Sunday, December 5, 2010

NASI LEMAK & SAMBAL IKAN BILIS STYLE CIK NOLIE

Sebut pasal nasi lemak rasanya suma orang suka dan tahu masak nasi lemak tapi kat sini cik nolie post resepi nasi lemak dan sambal cara cik nolie masak. Cik nolie cerewet sikit pasal sambal nasi lemak sbb x bape suka sambal yg manis sangat. Kat sini ada gak kedai yg jual nasi lemak sambalnya sedap tapi kalau hujung minggu ..kalau rasa malas nak masak nasi berlauk tengaharinya, biasa cik nolie akan masak nasi lemak...senang 2 dalam 1..hehe. Resepi nasi lemak cik nolie seperti berikut...


Bahan-bahan untuk nasi lemaknya:-

3 pot beras (dibasuh dan ditoskan)
Santan secukupnya dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (diikat simpul dan dicarik2 sikit)

Beras yg telah dibasuh dan ditoskan letak dalam rice cooker. Masukan santan, garam dan daun pandan. (cara menyukat santan ~ ukur tinggi beras dalam periuk dgn jari..pas tu masukan santan..tinggi santan dari atas beras mesti sama tinggi).

Masak la dlam rice cooker tu hingga nasi masak sendiri..hehe. Bila dah kering, kais nasi supaya masaknya serata.  Sekiranya beras kembang dan nasi x bape lembut, letakkan secawan air panas ditgh2 nasi dan masak lagi..sehingga nasi elok masaknya).

Dah siap. Hidangkan la dengan sambal ikan bilis, telur rebus/dadar dan timun (seperti gambar di atas). Kalau terlebih rajin leh la wat ikan bilis goreng dan kacang goreng serta kangkung celur.


Bahan-bahan untuk sambalnya:-

1 cawan cili kisar
1 1/4 cawan minyak (minyak kurang..cili x garing nanti)
segenggam ikan bilis (basuh dan goreng)
sejemput ikan bilis (tumbuk)~lepas tumbuk dpt dalam 2 sudu besar
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris bulat dan ketuk2 skit)
1 inci belacan
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
2 1/2 cawan air asam (asam jawa dalam 1 sudu besar penuh)

minyak yg kelihatan tu hendakla dicedok dan dibuang ye..
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. Guna minyak yg sama, tumis bawang dan ikan bilis yg ditumbuk. Bila sudah garing, masukan cili kisar, belacan dan gula. Goreng hingga cili garing. Masukan bawang hiris. Kacau lagi. Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Akhir sekali masukan air asam dan garam secukup rasa. Masak hingga naik minyak..boleh la diangkat dan dihidangkan.

p/s: sambal yg sedap mesti menggunakan cili kering yg x pedas (gred baik punya)..

No comments:

Post a Comment