas bertengkar. Mesti tidur bersama isteri. Pengasingan tempat tidur memberikan impak yang sangat besar dalam rumahtangga.
  16. Sayang dan hormati keluarga suami/isteri. Sentiasa ingat, suami masih perlu lebihkan ibunya berbanding isteri sendiri.   Jangan buat suami serba salah dalam hal ini. Contohnya suruh suami buat pilihan samada isteri atau ibu...Suami tidak suka jika isteri enggan pulang menziarahi keluarganya dan sebaliknya.
  17. Penting Sekali, jaga pemakanan kita dari segi halal haramnya. Makanan tersebut akan menjadi darah daging dan zuriat.
Wallahualam

PETUA UNTUK MURAH REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN..

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan  ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Wallahualam..