Saturday, December 4, 2010

SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Ni resepi sayur kangkung goreng belacan syle cik nolie. Ingat bila goreng jgn 'over cook' cam cik nolie semalam..huhu. Bukan x sedap cuma kureng sedap..


Bahan-bahannya:-

Secekak sayur kangkung (potong2 dan bersihkan)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
2 inci belacan (tumbuk)
2 ketul tahu putih (potong2 kecil dan goreng dulu ~ni optional, kalau suka)
minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukan tahu goreng dan kangkung. Kacau2 kejap jer dan tutup api. Ini sbb kangkung cepat layu. Belacan dah masin tapi kalau kurang masin boleh la letak garam halus secukup rasa dan hidangkan.

SUP DAGING DGN KENTANG & LOBAK MERAH

Hari ni tgk daging korban ada lagi..apa nak masak ek. Tgk lak lobak merah dan kentang pun ada gak. Orait..apalagi masak sup daging campur kentang dan lobak merah la jawapnya. Tambahan cuaca kat luar tu sejukkk jer..almaklum dari pagi hujan.  Lauk ni mmg peberet anak2 cik nolie terutama sabrina...seronok tgk dia menghirup sup tu cuma cik nolie x selalu masak daging.. x elok untuk kesihatan..hehe. Cara masak lebih kurang sama je ngan sup tulang cuma rempah dia jgn letak byk sangat..ala2 manja gitu..kalau terlebih nanti x sedap sgt.


Bahan-bahannya:-

500g daging lembu (potong ikut suka..tapi jgn besar sgt..) rebus dgn air yg mencukupi
1 batang lobak merah (potong 6 panjang2)
4 biji kentang saiz sederhana (potong 8)

2 inci halia (tumbuk dan airnya perah ke dalam air rebusan semasa merebus daging)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 paket sup bunjut sup tulang (siap dgn rempah tumis)
2-3 sudu besar rempah sup serbuk adabi
5 cawan air (untuk memasak sup)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (guna garam kasar)
Sedikit daun sup dan daun bawah


Cara memasaknya:-

Rebus daging bersama 1 sudu kecil gula (untuk melembutkan daging), sup bunjut (rempah tumis x yah) dan air halia sehingga empuk.

Bila daging empuk dan air rebusan hampir kering, masukan 5 cawan air tadi berserta kentang dan lobak merah. Biar hingga menggelegak.

Sementara itu di kuali lain. Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk, hampas halia, bawang hiris dan rempah tumis tadi. Bila naik bau, masukan rempah serbuk tadi. Kacau kejap je. Cepat2 masukkan 1 senduk air rebusan daging. Bila naik minyak, masukan rempah goreng tu kedalam periuk berisi daging tu. Kacau rata.

Akhir sekali masukan garam kasar secukup rasa dan asam keping. Kacau. rata. Kalau kuah cam pekat ..tambahkan sikit air..sehingga rasa nya secukup rasa. Cam cik nolie kata tadi..rasa sup tu ala2 manja..hehe...x pekat x cair.

Semasa hidang, taburkan daun sup dan daun bawang hiris sebagai hiasan dan penambah rasa.

MEE HOON GORENG SEMPOI (RESEPI BONDA)

Resepi meehoon goreng cara cik nolie yg diajar oleh bonda.  Kalau ikut resepi bonda lagi sempoi..tapi cik nolie tambah gak ngan udang...hehe. Tapi cam besa la yang sempoi ni yg menjadi kegemaran kuarga..selalunye waktu hujung minggu untuk sarapan pagi. Kalau tak pun waktu makan malam hari bekerja..senang dan cepat.




Bahan-bahannya:-

1/2 bungkus meehoon (rendam dulu hingga lembut)
6 ekor udang basah (buang kulit) ~ resepi asal bonda x de udang pun..dah nama pun sempoi kan
sedikit ikan bilis (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kering kisar (nak pedas leh tambah)
4 sudu besar sos tomato
2 ketul tahu putih (potong2 kecil dan goreng dahulu)
2 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit taugeh
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 cawan air (optional sekiranya meehoon x lembut2)


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk. Bila garing, masukan cili kisar. Kacau lagi. Bila cili kisar dah garing, masukkan udang. Kacau sekejap. Pas tu masukkan sawi dan sos tomato dan tahu goreng. Kemudian masukan meehoon.

Tabur garam secukup rasa dan masukan air. Kacau2 la sehingga meehoon dah lembut dan hampir kering. Masukan taugeh..kacau kejap dan boleh la diangkat. Walla..dah siap.

Friday, December 3, 2010

SAYUR BAYAM TUMIS SEMPOI

Dalam banyak2 sayur..sayur bayam ni mmg peberet cik nolie dari dulu lagi. Mungkin rasanya yg manis tu kot. Lagi satu sayur bayam ni boleh dipelbagaikan masakannya. Ini adalah salah satu cara masakan yg sempoi..pejam mata jer pun leh masak..hahaha. Nanti bila-bila senang cik nolie akan masukan pula resepi2 lain yg melibatkan sayur bayam ye.


Bahan-bahannya:-

1 ikat sayur bayam (dlm secekak gitu, bersihkan dan dipotong ikut suka)
sedikit ikan bilis (buang isi perut dan dicarik2 sikit)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 ketul tahu putih (potong kecil & goreng dulu)
5-6 ketul fish ball (hiris ikut suka)~leh tukar ngan fish cake jugak
1-2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis hingga naik bau. Masukan tahu ikan/fish ball. Kacau sebentar, masukan tahu goreng dan akhir sekali masukkan sayur bayam. 

Tabur garam secukup rasa. Kacau sekejap (agak2 sayur tu dah layu)...boleh la diangkat dan dihidangkan.



Monday, November 29, 2010

GORENG TEMPE & TAHU BERKICAP

Hehehe..ini la masakan paling sempoi cik nolie selalu masak..especially masa bulan pose waktu sahur. Paling senang dan cepat tapi mesti cari tempe dan tahu yg baru dan freshhh baru ngancam dia punya rasa.

masa amik gambar ni ..ni jer yg tinggal..laju disambar geruda..haha

Bahan-bahannya:-

2 bungkus tempe (yg dalam plastik tu~mesti putih dan fresh)
3 ketul tahu putih (potong 6)
~ Tempe dan tahu di potong2 cam dalam gambar di atas dan goreng garing

1 biji bawang besar (hiris2)
4 biji cili kering (potong2 dalam 3cm)
sejemput ikan bilis (mesti yg lepas goreng ..garing)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara membuatnya:-

Amik sikit minyak goreng tempe dan tahu tadi (agak2) dan panaskan. Tumis bawang, cili kering dan ikan bilis hingga garing...masukkan semula tempe dan tahu yg telah digoren tadi.. Renjis2 kan kicap manis cap kipas udang hingga rata menyaluti tempe dan tahu. Kacau sebati dan boleh la diangkat dan dihidangkan..senangkan.

KARI AYAM PEKAT (MIL RECEIPE)

Kari ayam one of my specialty. Resepi kari ayam pekat ni mak mentua yang ajar. Kari mak mertua mmg sedap dan disukai ramai sebab kalau time raya..itu la juadah yg org dok kejaq bila dtg rumah mak. Bezanya kari ni letak kerisik..tu sbb rasa dia lain sikit. Selalu gak cik nolie wat kalau time raya atau hari2 besa..makan ngan nasi boleh, nasi impit boleh..roti jala boleh..apa2 pun boleh la..



Bahan-bahannya:-

1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
6 biji kentang (potong 2 atau 4)
3 biji cili kering (potong ~ 1in panjang)
1 biji bawang besar (hiris)
3 biji bunga lawang (*)
1 btg kayu manis (*)
3 biji buah pelaga (*)
2 pelepah daun kari (amik daun jer)
2 batang serai (titik saja)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
10 sudu penuh rempah kari (capnya mesti babas) + 1 1/2 cawan air
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
(kalau pakai santan kotak~1 kotak santan + 1 1/2 mangkuk air)
1 sudu besar penuh kerisik
garam kasar secukup rasa
5 keping saiz kecil asam keping
2 1/2 senduk minyak


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis rempah (*), daun kari, cili kering, bawang hiris dan serai. Masukan pula bahan2 yg ditumbuk. Goreng hingga garing dan naik bau, masukan rempah kari yg telah dibancuh dengan air. Kacau hingga naik minyak..kecil kan api dan masukan ayam.dan kentang. Kalau kering sgt..masukan sedikit air. bila ayam dah kecut sikit..masukan santan cair. Biar menggelegak hingga kentang empuk.

Masukan santan pekat, kerisik, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga rasanya sebati. Biasanya cik nolie biar agak pekat..boleh la diangkat. Kalau x suka pekat...tambah ler air panas ye.

SAHABAT


..SAHABAT..



Bukan "1"
…tapi berjuta...


Bukan untuk diguna
…tapi untuk dijaga...


Bukan untuk dimusuhi
…tapi untuk disayangi...


Bukan untuk sementara
…tapi untuk selamanya...


Bukan untuk dilupakan
…tapi untuk diingati...


Bukan untuk ditingalkan
…tapi untuk dirindui...


Bukan hanya disini
…tapi dimana-mana...


Bukan setakat ini
…tapi hingga ke hujung nyawa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~