Sunday, February 5, 2012

SPAGETTI MACARONI CARBONARA DGN ASPARAGUS & KEPINGAN AYAM

Assalammualaikum,

Hari ni cik nolie nak post resepi pasta. Sebenarnya resepi ni cik nolie wat tuk makan malam. Dah lama amik gambar dan catit resepi tapi x de masa nak post..hehe.

Masa tu cik nolie dah penin nak masak apa. Ingat nak wat spagetti carbonara tapi spagetti tinggal skit..tgk2 macaroni pun ada sikit..emm apa kata cuba mix kan je pasta ni. Tgk bahan2 emm ada asparagus dan ayamas kepingan daging ayam. Teringat rasa spagetti carbonara kat Shenzhen yg letak salmon panggang dan asparagus. So olah je la ikut apa yg cik nolie tau...alhamdulilah menjadi. OK la pada tekak cik nolie dan kuarga cik nolie. Kalau nak cuba sila la. Resepinya seperti dibawah.



Bahan-bahannya:

1/2 bungkus spagetti
1 cawan macaroni
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu minyak zaitun/kalau x de pape minyak pun leh
1 tin carbonara paste
4 keping daging ayam (ayamas) - Goreng sikit dgn minyak zaitun dan potong kecil
6 batang asparagus - potong2 dan rebus sekejap
1/2 cawan air rebusan asparagus (leh tambah lagi kalau pekat sgt)
Sedikit lada sulah (kalau suka)


Cara memasaknya:

Rebus spagetti dan macaroni secara berasingan dengan air dan sedikit minyak. Setelah lembut toskan.

Sebelum tu pastikan suma bahan2 lain dah ready.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih. Masukan carbonara paste dan kacau sekejap. Masukan spagetti dan macaroni. Gaul rata. Masukan air, asparagus dan kepingan ayam tadi. TAburkan sedikit lada sulah dan garam kiranya perlu. Kacau dan tutup api.

Walla..dah siap..hidang panas2 baru ada kick.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment