Sunday, December 5, 2010

NASI LEMAK & SAMBAL IKAN BILIS STYLE CIK NOLIE

Sebut pasal nasi lemak rasanya suma orang suka dan tahu masak nasi lemak tapi kat sini cik nolie post resepi nasi lemak dan sambal cara cik nolie masak. Cik nolie cerewet sikit pasal sambal nasi lemak sbb x bape suka sambal yg manis sangat. Kat sini ada gak kedai yg jual nasi lemak sambalnya sedap tapi kalau hujung minggu ..kalau rasa malas nak masak nasi berlauk tengaharinya, biasa cik nolie akan masak nasi lemak...senang 2 dalam 1..hehe. Resepi nasi lemak cik nolie seperti berikut...


Bahan-bahan untuk nasi lemaknya:-

3 pot beras (dibasuh dan ditoskan)
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (diikat simpul dan dicarik2 sikit)

Beras yg telah dibasuh dan ditoskan letak dalam rice cooker. Masukan santan, garam dan daun pandan. (cara menyukat santan ~ ukur tinggi beras dalam periuk dgn jari..pas tu masukan santan..tinggi santan dari atas beras mesti sama tinggi).

Masak la dlam rice cooker tu hingga nasi masak sendiri..hehe. Bila dah kering, kais nasi supaya masaknya serata.  Sekiranya beras kembang dan nasi x bape lembut, letakkan secawan air panas ditgh2 nasi dan masak lagi..sehingga nasi elok masaknya).

Dah siap. Hidangkan la dengan sambal ikan bilis, telur rebus/dadar dan timun (seperti gambar di atas). Kalau terlebih rajin leh la wat ikan bilis goreng dan kacang goreng serta kangkung celur.


Bahan-bahan untuk sambalnya:-

1 cawan cili kisar
1 1/4 cawan minyak (minyak kurang..cili x garing nanti)
segenggam ikan bilis (basuh dan goreng)
sejemput ikan bilis (tumbuk)~lepas tumbuk dpt dalam 2 sudu besar
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris bulat dan ketuk2 skit)
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
2 1/2 cawan air asam (asam jawa dalam 1 sudu besar penuh)

minyak yg kelihatan tu hendakla dicedok dan dibuang ye..
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. Guna minyak yg sama, tumis bawang dan ikan bilis yg ditumbuk. Bila sudah garing, masukan cili kisar, belacan dan gula. Goreng hingga cili garing. Masukan bawang hiris. Kacau lagi. Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Akhir sekali masukan air asam dan garam secukup rasa. Masak hingga naik minyak..boleh la diangkat dan dihidangkan.

p/s: sambal yg sedap mesti menggunakan cili kering yg x pedas (gred baik punya)..

KUIH GULUNG BERINTI SAYUR

Kuih gulung ni hasil experimen cik nolie. Sebenarnya cik nolie nak wat 'chai kueh' sejenis kuih cina tapi cari tepung tang mien x jumpa2. Apalagi modify la...jadi la chai kueh versi cik nolie cuma mungkin rasa nya lain sikit kot..hehe. Caranya cik nolie guna resepi kuih gulung laksam cuma kurangkan tepung supaya lembut dan isikan dgn inti 'chai kueh'..taraaa..jadi ler kuih nih.


kuih gulung berinti sayur kena makan dgn cili sos buatan sendiri baru ada ummpphh

Bahan-bahannya untuk intinya:-

Secekak daun kuchai (potong2 dlm 2cm panjang)
2 sudu besar udang kering (basuh dan tumbuk)
2 ketul tahu putih (hancur2 kan)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa (optional~kalau masih kurang masin ler)

inti yg dah siap dimasak
 Panaskan minyak. Tumis bawang dan udang kering yg telah ditumbuk. Bila garing, masukan tahu. Kacau hingga sebati. Bila agak garing, masukan kuchai dan kacau lagi. Kalau cukup rasa dan masaknya..leh la diangkat dan disejukan.


Bahan-bahan untuk kuih gulung:-

1 3/4 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
3 cawan air

Campurkan suma bahan dan tapis.

Cara membuatnya:-
panaskan (kukus) tudung periuk yg telah di sapu minyak

bila cukup panas..tuangkan adunan tepung tadi dan kukus hingga masak

angkat tudung periuk berisi tepung yg telah masak dan letakkan inti sayur

gulung menggunakan sudu berhati2 supaya gulungan x pecah

bahagian akhir ..ambil tepung dari depan dan sematkan gulungan

cam ni la ropernya bila udah siap..masukan dlm pinggan dan curahkan sos di atasnya

Saturday, December 4, 2010

POPIA GORENG STYLE CIK NOLIE (RESEPI BONDA)

Ini resepi popia goreng style cik nolie. Bonda yg ajar dari inti, kulit hingga la ke sos cilinya. Popia goreng mmg sedap tapi biasa org guna kulit beli tapi cik nolie mmg buat sendiri kulitnya. Kuarga cik nolie lebih suka kulit buat sbb lebih tebal, sedap dan garing bila digoreng.  Cik nolie dah buat popia ni dari umur 15 tahun lagi (masa zaman jual kuih). Sesiapa yang nak cuba tu silakan la tapi jgn putus asa sbb nak buat kulit ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi. Tapi kalau rasa susah..guna kulit beli je la ye.

ni la rupa popia yg dah siap tapi lum goreng (biasa cik nolie simpan kat freezer..nak makan baru goreng)


Bahan-bahan untuk intinya:

2 biji sengkuang (racik panjang2)
1 biji lobak merah (racik panjang2)
1 mangkuk kecil kacang panjang yg telah dihiris halus dlm 1/2cm
8 ekor udang saiz sedang (buang kulitnya)
4 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning (untuk mencantikkan inti)



Tumbuk bawang putih dan udang. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk. Bila garing, masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukan garam secukup rasa dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga inti agak kering, baru masukan kacang panjang. Kacau rata hingga inti betul2 kering, angkat dan sejukkan.


Bahan-bahan untuk kulit:-

1kg tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
air secukupnya
3/4 cawan minyak

bancuhan tepung yg dah siap untuk di perap
 Bancuh tepung dgn garam dan air hingga bancuhannya cam bancuhan cekodok. Pas tu pecahkan telur dan ramas dgn tepung hingga sebati. Akhir sekali masukan minyak dan kacau sebati lagi. Perap adunan selama 2 1/2 jam. Selepas perap buat la kulit seperti cara-cara dibawah.

ni la caranya mengalin tepung diatas kuali leper..tiada minyak diperlukan..mesti nipis tau..

kulit yg dah masak..leh la diangkat menggunakan tangan

taraaaa...dah siap...1kg tepung dpt cam gini ler byk nyer

Cara membuat popia:-


letak inti secukupnya

gulung kulit popia

supaya jadi cam ni..dah siap

Lepas dah siap suma...boleh la di goreng dalam minyak yg byk sehingga garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama cili sos (kalau nak wat sos sendiri boleh tgk kat resepi sos cili cik nolie).

SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Ni resepi sayur kangkung goreng belacan syle cik nolie. Ingat bila goreng jgn 'over cook' cam cik nolie semalam..huhu. Bukan x sedap cuma kureng sedap..


Bahan-bahannya:-

Secekak sayur kangkung (potong2 dan bersihkan)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
2 inci belacan (tumbuk)
2 ketul tahu putih (potong2 kecil dan goreng dulu ~ni optional, kalau suka)
minyak untuk menumis

Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukan tahu goreng dan kangkung. Kacau2 kejap jer dan tutup api. Ini sbb kangkung cepat layu. Belacan dah masin tapi kalau kurang masin boleh la letak garam halus secukup rasa dan hidangkan.

SUP DAGING DGN KENTANG & LOBAK MERAH

Hari ni tgk daging korban ada lagi..apa nak masak ek. Tgk lak lobak merah dan kentang pun ada gak. Orait..apalagi masak sup daging campur kentang dan lobak merah la jawapnya. Tambahan cuaca kat luar tu sejukkk jer..almaklum dari pagi hujan.  Lauk ni mmg peberet anak2 cik nolie terutama sabrina...seronok tgk dia menghirup sup tu cuma cik nolie x selalu masak daging.. x elok untuk kesihatan..hehe. Cara masak lebih kurang sama je ngan sup tulang cuma rempah dia jgn letak byk sangat..ala2 manja gitu..kalau terlebih nanti x sedap sgt.


Bahan-bahannya:-

500g daging lembu (potong ikut suka..tapi jgn besar sgt..) rebus dgn air yg mencukupi
1 batang lobak merah (potong 6 panjang2)
4 biji kentang saiz sederhana (potong 8)

2 inci halia (tumbuk dan airnya perah ke dalam air rebusan semasa merebus daging)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 paket sup bunjut sup tulang (siap dgn rempah tumis)
2-3 sudu besar rempah sup serbuk adabi
5 cawan air (untuk memasak sup)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (guna garam kasar)
Sedikit daun sup dan daun bawah


Cara memasaknya:-

Rebus daging bersama 1 sudu kecil gula (untuk melembutkan daging), sup bunjut (rempah tumis x yah) dan air halia sehingga empuk.

Bila daging empuk dan air rebusan hampir kering, masukan 5 cawan air tadi berserta kentang dan lobak merah. Biar hingga menggelegak.

Sementara itu di kuali lain. Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk, hampas halia, bawang hiris dan rempah tumis tadi. Bila naik bau, masukan rempah serbuk tadi. Kacau kejap je. Cepat2 masukkan 1 senduk air rebusan daging. Bila naik minyak, masukan rempah goreng tu kedalam periuk berisi daging tu. Kacau rata.

Akhir sekali masukan garam kasar secukup rasa dan asam keping. Kacau. rata. Kalau kuah cam pekat ..tambahkan sikit air..sehingga rasa nya secukup rasa. Cam cik nolie kata tadi..rasa sup tu ala2 manja..hehe...x pekat x cair.

Semasa hidang, taburkan daun sup dan daun bawang hiris sebagai hiasan dan penambah rasa.

MEE HOON GORENG SEMPOI (RESEPI BONDA)

Resepi meehoon goreng cara cik nolie yg diajar oleh bonda.  Kalau ikut resepi bonda lagi sempoi..tapi cik nolie tambah gak ngan udang...hehe. Tapi cam besa la yang sempoi ni yg menjadi kegemaran kuarga..selalunye waktu hujung minggu untuk sarapan pagi. Kalau tak pun waktu makan malam hari bekerja..senang dan cepat.




Bahan-bahannya:-

1/2 bungkus meehoon (rendam dulu hingga lembut)
6 ekor udang basah (buang kulit) ~ resepi asal bonda x de udang pun..dah nama pun sempoi kan
sedikit ikan bilis (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 sudu besar cili kering kisar (nak pedas leh tambah)
4 sudu besar sos tomato
2 ketul tahu putih (potong2 kecil dan goreng dahulu)
2 pokok sawi (bersihkan dan potong ikut suka)
Sedikit taugeh
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 cawan air (optional sekiranya meehoon x lembut2)


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk. Bila garing, masukan cili kisar. Kacau lagi. Bila cili kisar dah garing, masukkan udang. Kacau sekejap. Pas tu masukkan sawi dan sos tomato dan tahu goreng. Kemudian masukan meehoon.

Tabur garam secukup rasa dan masukan air. Kacau2 la sehingga meehoon dah lembut dan hampir kering. Masukan taugeh..kacau kejap dan boleh la diangkat. Walla..dah siap.

Friday, December 3, 2010

SAYUR BAYAM TUMIS SEMPOI

Dalam banyak2 sayur..sayur bayam ni mmg peberet cik nolie dari dulu lagi. Mungkin rasanya yg manis tu kot. Lagi satu sayur bayam ni boleh dipelbagaikan masakannya. Ini adalah salah satu cara masakan yg sempoi..pejam mata jer pun leh masak..hahaha. Nanti bila-bila senang cik nolie akan masukan pula resepi2 lain yg melibatkan sayur bayam ye.


Bahan-bahannya:-

1 ikat sayur bayam (dlm secekak gitu, bersihkan dan dipotong ikut suka)
sedikit ikan bilis (buang isi perut dan dicarik2 sikit)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 ketul tahu putih (potong kecil & goreng dulu)
5-6 ketul fish ball (hiris ikut suka)~leh tukar ngan fish cake jugak
1-2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa


Cara memasaknya:-

Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis hingga naik bau. Masukan tahu ikan/fish ball. Kacau sebentar, masukan tahu goreng dan akhir sekali masukkan sayur bayam. 

Tabur garam secukup rasa. Kacau sekejap (agak2 sayur tu dah layu)...boleh la diangkat dan dihidangkan.